Bezanya sama ada ia jelas ataupun tersembunyi sahaja. Masing-masing mempunyai aib, terzahir ataupun terhijab.Persoalannya, bukanlah dosa yang jelas ataupun tidak jelas. Tetapi, adakah kita mahu membersihkan dosa-dosa kita ataupun tidak?
“mahu” adalah jawapan yang membezakan kita daripada pendosa-pendosa yang lain.
Saya tidak sesekali mencaci pendosa
Saya tidak sesekali melakukannya. Kita sering mendengar cacian dan makian kepada pendosa
“semua tu adalah ahli neraka”
“kau ahli neraka tahu tak”
“kau tak layak kawan dengan aku,sebab kau tu tak da harapan.penuh dosa”
“sampah masyarakat pulak tu”
“dia tu banyak dosa,jangan gaul/kawan dengan dia”
“dulu dia pernah buat dosa.tak nak aku kawan dengan dia,nanti aku pulak orang kate”
Kalau lah dosa tu berbau harum/wangi mesti ramai manusia mahu mendekati,tapi jika dosa berbau busuk sudah pasti ramai manusia menjauhinya.lumrah kehidupan..Saye tidak sesekali mengate dan melakukan seperti itu, ini kerana saya juga seorang pendosa. Hakikatnya sebenar saye tulis hal ni adalah tujuan menyelamatkan diri sendiri. Benarkah pendosa tidak punyai harapan? Hamba allah mana yang berkata cam tu? Sedangkan pengampunan allah s.w.t begitu luas.
Pendosa yang tidak memohon ampun daripadanya, akan menjadi sebahagian daipada ahlineraka. Tetapi, pendosa-pendosa ini akan memasuki syurganya sekirannya merekaa bersungguh-sungguh membersihkan diri, mencari kesalahan diri dan berusaha memperbaikinya. Itu adalah keyakinan dan kepercayaan saya. Saya percaya keampunan allah begitu luas. Tetapi, saya juga percaya bahawa keampunan allah perlu disertai dengan usaha. Bukan dengan bersahaja.
Daripada saya terus menghumban manusi.a ke dalam neraka, dan menyatakan mereka tidak mempunyai harapan, adalah lebih baik. Sekirannya saya mengajak manusia ke syurga allah, dan memberikan mereka impian. Ini kerana, apabila saya jatuh tersungkur kelak, suke sekiranya ada yang menarik saya bangun semula.
No comments:
Post a Comment