Wednesday, 22 May 2013

rombongan cik kiah-nak kemana


Jika di dunia ini, anda bersama-sama dengan jemaah (Baca: Kumpulan) yang keji lagi jahat, yang kerjanya suka memfitnah orang lain, gemar mengadu-domba, mudah mendajjal orang, mengajak ke arah kemaksiatan, hedonisme, hiburan melampau-lampau dan suka ludah keluar gula-gula getah sesuka hati di mana-mana sahaja seolah-seolah tempat itu Bapa anda yang punya hey! Eh.

Atau pon, walaupon anda seorang-seorang sahaja di dunia ini, namun memilih untuk ingkar pada Allah, mungkir pada apa yang diperjuangkan ar-Rasul, tidak mahu menyampaikan kebenaran kepada orang-orang di sekitar anda, merasakan diri sudah cukup bagus, bergelumang dengan jahiliyyah dan merasakan itu ok sahaja ala-ala lek lek lu, isap okok lu..Eh

Ketahuilah, di akhirat nanti, anda akan menyertai gerabak rombongan Cik Kiah untuk masuk neraka. Ya, beramai-ramai. Secara berjemaah.


"Orang-orang yang kafir digiring ke neraka Jahannam secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (neraka) pintu-pintunya dibukakan dan penjaga-penjaga berkata kepada mereka, 'Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dalam kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan (dengan) harimu ini?' Mereka menjawab, 'Benar, ada,' tetapi ketetapan azab pasti berlaku terhadap orang-orang kafir.

Dikatakan (kepada mereka), 'Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, (kamu) kekal di dalamnya. Maka (neraka Jahannam) itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang menyombongkan diri."
[az-Zumar, 39:71-72]


Telan air liur banyak-banyak. Peluh besar tidak berhenti-henti mengalir. 

Namun, jangan tidak tahu. Ada juga rombongan Cik Kiah yang berjaya menukar arah perjalanannya di dunia maka menjadi lebih bergaya. 

Untuk anda yang bersama-sama dengan jemaah (Baca: Kumpulan lagi..) yang dengan serius mahu tunduk dan patuh kepada Allah, mahukan kebaikan, yang bersungguh-sungguh mahu menyebarkan kechentaanNya, yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan memperbetul keadaan masyarakat, yang tidak pernah lelah dan penat dalam menapaki jalan yang penuh duri ini dan anda yang tidak henti-henti menginfaqkan harta, jiwa, emosi dan seluruh kemampuan yang ada pada diri untukNya..

Atau anda yang memilih untuk sendiri... Err, macam tak berapa nak boleh pakai sebab seorang individu muslim yang benar pasti akan menggabungkan dirinya dengan jamaah kaum muslimin (mana-mana jemaah) untuk bersama-sama mereka menegakkan Islam yang tercinta ini. Hoyeah.

Untuk anda yang bersama-sama dengan kumpulan sebegini, tahniah! In Shaa Allah anda sedang bersama-sama dengan gerabak rombongan Cik Kiah untuk ke syurga!


"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, dihantar ke dalam sorga secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (syurga) dan pintu-pintunya telah dibukakan, penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Kesejahteraan (dilimpahkan) ke atasmu, berbahagialah kamu! Maka masuklah, kamu kekal di dalamnya.'

Dan mereka berkata, 'Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah memberikan tempat ini kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati syurga di mana sahaja yang kami kehendaki.' Maka (syurga itulah) sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal. 

Dan engkau akan melihat malaikat-malaikat melingkar di sekeliling 'Arasy, bertasbih sambil memuji tuhannya; lalu diberikan keputusan di antara mereka (hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.'"
[az-Zumar, 39:73-75]

Mata bersinar-sinar. Wajah penuh harapan. 

Kerana masuk syurga sendiri-sendiri itu adalah terlalu mainstream.

Senyum.





No comments:

Post a Comment