Thursday 5 December 2013

kuih kaswi/kasui

salam semua. haaa. kali nie cik cahaya nak kongsikan dengan korang resepi kuih kaswi/kasui. haa
semalam cik cahaya dengan jaya pertama kali try buat. alhamdulillah jadi. hehe. so meh sini cik cahaya kongsikan resepi nya. ade setengah resepi,merapu. letak kicap untuk jadikan warne hitam. poning cik cahaya bace resepi dia. mana dia dapat ntah. haaa you all, jangan buat gitu okey. jangan rosakan kuih kaswi dengan bubuh kicap. itu semua merapu.


Bahan A

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan


Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • Sedikit garam
  • 3 sudu kecil air kapur
  • 3 1/2 cawan air (cik cahaya lebihkan air,sebab bagi lembut,yela ayah cik cahaya mana suka kuih yang keras dan bantat. haa. sebab biarkan esok harinya. mesti keras. oleh kerana cik cahaya lebihkan air,jadi lembut, mase pagi tadi potong.
  • Loyang 9 inci disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam (dikukus dahulu. takut basi nanti. kukus tanpa bubuh garam. dah kukus baru buh garam okey)



Cara-Cara :

  • Masak bahan A sehingga gula larut, tapis dan sejukkan. 
  • kemudian Masukkan 3 1/2 cawan air, air kapur dan garam ke dalamnya.
  • Ayakkan ke semua tepung dan masukkan ke dalam air gula tadi. Kacau rata.
  • Tapis bancuhan tepung ke dalam kuali untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(boleh juga di blend kesemua bahan).
  • Kacau seketika di atas api yg kecil sehingga kelihatan agak pekat. 
  • Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan dan panaskan loyang di dalam pengukus seketika. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. 





Wednesday 4 December 2013

oat + sup sayur=bubur oat #tips diets

salam semua.. cik cahaya kembali lagi. okey hari ini cik cahaya nak konsi satu resepi khas untuk orang yang nak diet nie. memang sedap. cik cahaya dah makan. sebelum tu cik cahaya nak story sikit. haaa masa zaman muda mudi cik cahaya, tahun 2011, mase tu cik cahaya yela stay negeri orang,nak makan pun susah. so cik cahaya beli la oat dengan susu. sekali. makan sekali je. lepas tu,hantar balik rumah. bagi orang rumah makan.

yela cik cahaya tak minum susu. tambah pulak dengan bau oat.. terasa nak muntah.. masa demi masa. hari demi hari. cik cahaya buat keputusan nak diet. elakan pengambilan nasi. just take oat. 1st makan dengan susu. lepas tu dengan buah. bila tabuh buah atas oat. serius,rase oat tu hilang la,sebab ade rasa buah. and today cik cahaya makan dengan sup. so dia jadi macam bubur nasi. cik cahaya kena diet. sebab cik cahaya nak kena dapat berat badan seimbang. turun 1 kg pun dah okey la. so cik cahaya say dekat mak cik cahaya. mak nanti tak yah masak banyak dah,orang bukan makan. so bila cik cahaya diet. orang dalam rumah nie pun kurang makan.

okey meh sinie cik cahaya kongsikan resepinya, korang nak buat resepi korang sendiri pun tak kisah. okeyyy.

BAHAN-2
1 cawan oats atau secukupnya (cik cahaya ikut sukatan dia. tapi cik cahaya sukat guna sudu herba LIFE)
1/2 biji bawang besar ~ didadu 
1 ketul dada ayam (bahan mentah lain pun boleh)~ didadu
3 helai daun kailan  ~ dihiris (atau apa2 sayur kesukaan... hanya ada sayur tu je dlm esbox)
1 cm halia ~ dihiris nipis  batang mancis
1 sudu besar rempah kurma/rempah sup
1 kuntum bunga lawang 
2 kuntum bunga cengkih 
1 batang kecil kulit kayu manis
1 liter air/ santan / susu segar (cik cahaya guna air sebab resepi utk orang diet...)
1/2 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk  
1/2 sudu kecil halba
garam & gula secukup rasa 
1/2 kiub ayam (tak perlu pun tak pa)
sedikit minyak zaitun (cik cahaya tak guna minyak, cik cahaya tumis tanpa minyak)
daun bawang, bawang goreng & ikan bilis goreng utk hiasan & penambah rasa

Cara2 Menyediakannya
1. Panaskan sedikit minyak zaitun.  Tumiskan rempah kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan halba hingga naik bau. Masukkan bawang & halia kacau2 hingga bawang layu.
2. Masukkan rempah kurma/sup kacau rata. Masukkan air, kiub ayam & isi ayam & biarkan mendidih.
3. Tambahkan lada hitam, gula & garam secukup rasa.  Masukkan sayur kubis panjang & biarkan agak2 lembut & kuahnya secukup rasa terus tutupkan api.
4. Hidangkan panas2 sup ke dalam mangkuk.  Sudukan beberapa sudu rolled oats yang dikehendaki ke dalam kuah sup & biar ia kembang sebentar.  Taburkan daun bawang & bawang goreng atau ikan bilis goreng & bolehlah makan semasa suam2.

Selamat mencuba!



Saturday 30 November 2013

AURAT PEREMPUAN DENGAN ADIK IPAR/ABANG IPAR LELAKI/BAPA MENTUA dan etc



salam semua.. nampak gambar yang di atas tu haaa. bace dah. okey semalam ade yang tweet aurat perempua dengan adik ipar,abang ipar lelaki serta pak mentua. so sia keliru. cik cahaya pun pernah keliru bila adik cik cahaya tanya cam tu. so meh sini cik cahaya terangkan..

tapi disebabkan ramai yang keliru, ramai perempuan pandang ringan dan ambil mudah akan hal ini. mungkin dia tak kesah kot akan aurat dia kot dan tak kesah kot suami dia kena siksa. ehh cik cahaya,kami tak tahu jangan la pulak kata cam tu. owhhh okey-okey. meh sini cik cahaya terangkan. banyak pulak membebel erk. hahaha


1)Soalan:
Bertudung belum dikira menutup aurat? Bagaimana dikira menutup aurat?

Jawapan:
Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu, dada, betis, kaki dan sebagainya terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Memakai tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti menampakan susuk badan dan seluar ketat atau sebagainya dengan alasan mengikut fesyen juga dikira tidak menutup aurat dan bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.

Batasan aurat wanita ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.


2)Soalan:
Bila aurat bermula bagi perempuan dan hukumnya?

Jawapan:
Aurat wanita bermula bila sudah baligh iaitu mula datang haid. Hukum menutup aurat adalah WAJIB.


3)Soalan :
Apakah yang dimaksudkan dengan MUHRIM dan MAHRAM?

Jawapan:
Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita. Mahram seorang wanita yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan merangkumi:
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Batasan aurat badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan bathin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram.


4)Soalan:
Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?

Jawapan:
Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.


5)Soalan:
Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar lelaki?

Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar lelaki hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)

Dengan hadis ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.


6)Soalan:
Jadi bolehkah saya bersalaman dengan abang ipar atau adik ipar lelaki?

Jawapan:
Ipar adalah hubungan kekeluargaan yang sifatnya sementara, oleh sebab itu kita tidak boleh sesuka hati untuk bersalaman dengan mereka.

Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.

Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.

Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.

Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Berpeganglah kepada pandangan mazhab anda.


7)Soalan:
Bagaimana aurat menantu perempuan terhadap ayah mertuanya?

Jawapan:
Kedudukan ibu dan ayah mertua itu sama dengan ibu dan ayah sendiri. Boleh memperlihatkan aurat kita kepada ayah mertua sepertimana kita memperlihatkan aurat kita kepada ayah kandung. Untuk lebih jelas sila rujuk surah An Nur ayat 31.


8)Soalan:
Adakah batal air sembahyang jika menantu perempuan bersentuhan dengan ayah mertua atau abang ipar/ adik ipar lelakinya?

Jawapan:
Air wuduk perempuan akan terbatal apabila ia bersentuhan dengan adik iparnya lelakinya, kerana ia halal berkahwin dengan adik iparnya itu. Pengharaman berkahwin dengan adik iparnya itu sekadar untuk sementara sahaja, iaitu selagi mana ia masih berkahwin dengan suaminya. Jika sudah berlaku perceraian atau kematian kepada suami, di kala itu halal kepada perempuan terlibat berkahwin dengan iparnya. Justeru itu kedudukan air wuduknya adalah batal apabila berlaku persentuhan dengan iparnya.

Bagaimanapun bersalaman dengan ayah mertua tidak membatalkan air wuduk kerana ayah mertua haram dikahwini oleh menantu perempuan buat selamanya.


9)Soalan:
Bagaimana aurat perempuan dengan ayah saudara dan bolehkan bersalaman?

Jawapan:
Jika ayah saudara adalah adik beradik kepada kedua ibu bapa maka boleh bersalaman dan boleh memperlihatkan aurat kita kepada mereka sepertimana aurat kepada ibubapa.

Namun sekiranya ayah saudara adalah suami kepada ibu saudara kandung (iaitu ipar kepada ibu/ayah kita), maka harus menutup aurat seperti aurat kepada lelaki ajnabi. Dengan erti kata lain kita tidak mempunyai pertalian darah dengan ayah saudara tersebut. Tidak boleh bersalaman dengan mereka.


10)Soalan:
Bagaimana aurat perempuan dengan sepupu lelaki dan batalkan air sembahyang apabila tersentuh dengannya?

Jawapan:
Dari segi kedudukan sepupu dalam Islam membolehkan keduanya untuk berkahwin atau bernikah. Jika kedudukannya menghalalkan perkahwinan maka batal wuduk jika bersentuh dan aurat haruslah dijaga seperti aurat kita terhadap lelaki-lelaki ajnabi.


11)Soalan:
Bagaimana aurat perempuan dengan anak saudara lelaki?

Jawapan:
Sekiranya anak saudara adalah anak kepada adik beradik anda sendiri, boleh memperlihatkan aurat mereka seperti memperlihatkan aurat kepada ayah dan ibu.

Sekiranya anak saudara adalah anak kepada ipar duai maka aurat haruslah dijaga seperti aurat kita kepada lelaki-lelaki ajnabi.

Namun perempuan diberi kelonggaran untuk memperlihatkan perhiasan khafiynya sekiranya anak saudara tersebut masih Kanak-kanak dan belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.

*Bagi memudahkan pemahaman tentang aurat dan dengan siapa boleh bersalaman, sila rujuk carta yang diberikan.

Kotak kuning bermaksud tidak boleh bersalaman dan wajib menutup aurat dengan mereka.
Kotak putih bermaksud boleh bersalaman dan aurat boleh diperlihatkan sepertimana kita memperlihatkan aurat kepada ibu dan bapa kita.

~Jazakallahu Khoir~

p/s : akan datang Harap ipar duai faham kenapa cik cahaya menolak untuk bersalaman ketika bertemu korang sebelum dan selepas ini. Hormat dan sayang cik cahaya pada korang tidak pernah hilang, cuma takutnya cik cahaya kepada Allah s.w.t .. ceh cik cahaya single lagi,tapi tak pe take noted siap-siap.




Wednesday 27 November 2013

PUDING MILO + OREO

Salam semua. okey,cik cahaya nak kongsi seket. semalam cik cahaya ade buat puding milo + creamO.
ehhh cik cahaya,tapi topik tulis oreo. macam na pulak. haaa nak tahu cam na. meh baca dulu,baru tahu.

okey cik cahaya dah lama teringin nak buat,sebab tengok dekat facebook,ade orang post,
so cik cahaya pun nak try la buat. lagipun memang sedap. dan kawan-kawan facebook dan wechat PM
cik cahaya,cam na nak buat, jadi meh sini cik cahaya kongsikan pada kawan-kawan yang nak try buat tu.

pastikan anda alert OKEY!!!!!!!!!!

BAHAN:

  1. 1 BUNGKUS @ 10G JELLY POWDER @ 10 G SERBUK AGAR-AGAR
  2. 750ML AIR (Tapi cik cahaya lebihkan,sebab cik cahaya tak suka keras-keras,suka lembut-lembut)
  3. 160G GULA (bagi orang tua,mungkin diorang tak suka manis,tapi cik cahaya buat tu,memang manis,so next time kurangkan gula,maniskan senyuman :) )
  4. 1 TIN SUSU CAIR
  5. 3/4 CAWAN MILO (cik cahaya bubuh lebih,sebab suka milo)
  6. 1 BUNGKUS BISKUT OREO/CHIPSMORE/TIGER/CREAM-O/ ATAU APE-2 BISKUT YANG KORANG NAK BUBUH.(patahkan ikut selera tekak korang)


CARA:

  1. MASAK SERBUK AGAR-AGAR DENGAN AIR SAMPAI LARUT. BILA DAH LARUT MASUKAN GULA.
  2. BILA GULA DAN LARUT,MASUKAN SUSU CAIR. KACAU SAMPAI SEBATI.
  3. KEMUDIAN BAHAGIKAN KEPADA DUA. BAHAGIAN 1= KACAU DENGAN MILO. BAHAGIAN 2 = SUSU DAN KACAU DENGAN BISKUT (eloknya letak biskut bila dah ready nak bubuh atas agar-agar,ini kerana nak elakkan biskut itu jadi lembik)
  4. SELEPAS ITU,TUANGKAN AGAR-AGAR BAHAGIAN 1 KE DALAM LOYANG ,DAHULU,TUANGKAN SEPARUH DAHULU. BIARKAN SEKETIKA. SENTUH AGAR-AGAR TU DAH KERAS ATAU BELUM. (jangan sampai terlalu keras,baru nak bubuh next layer,nanti layer tu tak jadi. sebab tu,kena test dengan sudu. dah stabil atau belum. dan ikut agak korang la)
  5. KEMUDIAN MASUKAN LAYER KEDUA,BAHAGIAN 2.TU. DAN ULANG SEMULA.IKUT SUKA ANDA NAK LETAK DAN BUAT BERAPA LAYER.
  6. PASTIKAN SEMENTARA NAK TUNGGU AGAR-AGAR STABIL DALAM LOYANG,AGAR-AGAR YANG DALAM PERIUK TIDAK JADI KERAS PULAK. OKEY







Monday 25 November 2013

JENIS-DUNIA??

SALAM you alls. alahai gedix aih cik cahaya nie. hahaha
saje je cik cahaya testing. tak kan korang je kot boleh.
okey topik hari ini,memang kena la dengan muka cik cahaya. atau korang/awak/hampa yang tengah baca nie kan. angguk je,bukan cik cahaya nampak pun. okey nie post cik cahaya, copy dan pasta dari fynn jamal yg anak nya comei hok gitu, arjuna itu.haha. tak kenal tak tahu la.

hang p dekat instagram, hang klik fynnjamal. hang jumpa la. wahahaha. okey,kenapa cik cahaya cakap cam kena dengan cik cahaya. yela masa zaman jahil,malas nak sebut bila,tapi yang pasti zaman jahil. mungkin silap cik cahaya. bukan mungkin, ye memang silap cik cahaya. andai boleh diputarkan waktu semula, dah tentu cik cahaya buat keputusan yang bijak. DORAEMON TOLONG!!! doraemon tak bersalah diseru. kecian kau doraemon.

"apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang--kalau segalanya cuma diuruskan melalui wall facebook.

kau bangsatkan orang,kau kejikan orang,kau hinakan orang,kau aniaya orang,kau tikam orang--kemudian datang hari insaf--kau fikir sudah cukup kalau kau lafazkan cuma di dinding status dengan seribu pesen maaf.

apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang.

hendak dapat lagi kelakar?cuma ada lafaz maaf--tak tau ke siapa,tak tau tentang apa,tak tau apa cerita.apa dia ingat orang yang dibangsat, dikeji, dihina, dianiaya, ditikam tu baca?

aku boleh terima lagi status doa pada pencipta.doa, beb.kita semua lebih kurang.salah lebih kurang.dosa lebih kurang.impian lebih kurang.mintak pun benda yang lebih kurang.maka bagi aku, ada bagusnya baca doa kawan2 kat wall mereka. sebab kadang2 bila baca doa orang--kita terperasan apa yang kita lupa waktu tadah tangan kita.

tapi jenis status minta maaf pakai facebook ni--entahlah.sebab apa yang aku nampak, dah mmg pesen kita kalau bergaduh / selisih terus remove, block bagai ni.
dah tu--apa gaya orang yang PALING penting dalam drama kemaafan ini nak membaca kalau dia SENDIRI tak ada dalam cerita?minta maaf macammana?

dah akhirnya yang buat salah ini pulak nampak mulia dengan kad elektronik berbau syurga--meminta ampun dari kejauhan--walau yang dianiaya tak tau cerita.

"e eh, baguslah awak. dia tak nak maafkan itu lantakkan dia"
"tidak mengapalah awak, yang penting awak dah cuba"

aik?

sebagai contoh:tulis surat mintak derma,tapi tak tulis alamat.sampai mati la tak dapat apa.pos la!orang bagi derma atau tidak--at least kau dah cuba.itu baru betul.

ni tidak.sudahlah tak pos,nyaring pulak dia bercerita "dunia sekarang semua kedekut".
serius aku blur dengan common sense manusia hari ni,.haih.apa jenis dunia kita duduk ni sekarang?

seorang kawan aku ada cakap:
"kadang2-- sifat mengadu2 kita pada dinding facebook ini
dah macam konsep yahudi yang menangis menghadap dinding suci".tertampar aku.

nama ruang status pun dipanggil 'wall'.hahaha.bapak aa kebetulan giler.betul, kan?
kita lebih selesa menulis di status berbanding bersemuka.lebih larat merapu-raban di status berbanding meluah rasa bila berdua.kita penakut.atau kalau dalam bahasa bersangkabaik--kita jaga hati.

nak cakap depan2--nak merapu meraban--putus pulak saudara.
ada betulnya.memang benar kata2 orang:"baik diam dari bertekak sama2".

tapi aku hendak tanya:
"kenapa cuma didiamkan KETIKA di depan muka?"

kita diam di depan.belakang cerita?fuhh. menggempita.depan belakang--kita patut sama.diamkan.luahan. lafazan.benda yang disebut.benda yang ditaip.sama.tapi beza.

begini.benda yang kita lancangkan--kita boleh lagi elak dengan "apa bukti kau tuduh aku cakap sedemikian?".(bab kau tipu itu lantak kau lah kan?)

benda yang kita tulis--umpamanya adalah seperti resit yang terekod atas setiap apayang lidah kita belanjakan.transaksi oral kita, dalam bahasa lainnya--yang berbintil2 tercatit melalui tulisan.sekali orang dah baca--
kau nak padam macammana?

berbalik pada isu "meminta maaf pada dinding" tadi.aku faham.ngeri nak bersemuka dengan orang yang kita aniaya.takut tidak dimaafkan.seram kita kembali jadi celaka bila orang tak terima kita di waktu kita turunkan ego kita.

tapi itu adalah harganya.kita yang bangsatkan orang,kita yang kejikan orang,
kita yang hinakan orang,kita yang aniaya orang,kita yang tikam orang.layaklah kita kita kena terima orang tak nak terima kita.bak kata ayah kalau aku mengadu pada mak yang ayah masih marah2 lepas aku minta maaf sebab dah buat benda tak betul--
"habis? nak kena timang?"

memang pedih dengar.tapi itu hakikat hidup.
kenapa kita bongkak sangat melafaz maaf?kenapa kita perlu merasakan "KALAU aku dah minta maaf, kau tak maafkan-- KAU lah bangsat".
mana boleh.kata kerja kat sini adalah "mintak".
kalau mintak, belum tentu orang nak kasi, cik kak.

"aku nak mintak maaf";bukan "aku nak mendapat maaf".hidup jangan sukahati sangat.

sebab itu tuhan selalu pesan dalam quran bab habluminannaas--hubungan kita dengan manusia.jaga.percayalah.
"habluminallaah" yakni menjaga hubugan dengan allah itu JAUH lagi senang dari "habluminannaas".sebab tuhan itu sesungguhnya MAHA ghafuur. MAHA rahiim.

manusia?nak dapat kemaafan dari manusia?ingat semudah 1, 2, 3?lafaz, salam dan menang?macam tu?
haih.benda minta maaf ini jangan buat lekeh,.sebab itu aku dari tadi menung.apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang.

kecil2 dulu--kalau terkecilkan hati kawan kita--gigih kita lukis kad "i'm sorry" pada dia,
bukan main lipat kemas2 kad manila warna jingga,ditampal dengan segala kerawang dan lukisan pelangi pelbagai warna.

selit bawah meja.jeling sekali-sekala tengok2 kalau dia sudah baca.
dan kalau sudah, apa rupanya respon dia.senyum ke?masam ke?buat tak kenal ke?
hebat kita kecil2 dulu.JAUH lebih berani dari hari ini.buat salah -- hadap -- minta maaf.
apa jadi lepas itu--tak kisah.

paling2 pun, dia cakap "kita tak nak lagi kawan dengan awak". ye la. nak buat macammana. kita terpatahkan pengkorek dia. mmg la layak dia marah kita.

sekarang?

aku nak minta maaf?kau tak maafkan?
mampos kau.kau ingat kau siapa.

pergh.
apa jenis dunia kita tengah hidup ni sekarang?"

perhhhh pedaih mak aih. kalah cili padi kampung haaaa. betul tak. telan sahaja. ini harga yang patut kite terima. sebab kite aniaya/kutuk kawan kita sendiri. hanya satu kesilapan dia buat,terus cik cahaya bash dia. kebaikan yang dia buat terus cik cahaya lupakan. itulah namanya manusia. and now,hari demi hari, bulan demi bulan,tahun demi tahun. setiap malam cik cahaya menanggis kerana kesilapan cik cahaya. cik cahaya berusaha ingin dapatkan kemaafan dari dia. walaupun diorang tak balas. cik cahaya tetap akan memohon kemaafan. sehingga dimaafkan. betul kata orang,.. kite buat jahat dekat orang jangan harap dapat tidur,makan dan hidup dengan tenang. melaikan anda tak da hati dan perasaan. dan ego sehingga mengatakan diri anda tak da silap. cehhh tAk payah nak perasan tak da silap la.. anda tu nabi ka. malaikat ka. kite ni manusia biasa, ada salah silap. cube la sekali sekali dok buat sunat taubat,imbas kembali ape silap kite,walaupun kite rase,kite nie sangat betul dan begitu yakin tak de silap. dimana-mana. itu namanya belagak,nak tunggu pembalasan baru nak sedar. come on la,jangan tunggu maut dekat hujung rambut,baru nak insaf,baru nak cari depa untuk mohon maaf. masa tu,lantak hang la.





Tuesday 19 November 2013

CARA MENGHADAPI MANUSIA IRI HATI

salam semua. okey topik hari ini cik cayaha copy dari akuislam.com.
dekat dunia ni,semua manusia ada kelebihan dan kekurangan right. yee cik cahaya pun ade kekurangan dan kelebihan... errkkk kelebihan. itu cik cahaya tak pasti ade ke tak..hahaha tapi yang pasti kelemahan banyak ade la.

kadang-kadang kelemahan dan kelebihan kita ade je yang orang tak suka. betul tak. betul tak!!
lumrah kehidupan kan.

Mempunyai kelebihan merupakan suatu kurniaan Allah yang patut di syukuri. Namun itu, tidaklah menjamin membuatkan orang atau sahabat disekeliling kita menjadi suka akan kelebihan kita itu.

Kadangkala kelebihan yang dimiliki seseorang menjadi sasaran kedengkian dan iri hati orang di sekitar hidup kita.

Sifat buruk ini boleh terjadi pada setiap manusia dalam pelbagai perkara. Antara lain, perasaan Iri hati kepada jiran setaman yang mempunyai kereta baru, iri hati kepada rakan sepejabat yang lebih berjaya, teman yang lebih bijak, bergaya, rupa yang cantik atau kacak. Dan lain perkara lagi.

Pada artikel ini, Insyaallah saya ada beberapa tips yang boleh dilakukan dalam menghadapi manusia-manusia  yang iri hati kepada kita. Diantaranya adalah :


1. Menjaga Sikap Dan Ucapan
Kita perlu bermuhasabah diri kita yang menyebabkan kenapa sahabat atau orang disekeliling kita merasa iri hati kepada kita. Kadangkala kita tidak menyedari bahawa ucapan atau sikap yang kita tunjukkan membuat orang lain sakit hati, sedih atau marah.

2. Mengelakkan Diri
Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat atau orang yang iri hati dan terpancing emosinya, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.

Jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.

Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.

3. Berbincang Dari Hati ke Hati
Ajak orang tersebut bercakap dari hati ke hati. Tanyakan apa yang membuatkan dia terasa hati, dan jangan lupa untuk memohon maaf apabila kita salah dalam sikap dan ucapan kita.

Kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan.

4. Mengelakkan Iri Hati Dengan Berdoa
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.

Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang yang merasa iri hati kepada kita dilembutkan hatinya dan dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat iri itu merupakan penyakit hati.


Semoga apa yang dikongsikan dalam artikel ini dapat membantu saudara-saudari pembaca blog ini menghadapi masalah sedemikian. Jika ada kekurangan, saya memohon maaf dan apa yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.



Friday 15 November 2013

-belum-rezeki-

salam semua. dah lama cik cahaya tak update blog. lama sangat nie. hehe. haa tengok nie sampai bersarang dah. apa nak jadi nie, kalah orang tinggal rumah nie.

okey baru-baru nie,cik cahaya dapat tahu ramai kawan-kawan cik cahaya yang sudah bernikah dan mempunyai anak. tu la. bila tengok pergi majlis diorang pasti tak terlepas dari soalan 

"kamu bila lagi?"
"hang bila lagi nak naik?"

"bila lagi kami nak makan nasi minyak hang ni?"

waggh stress macam kang gary say " stresssssss" pun boleh dapat. btw. tahu apa yang cik cahaya balas:

"bila err. sampai kad jemputan ade nama aku,sampai la tu jodoh aku"

"errkk bila.? ada jodoh tak kemana. belajar lagi penting."

ya pada cik cahaya biar la belajar dulu, nak balas jasa mak ayah cik cahaya. jika time degree rezeki dan jodoh cik cahaya. inshaallah di permudahkan. tapi sekarang masih belum sebabnya. calon tak da lagi. cik cahaya nie, bukan jenis yang rapat dan gaul dengan lelaki nie. 

"hello cik cahaya,kalau hang malu, cam na hang nak jadi pendidik nie. sapa suruh hang mengorat. kawan biasa sudah. selebihnya doa. pikiaq sikit".-monolog dalaman

ohh okey la. cik cahaya pikiaq sikit ja naa.. sikit ja...hahaha. ada jodoh tak kemana. bukan tak nak cari, tapi ntah la cam na cik cahaya nak kata. takut dengan maianan perasaan nie. takut akan terluka nanti. so siapa tanya dah berpunya. cik cahaya jawab cam ni 

"sudah, my husband life in the future and saya milik mak ayah dan allah. daripada allah saya datang. kepada allah saya kembali :) "


Kalau awak jodoh yang di janjikan ALLAH untuk saya. kita bergaduh, bertengkar, otp dengan org lain atau merajuk macam mana sekalipun. kita tetap akan bersama juga. :')


Thursday 19 September 2013

kekal dengan dosa atau berubah mencari sinar

kite nie manusia..hamba allah yang lemah, yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan dan dosa.. tidak lari dari berburuk sangka, susah nak kawal diri dari berkecil hati.. sekuat mana kite berusaha, kite tetap hambanya yang tidak sempurna..jadi hiduplah seperti mana yang "telah allah tentukan"... mase bukak tv kuliah pagi "tanyalah ustaz di tv 9" wat saya terpikir dan wat saye tersedar...
"para pendengar yang dikasihi allah sekalian. terdapat perbezaan yang nyata antara peganggan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Jabariyyah dan Qadariyyah berhubung usaha manusia dan ketentuan Allah terhadap sesuatu pekerjaan kita, marilah kita bersama-sama melihat dan mendalami perbezaan ini"

okey golongan pertama ialah golongan Jabariyyah beriktikad bahawa setiap perbuatan manusia ialah di bawah paksaan allah. kehidupan manusia ini tidak ubah seperti robot yang telah diprogramkan untuk berfungsi hanya pada ketetapan yang telah ditetapkan penciptanya..padahal kawan-kawan iktikad ini jelas bertentangan dengan lafaz ayat yang sering kita bacakan setiap kali dalam solat iaitu "Hanya Kepada Engkaulah Kami Menyembah dan Hanya KepadaEngkaulah Kami Memohon Pertolongan"(surah al-fatihah:5)

jelas menunjukkan kandungan ayat tersebut menolak iktikad Jabariyyah yang menafikan usaha dan hanya berserah secara total kepada ketentuan allah. islam menuntut kite berusaha dan pada masa yang sama memohon pertolongan Allah di dalam kehidupan ini. kite kehendak allah juga kehendak. boleh jadi kehendak allah sama dengan kehendak kita. namun jika tidak, sekuang-kurangnya kite telah berusaha dan bertawakal dia atas usaha kite itu.


Golongan kedua yang akan kita kenali digelar sebagai golongan Qadariyyah. Mereka pula beriktikad bahawa setiap perbuatan yg dilakukan oleh manusia ialah menurut kehendak sendiri. Hingga menafikan Qudrat dan Iradat Allah di dalam kehidupan ini.

Perkara ini juga jelas disangkal dengan adanya ayat di atas. Kerana jika kita mempunyai qudrat mengatasi Qudrat Allah, nescaya tidaklah kita sebagai hambaNya berhajat untuk meminta pertolongan Allah dan menyembahNya.

Nauzubillahiminzalik…

Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) pula, iktikad kita ialah segala pekerjaan yang dilakukan itu dijadikan oleh Allah Taala manakala usaha itu dilakukan oleh hambaNya (manusia).


Hal ini dapat kita lihat di dalam ayat ini;

“ Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yg kamu perbuatkan itu, ” (Surah Ash-Shaaffaat,96)

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatkannya…. ” (Surah Al-Baqarah, 286)

Secara analogi yang mudah, saya ambil perbuatan makan. Allah menjadikan kita dapat makan. Manusia yang memilih untuk memakan makanan yang halal ataupun yang haram.

Hal yang sama juga dengan nafsu syahwat, Allah menciptakan perkara itu dan membenarkan ianya disalurkan. Manusialah yang memilih sama ada ingin berkahwin ataupun berzina.

Namun seandainya manusia memilih untuk berzina atau memakan babi misalnya, bolehkah Allah menghalang perkara itu ? Tentu sahaja boleh.

Namun dibenarkan ianya berlaku meskipun Allah cukup murka mengenainya. Ini kerana dunia merupakan medan ujian ketaatan hambaNya. Melalui sifat Rahman (Maha Pemurah) Allah, kesemua makhlukNya menerima nikmat. Namun hanya dengan sifat ar  Rahim (Maha Penyayang) Allah, seseorang hamba diizinkan memasuki syurgaNya.

Namun, berapa ramai yang tetap bertangguh-tangguh bertaubat seolah-olah masih pasti nyawa mereka akan dipanjangkan lagi oleh allah?




Ya Allah, terimalah taubatku… Bimbinglah diri ini ke arah yang diredhaiMu…

Biarlah apa orang nak kata lepas ini, aku akan cekalkan hati berubah, 

Kerana ku cari redha Ilahi, bukan sanjungan duniawi,

Akan ku jaga sebaik-baiknya hidayahMu ini Ya Allah….






Monday 26 August 2013

dalam hati

Dalam hati
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?

siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?

Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

 Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.

“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah  ia ingin tersenyum setiap saat.

Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya.

Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna?

Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?

Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini.

Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

 Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir

Ya Rabb…

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin


Wednesday 14 August 2013

Kreativiti diguna dalam kehidupan, bukan dalam beragama

Kreativiti diguna dalam kehidupan, bukan dalam beragama

Tidak lama lagi, berkemungkinan akan adalah syarikat Melayu-Muslim yang membuat perniagaan membaca al-Quran kepada semua barangan produk untuk mendapatkan 'keberkatan' dan 'add value' pada barang.

1. Mee Maggi, beras dan tepung yang dibacakan al-Quran 
2. Burger yang dibacakan al-Quran 
3. Makanan dalam tin yang dibacakan al-Quran 
4. Susu kambing yang dibacakan al-Quran (sudah ada) 
5. Berus gigi, sabun, syampoo, dll

# Selepas ini kualiti, tarikh luput bukan lagi menjadi perhatian tetapi 'jumlah juzuk atau tarikh bacaan al-Quran ' pada makanan dan pihak JAKIM atau SIRIM kena pi semak di mana dan betulkah produk ini dibacakan al-Quran.

# Silap-silap harga barang pun berbeza sebab beza bilangan juzuk yang dibacakan bukan lagi sebab kualiti atau kuantiti barang.

# Lebih dahsyat lagi, bagi mengurangkan kemalangan jalan raya, tidak mustahil syarikat pengeluar kereta akan 'enhance' kereta, kapal terbang, lori dengan bacaan ayat-ayat al-Quran sehingga menjadi satu industri baru.

Cukuplah pesanan baginda salallahualaihiwassalam,

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Sesiapa yang mengada-ngadakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak." [Al-Bukhari dan Muslim]


Tuesday 13 August 2013

Women out there,please read and think about it deeply

Women out there,please read and think about it deeply
# A Hijabi Muslimah said :

“when I go to market and I see all these kind of tight jeans, short skirts and indecent clothes
shaitan comes and whispers to me : ”All girls are wearing those clothes except you!! Live your life as girls in your age are doing!”

* I just ignore his whispers and remember this Hadith:
"(40) But as for him who feared standing before his Lord, and restrained himself from evil desires, and lusts.(41) Verily, Paradise will be his home.”

* I also remember this Hadith of Prophet Mohammad (sallaAllahu alaihi wa sallam) :
“clothed yet naked women who will never enter Jannah or smell its fragrance”

At that point, I control my desires and I teach my Nafs that Jannah is way more precious than a cheap piece of cloth.

Dear sisters, surround yourself with the great meanings of that Hadith in this time of temptations,
Raise your Nafs to control its desires.
Ya Allah Turner of hearts, make our hearts firm on your Deen and save us from the evil of Fitnah, Aamin.


Wednesday 24 July 2013

Bila putus cinta

Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni.

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah. 

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan. 

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab. 

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir, 
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia. 
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya, 

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh, 
Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.