Kali pertama saya menduduki ujian, jika dapat saya ingati dengan baik, adalah sewaktu berumur enam tahun. Ketika itu di alam tadika.
Masuk sekolah rendah, ujian dan penilaian yang diadakan bertambah sukar dan menggarukan kepala. Namun masih boleh dikira kacang putih cap Pagoda Tua. Mendapat markah cukup-cukup makan sebab time tu asyik bermain saje. seratus peratus tak de, kabanyaknnya dapat bawah 60,kalaw atas 60 tu memang rezeki la.
mase darjah 6,dengan pertukaran sekolah,keadaan sekeliling serta guru yang mengajar macam mahu tak mahu je,jadi rezeki saye ade la mendapat beberapa A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.mase tu terase bila dibandingkan dengan budak kelas,ceh paling hebat la,tapi bila dibandingkan kedudukan haaa,ambek sederhana. tapi yang tidak percaye subjek matematik dan sains paling saye tak suke boleh berjaye. mase tu terkejut,yela mase dalam kelas asal ujian je mesti bawah 50.sekali perrhhh rezeki.yela mase tu saye suke skip kelas math sebabnya jadi wakil sukan bola jaring,pagi petang berlatih-latih.
Kemudian saya sambung belajar dekat SMKSM,mase tu saingan sengit,teramat sengit la,. bercampur dengan sekolah yang boleh dikatekan TOP la mase tu. dengan ramai budak-budak yang hebat. Di sini ujiannya lebih mencabar lagi. Apatah lagi saya terpaksa bersaing siku dan lutut dengan pelajar yang hebat. Mata pelajaran yang perlu dipelajari lebih sukar dan mengalirkan air mata. Ketika di tingkatan satu, ketika hidung masih berhingus dan bulu kaki belum mengerinting lagi (err...), selalu jugalah menangis tak fasal-fasal hanya kerana merasakan agak jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain atau merasakan subjek yang diajar pada hari itu benar-benar sukar dan membeliakkan mata.. tambah-tambah matematik dan sains lagi. kali nie memang selalu dapat bawah 40 la.
Malah, pernah dua tiga kali jugalah saya menangis kesedihan penuh pasrah dek terhantuk kuat kepala pada almari bilik. Mengapa? Sebab takut jadi pelupa dan bodoh, dek otak yang bergegar kuat..! Wahahaha.
Di sekolah menengah, seolah-olahnya mustahil untuk menjadi pelajar cemerlang. Yalah, dengan begitu banyak mata pelajaran dan ilmu-ilmu baru yang perlu dikuasai. Pergh. Mengalir-ngalir peluh di dahi. Proses pembelajaran di peringkat menengah atas lebih sukar dan mencederakan otak. Subjek-subjek seperti matematik tambahan,ekonomi,perdagangan betul-betul mencabar minda saya selama ini. Kali ini bukan sekadar menghafal dan mengingat, namun perlu benar-benar memahami dan menguasai subjek-subjek tersebut dengan baik sekali sekiranya sungguh-sungguh mahu naik pentas bersalam dengan tetamu kehormat, senyum tangkap gambar dan menerima sijil dan hadiah penghargaan setiap tahun.tapi hampeh gak.!
Namun alhamdulillah, entah mengapa, Allah memudahkan lagi urusan saya di sekolah menengah. Walaupon tidaklah menjadi pelajar paling cemerlang saban tahun namun, ehem, bolehlah sekali-sekala bangge dengan pencapaian yang berjaya dicapai. Eheh. Klimaksnya adalah apabila saya mendapat, err, adalah beberapa jumlah A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ketika itu hanya Allah sahajalah tahu betapa gembira dan bersyukurnya diri ini.
Dengan keputusan yang bolehlah tahan itu, saya memohon UPU,SPA dan jugak POLITEKNIK. mase isi politeknik saye tak tahu nak isi kos ape,lalu ikut saje la pilihan maksedare a.k.a pensyarah di sebuah politeknik premier iaitu kos mekanikal dan elektrik,tapi saye isi awam dan pentadbiran,entah cam ne lari kos elektronik. mase tu rase nak menanggis. why elektronik!!!
di politeknik saya seolah-olahnya hilang arah dan motivasi untuk belajar dengan cemerlangnya seperti di sekolah menengah dahulu. Antara faktor utama penyebab kepada situasi ini adalah rasa inferior melampau dengan para pelajar super yang lain, juga kerana subjek-subjek yang diambil kali ini sumpah sukar lagi menyukarkan. Kalau dahulu di sekolah menengah, bolehlah sekali-sekala mahu lek lek dulu, makan-2,jalan-2 dulu, di poli lain pula ceritanya. Di sini, kalau ada masa-masa lek lek dulu makan dulu, ia bukanlah kerana terlalu banyak masa yang boleh dibuang, tetapi disebabkan otak sudah cedera parah akibat subjek-subjek dan esainmen yang membunuh, lantas terpaksa berhenti rehat sebelum otak menjadi parah dan dimasukkan ke dalam wad kecemasan dan penjagaan rapi. Hohoho..
Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup sebagai seorang pelajar, saya mendapat gred 'gagal' untuk dua subjek yang diambil. Ketika itu, rasanya berhenti mengalir darah dalam badan dan luluh semua kulit yang ada; seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Ketar lutut juga ketika itu, bagaimana mahu memberitahu hal tersebut kepada ayah dan mak termasuk maksedare a.k.a pensyarah ku. Dan buat pertama kalinya juga, saya terpaksa menduduki semula peperiksaan dan mengikuti kelas selama 1 semester malah kena drop subjek lain,mase tu dalam kelas boleh dikatekan hanye beberape je yang mengalami gagal., bukan satu sem je ade gagal,setiap semester semunye berkaitan dengan fizik dan add math. hanya Allah sahaja tahu betapa malunya diri ini ketika itu.
Sekali lagi Allah mentakdirkan saya untuk melepasi ujian tu dengan berani saye ambil 5 subjek sekali gus,walaupun syarat 4 subjek. dan alhamdulillah boleh pergi latihan industri. tapi balik dari latihan industri
Kisahnya lebih sadis dan mengalirkan air mata. Dipendekkan cerita (kena pendekkan weh, jika tidak, tak tahulah saya bila nak sampai poin utama ni!), saya tidak lagi secemerlang dahulu. Ketika ini memang bertungkus-lumus mahu cukup-cukup makan dan minum sahaja. Awal-awal dahulu adalah berangan-angan mahu menjadi pelajar cemerlang kelas pertama. Namun apabila masa semakin berlalu, saya akhirnya menerima hakikat setelah mengenalpasti potensi dan kemampuan sebenar diri saya ketika itu. Eceh alasan.
Diringkaskan dan dilajukan ke hadapan, saya berjaya menamatkan pengajian saya di politeknik.tapi yang kecewanya difailkan dua subjek. subjek tak pernah fail.kena fail huh.menanggis,mcam nk give up. kawan-2 semua dapat konvo tapi saye and other,hanye mampu tersenyum kelat. Ketika itu, memang agak jelaslah kekecewaan yang terpampang pada wajah-wajah mak ayah, terutamanya ayah. Adoi, memang berat lagi menggugah jiwa. Saya dan mereka tahu yang saya boleh buat lebih baik lagi, namun kerana banyaknya main dan amat mudah hilang fokus di sana, saya tidak berjaya mencapai keputusan yang lebih baik daripada sepatutnya.
Akhirnya saya belajar untuk redha dan menerima perancangan Tuhan ini untuk saya dengan sebaiknya. Alhamdulillah. Apatah lagi apa yang berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan dan kelalaian di pihak saya sendiri. Mudah dan kasar katanya, padan muka hang!
Dalam kehidupan kita sebagai seorang dai'e, cabaran, mehnah dan ujian yang dihadapi adalah sama seperti kehidupan kita sebagai seorang pelajar. Atau sebagai seorang marhaen sehari-sehari.
Maksudnya begini. Mula-mula ujian yang terpaksa kita lalui mungkin tampak senang dan kacang goreng sahaja. Tetapi semakin banyak kita beramal dengan ilmu yang kita ada, semakin lama kita bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini, kita dapati semakin sukar dan mencabar pula mehnah dan tribulasi yang terpaksa kita hadapi. Yalah, mula-mula tu, mungkin soalan matematik mudah satu tambah tiga atau empat belas bahagi tujuh sahaja yang ditanya. Tetapi semakin kita dewasa, soalan pengamiran lah, pengoksidaanlah, tangkap-muat-lepas lah, semua itu pula yang menghambat diri kita.
Jika dahulu, hanya luka-luka kecil, calar-balar yang sedikit sahaja yang kita tanggung. Tetapi semakin lama dan semakin berani kita menelusuri jalan yang penuh berliku ini, luka-luka pada tubuh badan semakin banyak dan dalam. Sekiranya dahulu, tiada apa-apa yang perlu kita peningkan dan gusarkan.. Eh. Tetapi kini, terlalu banyak perkara dan musykilah dakwah yang perlu kita ambil berat sampai kadang-kadang tu tidak tidur malam dibuatnya. Mungkin dahulu kita membayangkan betapa indahnya jalan tarbiyah dan dakwah ini, walaupon panjang tapi ia dipenuhi dengan ukhuwwah laga pipi dan taman-taman sorga tempat kita melepaskan lelah dan payah. Tapi kini betapa kita menyedari, kadang-kadang ukhuwwah yang ada boleh juga laga kepala dan taman-taman yang sedia ada bertukar menjadi taman neraka! Aduhai!
Kadang-kadang terlintas juga di hati kita, menyesal juga kita dahulu ambil keputusan untuk bersama-sama dengan gerabak ini. Kalau beginilah keadaannya dan rupanya untuk buat tarbiyah dan dakwah, kita merasakan yang lebih baik kita jadi orang yang baik sendiri-sendiri sahaja! Tengok orang lain, gembira sahaja dengan kehidupan mereka. Boleh berjaya dengan cemerlang dalam exam, boleh kejar status dan pangkat sehingga menjadi figur yang dihormati. Ada awek/pakwe lawa/hemsem dan kereta semat. Kita? Kita? Dah la tak hensem/cantek, gemok.. Terperap pula dengan geng-geng usrah yang syok sendiri dan jumud ini! Dan kita tak mana! Sebab tarbiyahlah kita jadi begini! Kerana dakwahlah kita tidak berkembang, maju ke mana-mana!
Bukan sekali dua kita terfikir begitu. Bukan sekali-dua kita dihambat dengan persoalan sebegitu. Bukan sekali-dua kita digugah dengan gegaran sedemikian. Tiga kali. Empat kali. Tujuh kali. Berkali-kali! Alangkah!
Astaghfirullah...
Mengalir air mata. Usap kepala. I can feel you. Saya mungkin tidak mempunyai jawapan yang akan memuaskan hati anda. Tetapi biarlah Allah yang berbicara...
"Aliff Laam Miim. Adakah mereka sangka mereka akan dibiarkan dengan berkata, 'Kami beriman' dan tidak akan diuji..?"
[-al-Ankabut, 29:1-2]
sayang, inilah sunnah jalan perjuangan ini. Tatkala anda menandatangani borang pendafaftaran dan akujanji untuk bersama-sama memikul beban tarbiyah dan membawa obor dakwah ini, mungkin anda terlepas pada diskelemer dan cetak kecil (Baca: Small print) yang hadir bersama-sama borang tersebut. Betapa apabila anda melangkah masuk ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ini, secara otomatiknya anda pasti akan diuji. Akan dihambat dengan mehnah dan tribulasi. Akan dibelasah dengan fitnah yang pasti akan menyebabkan anda ragu-ragu dan was-was dengan jalan ini.
Kerana itulah sunnahnya, wahai sahabat Itulah sunnahnya.
Mengapa kita perlu diuji sehingga sedemikian rupa,..?
Kerana Allah amat menyayangi kita. Kerana Allah amat mencintai kita. Dan kerana Allah amat ingin kita masuk ke dalam syurgaNya.
Hah? Begitukah caranya Allah menunjukkan kasih-sayangNya kepada hamba-hambaNya..? Garu kepala.
Iya lah. Lihat sahaja apa yang menimpa kekasih hatiNya, ar-Rasul Muhammad SAW itu..? Bukankah baginda adalah manusia yang paling dekat denganNya, makhluk yang paling dichentai dan disayangiNya..? Dan pada masa yang sama, baginda juga adalah manusia yang paling banyak menerima seksaan dan ujian. Baginda adalah makhluk yang terpaksa menanggung beban mehnah dan tribulasi yang paling berat dan menggugah jiwa.
Ya, baginda adalah kekasihNya yang paling utama. Namun baginda adalah kekasihNya yang paling banyak terluka dek mahu membuktikan keikhlasan hatinyanya dan kesungguhan chentaNya pada rabbnya yang ar-Rahman dan ar--Rahim itu.
Maka sekiranya benar kita mahu dicintai dan dibelai dengan kasih-sayang rabbani, kita perlu bersedia sesungguhnya dan setulusnya dengan apa sahaja yang bakal menimpa. Baik ujian kesusahan berupa kegagalam dalam exam tahunan, kematian orang-orang tercinta yang amat dekat dengan kita, dipulaukan oleh rakan-rakan yang kita percaya, cedera dan luka pada fizikal tubuh badan kita dan sebagainya, atau dengan ujian yang lebih berat lagi yakni ujian kesenangan, baik ujian berupa kejayaan dalam pencapaian duniawi, pujian melambung tinggi, harta dan pangkat yang masuk ke dalam pintu hati dan lain-lain lagi.
Dan ketahuilah, ujian-ujian ini tiada yang lain melainkan mahu menjadikan kita lebih baik daripada siapa kita yang seblumnya. Mehnah-mehnah yang datang menimpa semuanya kerana mahu menguatkan jiwa dan memantapkan keimanan kita di atas jalan ini. Fitnah yang mengasak kita tanpa henti adalah hanya kerana mahu memastikan kita akan terus beramal keranaNya tanpa mengenal erti putus-asa.
"...supaya Dia menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya."
[al-Mulk, 67:2]
Untuk pada dua't khususnya, ujian yang menimpa bukan sekadar mahu menjadikan kita manusia yang lebih baik. Ia bukan juga sekadar mahu memantapkan keyakinan dan kepercayaan kita terhadap risalah yang dibawa.
Lebih daripada itu, ia adalah ujian penapisan daripadaNya, agar yang benar-benar ikhlas, kuat dan bersungguh sahaja yang akan tinggal untuk memperjuangkan agama ini. Kerana manhaj ini adalah manhaj yang agung lagi mulia. Pastinya Dia hanya mahu jundiy-jundiy yang benar-benar seriyes, ikhlas dan benar-benar rela menjual harta dan jiwanya sahaja yang tinggal untuk menjulang tinggi panji dan mengibar semangat bendera agama ini.
Ya, Dia pasti akan menapis kita yang tidak ikhlas dan bersemangat, sepertimana Dia pernah menapis tentera-tentera Thalut suatu ketika dahulu.
Nanges.
wahai sahabat sayangku, berlapang dadalah dengan Allah. Anggaplah hambatan-hambatan yang sedang menyagat kasar dan memukul kuat tubuh jiwamu itu, sebagai tanda Dia masih ingat dan sayang pada dirimu. Tanggapilah fitnah yang melanda sebagai persediaan untuk anda menjadi lebih kuat iman dan mantap jiwa di masa hadapan. Pandanglah mehnah dan tribulasi yang tidak henti-henti mengalirkan peluh besar anda itu, dengan pandangan redha dan penuh keyakinan padaNya.
Dan yang lebih utama, bergembiralah dengan ujian yang datang menimpa, sebagaimana para sahabat yang cukup kuat imannya dalam peristiwa Ahzab, ketika mana mereka melihat berbondong-bondong tentera kuffar datang menuju ke arah mereka.
"Dan ketika orang-orang Mu'min melihat golongan-golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, 'Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita.' Dan benarlah Allah dan Rasulnya. Dan yang demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka."
[al-Ahzab, 33:22]
Allahu rabbi. Senyum, air mata mengalir perlahan.
Ya, kita mahu jadi seperti itu. Apabila diasak hebat, kita tahu itu sapaan dari Allah untuk menguji keimanan kita. Apabila kita dibalun lasak, kita faham benar itu adalah isyarat chenta daripadaNya. Dan apabila hati dan jiwa kita terusik, mula berasa ragu-ragu dan was-was dengan jalan yang kita tapaki dan mula mahu yakini ini, ketahuilah, itu adalah bisikan syaitonirojim dan cucukan jarum-jarum halus taghut yang mahu kita menjadi teman mereka di neraka kelak.
Sekiranya kita berjaya mengharungi ujian, tekanan, seksaan, mehnah dan tribulasi ini, ketahuilah, kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Lebih beriman. Lebih redha dengan ketentuan. Dan pastinya lebih tahan dan kuat menahan dugaan.
Namun seandainya kita gagal.. Tarik nafas. Ketahuilah, Allah akan gantikan kita dengan segolongan manusia yang sudah lama menanti-nanti untuk memacak panji dan mengibarkan bendera agama ini. Pasti. Nau'dzubillah. Moga Allah menjauhkan kita daripada tergolong dalam segelintir manusia yang berputus-asa dengan perjuangan ini.
Potong bawang.
sahabat semakin jauh kita menelusuri jalan ini, pasti akan lebih besar dan tajam-tajam durinya. Semakin lama kita melalui denai dan lorong sunnah perjuangan ini, lebih ganas dan rakus raksasa yang sedia mengganggu-gugat perjalanan kita. Dan semakin biasa dan laju kita menapaki setiap liku dan ranjau yang memenuhi jalan yang sumpah panjang ini, makin licin dan bahaya pula mana-mana bahagiannya yang rata, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Namun suatu hari nanti, kita akan menoleh ke belakang, dan kita tahu, kita tidak pernah menyesali perjalanan ini. Apabila kita berhenti untuk melihat sekilas pandang, kita berasa gembira mengalirkan air mata, melihat semakin ramai yang mahu menyertai. Dan ketika kita diizinkanNya untuk merasa, menikmati sedikit ilham dan pencerahan agung daripadaNya, kita akan menarik nafas lega, kerana tatkala itu, kita tahu dan yakin, bahawa inilah jalannya. Ya, inilah jalannya.
"Di antara orang-orang Mu'min itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pon tidak mengubah (janjinya)..."
[al-Ahzab, 33:23]
Kerana akhirnya, kita teramat ingin memenuhi janji-janji kita kepadaNya, agar dapat kita bersama-sama dengan golongan terdahulu, berkasih-sayang, bersuka gembira di taman-taman sorga. Untuk itu, kita perlu, tiada kompromi, melepasi ujian-ujian yang terbentang di jalan ini. Untuk ini, kita amat perlu mendapat gred A lurus untuk Ujian Penilaian Syurga Neraka ini. Kerana yang kita mahukan adalah syurga. Yang kita dambakan adalah bersama ar-Rasul di kebun-kebun syurga sana. Dan yang amat kita rindukan adalah cinta dan kasihNya.
Dan... Siapa kita untuk tidak redha dengan ketentuan takdirNya...?
Ya, saya tahu, panjang. Harap tidak ada yang juling mata dan berbuih mulut membacanya. Ahah.
Moga menjadi penepuk mesra di bahu dan pengusap sayang di kepala buat anda yang sedang bergelora jiwa dan sengsara sukma di luar sana. Moga kasih-sayang Allah sentiasa di sisi, menenangkan dan hati anda yang berbolak-balik itu. Senyum.
No comments:
Post a Comment