Sunday, 19 May 2013

yang jauh lagi dikenang-


"ain! Lamanya kamu tak jumpa saya!" 

"Itulah ustazah..saya sibuk study. Ni baru dapat jumpa ustazah ni. Tunggu ustazah jumpa saya, tak terjumpe-jumpe pon.. Hehe.." 

"La, iye ke..? Samalah kita! saya pon sibuk jugak!" 

"Lailaha illallah. Hahahaha.. Serupa la kita." 

"Itulah. Rindu betul pada kamu semua. Sampai terbawa-bawa ke mimpi!"

Kurang lebih begitulah perbualan saya dengan seorang ustazah sekolah agama lama, Sekolah religion. Benar, telah lama saya menyimpan hasrat untuk menghubungi beliau, baru pagi tadi  berkesempatan untuk berbuat demikian.

Saya memang sangat rapat dengan ustazah-ustazah  saya dahulu. Of kos lah tidak semua; hanya dengan mereka yang punya kepentingan politik dengan saya sahajalah! Wahahaha. Er. Saya sangat sayangkan mereka dan mereka juga sangat sayangkan saya dan juga along saye! *koff koff* Err, anda perlukan beg muntah kah..? Hihihi.. 

Mungkin kerana saya ni memang jenis yang amat menghormati guru dan pade mase yang same seorang yang degil..berbanding dengan along. Betul betul punya, tidak fake dan tidak pula plastik. tapi saya layan mereka dengan penuh mesra, hormat dan kasih-sayang sekali. Hasilnya, mereka juga amat menghargai layanan saya. Saya ibarat anak bawah ketiak mereka!

Baiknya saya dengan mereka, sehinggakan mereka langsung tidak kisah sekiranya saya skip kelas mereka..hehehe..mase zaman sekolah agama,muka saya je kena bace al quran,sebabnya selalu datang kelas lambat,berbanding dengan alaong yang rajin datang awal. suka skip kelas. start dari tu,saye datang kelas sebulan 4 kali je.. bertapa teruknya saya. sampai guru besar suruh mak datang "aien nie,jujur saye kate,degil,pemalas berbanding kakaknya" ye mase tu mcam langit dengan bumi.

selepas kena tegur,saya pergi sekolah,tapi balik sekolah merewang, hahaha, pergi main parit,tangkap ikan,masuk hutan habis baju kotor,mak pun marah. tapi mase tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri, esoknya buat perkare yang same. dah tu buli anak orang. bertapa gangsternya saya mase dahulu. tapi mase darjah 5,mak tukar saye ke sekolah agama lain,kali nie,semua ustazah dan ustaz garang,rase macam nak menangis. dan hasil nya ujian UPKK saya dapat A lurus. 

pagi tadi ustazah asma datang rumah,baru saya tahu yang ayah dengan suami ustazah asma kawan. dan dia siap tanya aien dan syikin,tak de ke.. mak jawab ade,sia ain. tapi kakaknye kerje kat kl.


Ahahaha. Begini.

(Bacaan selepas ini hanya sesuai untuk anda yang sudah mengikuti dakwah dan tarbiyah secara series dan penuh komitmen hidung kembang kempis. Sebarang kejadian mulut berbuih atau telinga berdarah akibat melanggar amaran ini adalah atas risiko anda sendiri.)

Dalam dakwah dan tarbiyah, ada segelintir golongan yang begitu alerjik dengan konsep intima' fardhi, yakni keintiman dengan seseorang individu, terutamanya kepada murabbi atau ustaz tertentu. Kata mereka, konsep ini merbahaya sekali kerana membina ketsiqahan (kepercayaan) kepada individu tertentu dan bukannya kepada sesuatu perjuangan atau gerakan. Maka kata mereka ini, orang-orang yang terbabit perlu dicantas dengan segera kerana sekiranya dibiarkan, mereka ini akan mengganas dan akan menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam dakwah. 

Mata pandang ke atas. Kelip. Kelip.

Bagi saya mereka ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Mungkinkah mereka ini sedang berada di atas negara awan dalam kisah Doraemon..? Adakah mereka mahu menidakkan sifat kemanusiaan, emosi dan perasaan dalam dakwah dan tarbiyah? Sama ada mereka ini seumur hidupnya tidak pernah merasakan bulatan gembira dan tarbiyah yang benar-benar hidup dan basah, atau mereka ini sebenarnya batu dan kayu yang tidak punya apa-apa perasaan. Ahah.

Mana mungkin seseorang itu mudah untuk melupakan sosok seorang murabbi yang begitu besar jasanya dan pengorbanannya dalam dakwah dan tarbiyah. Mana mungkin anda mudah untuk menolak tepi, terlanggar bahu di pasar pagi dan buat-buat tak tahu dengan seorang murabbi yang dahulunya sering duduk bermuayasyah dengan anda, dengan penuh tekun dan ikhlas pula meminjamkan telinganya. Mana mungkin kita bisa untuk meluputkan dalam memori diri seorang murabbi agung pada pandangan mata kita, yang dahulunya kita hampir-hampir terjatuh ke dalam lubang neraka yang dalam dan kemudiannya dia datang menghulurkan tangannya, menarik kita kembali menyusuri jalan yang bercahaya..? 

Malahan intima' fardhi ini perlu sekali dalam mengikat diri seorang mad'u untuk terus kekal dan tabah di atas jalan dakwah. Seorang mutarabbi yang masih hingusan, yang baru berjinak-jinak bertatih di atas jalan ini, mana mungkin dia dapat terus bertahan tanpa belaian dan sokongan dari seorang murabbi. Maka sebagai balasan untuk hubungan dua hala ala-ala simbiosis ini, si mutarabbi meletakkan sepenuh kepercayaan dan dan mencurahkan sepenuh kasih-sayangnya kepada murabbi terchenta.

Ah.. Mutarabbi mana yang tidak cair apabila melihat sosok seorang murabbi agung yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, terus dan terus bekerja di atas jalan dakwah? Mad'u mana yang tidak tergugah jiwanya menyaksikan murabbinya yang benar-benar menjualkan jiwa, harta dan dirinya untuk dakwah dan tarbiyah? Anak buah mana yang tidak mengalir air mata keinsafannya melihatkan ketabahan murabbinya menghadapi mehnah dan cabaran di atas jalan yang sumpah panjang ini, malah boleh pula menyerikannya dengan senyuman mesra dan gelak tawa ibaratnya tiada apa-apa yang perlu dipeningkan kepala..?

Mata bersinar-sinar.


Jika ada mutarabbi yang langsung tidak terkesan melihatkan murabbinya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh menegakkan agama ini, malah bersemangat pula membina manusia-manusia di sekelilingnya untuk bersama-sama dengannya membahu beban perjuangan ini, sekiranya adalah mutarabbi sebegitu, maka si mutarabbi itu punya hati yang cukup keras! Mutarabbi itu benar-benar lurus, langsung tidak terusik dengan emosi, jiwanya berbasa-basi! 

Begitu juga sekiranya ada di luar sana yang menafikan betapa pentingnya unsur keintiman kepada murabbi ini dalam membina keyakinan dan ketsiqahan pada jalan ini, maka anda punya hati yang cukup, errr, choyyy. Ahah. Malah saya kasihan pada orang jenis ini. Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan mereka menjadi raksasa gorgon sebegitu; sama ada mereka tak cukup kasih sayang, mereka dengki dan iri hati melihat orang lain mendapat kasih-sayang yang melimpah ruah atau mereka ini sejenis makhluk yang datangnya dari planet Uranus yang tidak kenal apa itu erti hormat, rindu dan sayang!

Tetapi jangan silap faham! Intima' fardhi tidak beerti kita membina ketaksuban. Taksub dan intim adalah dua benda yang amat berbeza. Taksub pada seseorang beerti kita sanggup berbuat apa sahaja untuknya, walaupon jelas yang apa yang dilakukannya tidak syari'e atau menyalahi assolah (keaslian) dakwah. Maka seorang dai'e yang rasional dan matang, akan terus tetap berada di atas jalan dakwah, walaupon murabbinya itu lari meninggalkannya. Seorang dai'e yang benar akan terus berjuang walaupon murabbinya telah gugur, tersungkur di medan jihad.

Sedangkan keintiman pada seorang murabbi yang pernah menyentuh hati kita, rasa hormat dan kasih pada seorang guru yang pernah mengusik jiwa kita dengan pengisian dan lawak jenakanya dan rasa kagum pada seorang manusia yang benar-benar telah membuktikan wujudnya Super Dai'e, Inkredibel Murabbi dan Otrohamba dalam erti kata yang sebenar, itu adalah reaksi normal bagi seorang manusia yang bergelar insan biasa.

Anda masih tidak percaya? Lihat sahaja keintiman para sahabat radhiallahu anhum kepada murabbi agung mereka, ar-Rasul SAW!

Anda tahu kisah Bilal bin Rabah r.a. yang enggan lagi melaungkan azan setelah kewafatan baginda SAW? Namun suatu hari, Hassan dan Hussin, cucu Nabi SAW memujuk Bilal untuk melaungkan juga azan dan Bilal tidak dapat menolaknya. Ketika sampai ke kalimah, "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah," Bilal tidak dapat lagi meneruskan laungan azannya kerana teresak-esak, tersedu-sedan menahan rindu pada baginda SAW. Malah para sahabat turut menangis mendengarkan laungan kalimah itu oleh Bilal. Diceritakan tidak pernah kota Madinah menjadi sebegitu hiba dan sayu selepas kewafatan Nabi SAW, sehinggalah pada hari Bilal melaungkan azan semula. 

Nah! Mana mungkin para sahabat mempunyai kechentaan yang cukup besar pada ar-Rasul SAW, kalau bukan kerana keintiman hubungan hati mereka dengan baginda. Hatta setelah bertahun-tahun baginda pergi meninggalkan dunia yang fana sekalipon, mereka masih terlalu amat rindu pada baginda. Pastinya rasa kagum, hormat dan sayang kepada baginda ini adalah hasil akhlak dan budi pekerti baginda yang menjadi qudwah kepada sekalian manusia. Dan pastinya, keintiman ini terbit daripada hati yang suci dan ikhlas, dek terkesan menyaksikan seorang manusia agung yang menjual jiwa dan segala pinjamannya di dunia ini hanya untuk mendamba chentaNya yang abadi..!

Ayuh kita hargai dan chentai murabbi dan guru-guru kita, kerana saya yakin, suatu hari nanti kita juga mahu dihormati dan disayangi! 

"A good teacher teaches; a great teacher inspires."






No comments:

Post a Comment