Sunday 24 January 2016

Doa Yang Tertangguh

Dalam hidup ini, banyak perkara kita minta pada Allah. 
Seringkali pula kita selalu memandang perkara yang Allah tak makbulkan lagi.

Dan doa yang tak dimakbulkan tu pula acapkali kita rasa ia doa yang ‘besar’ dan penting sampai akhirnya kita rasa Allah tak beri apa kita minta.

Sebab kita nak sangat benda itu tapi masih tak dimakbulkan oleh Allah.
Sampai akhirnya kita lupa pada doa-doa yang kita anggap ‘kecil’.

Dan doa-doa yang kita pernah minta dulu tapi kita dah lupa tentangnya.
Walhal walaupun doa itu dah lama dan dilupakan,

Allah tetap makbulkan ia dalam keadaan yang kita terkadang tak sedar.
Juga perkara yang kita tak minta tapi Allah beri juga.
Dan perkara tersebut lebih dari apa yang kita hajatkan.

Berdoalah. Tanpa henti.
Itu tandanya kau tu hamba.
Jadi, nikmat TuhanMu yang manakah yang kau dustakan? (Ar-Rahman)

P/s: Aku pernah doa satu perkara, beberapa tahun selepas itu Allah tunaikan.

P/ss: Aku ada doa satu perkara selama 5 tahun dan masih terus berdoa tentang itu.

Kita merancang kan. Tuhan pun merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah.


Kadang kita nak tapi tuhan kata kita tak perlu benda tu. Kadang kita nak tapi tuhan tangguhkan dulu dan kadang kita nak tapi tuhan ganti dengan benda yang lebih bagus.



Saturday 23 January 2016

KAWAN!!

24/1/2016

KAWAN!!
hari ini cik cahaya ingin bercerita tentang kawan. kaan yang cik cahaya ada dari zaman sekolah rendah hingga la sekarang. okey cik cahaya sekolah rendah ade dua, sebab dipindahkan ke sekolah lain. sadissss

cik cahaya masa darjah 1 (1998) cik cahaya ade kawan,kami kawan sehingga la darjah 3, kami makan bersama,bawak bekal dari rumah kongsi,semua la bersama. kami bertiga. selepas itu, ada satu kajian berlaku, masa itu petang. ada satu lombong ni, kami bertiga p, masa tu ramai ja budak budak sebaya kami p situ sebab nak tangkap berudu. lepas tu cik cahaya berkata “cuba bayangkan ape jadi kalaw kita lompat?” lepas cik cahaya cakap, terus kitaorang balik, tapi bila pusing belakang diorang jerit mintak tolong sebab one of my friend dia terjun lombong tu, dan dia hulur tangan mintak diselamatkan. masa tu cik cahaya kaku,terkejut maka yang hulurkan tangan adalah budak india. masa tu that moment cik cahaya hilang kawan serta-merta, akibat dari kejadian tu. kawan cik cahaya lagi sorang salahkan cik cahaya, dia salahkan cik cahaya segala punca. maka di situ berakhir la pertalian sahabat di situ,

masa darjah 4 (2001),
cik cahaya pindah sekolah. tapi memang dapat ramai kawan, tapi semua menggunakan wang,wang dan wang. kalau cik cahaya tak tunaikan janji nak beli ape yang mereka mintak, mereka akan sishkan cik cahaya. sisih kan okey !!!. tahu tak rasa dia macam mana. sakit. !!. berkawan dengan mereka memang la seronok, tapi bila berkawan melibatkan wang, cik cahaya rasa lost. lost. semenjak tu,cik cahaya berbelanja di sekolah dengan banyak,sebab mereka semua nak wang sahaja.

tingkatan 1 (2004)
permulaan hidup baru cik cahaya,cik cahaya dapat kawan baru, sebab sekolah menengah ini satu je dalam bandar,tapi sekolah rendah kemain banyak, so semua dari pelbagai sekolah rendah semua majoriti bersekolah di situ. cik cahay dapat kawan baru,yang banyak cik cahaya kenal sebab cik cahaya ahli sukan,yang menyetai sukan berlawan dengan sekolah ini,sekolah tu. so cik cahaya jumpa la di sekolah menengah. cik cahaya dapat kawan baru,tapi merka cik cahaya tak lupa tetap kawan cik cahaya. cuma masa naik sekolah menengah semakin bersosial. itu sahaja. kami p tuisyen yang sama,kadang kadang diorang tak p kelas tuisyen,diorang p berjalan,lepak sana sini, tipu la tak ikot,cik cahaya ikot jugak sebab dah kawan dari sekolah rendah. p sana p sini. sampai satu hari,mereka bawak lelaki p masuk rumah mereka okey! masa tu tingkatan 2 kot. !! start tu cik cahaya dah tak bergaul sangat, so cik cahaya p sekolah dengan kawan lain tapi geng sekolah rendah sama,dia pun cam cik cahaya ta berkenan dengan depa sebenanrnya. lepas tu masa dekat sekolah menengah time rehat mesti diorang tegur kata “dah sombong sekarang”. lupa nak bagitahu kami kelas lain lain. selalu cik cahaya atas diorang. tapi mereka tetap best. even kutuk depan ke ape ke. kadang diorang akan pertahankan cik cahaya.

tingkatan 4 (2007)
cik cahaya dapat kelas tak sama dengan diorang, masa tu puak diuji dengan kehadiran dua sepupu yang sama kelas,okey sepupu yang baru pindah sekolah menengah. so cik cahaya kawan dengan diorang. lepas tu cik cahaya dapat dua orang kawan yang satu kawasan dengan rumah cik cahaya. so start tu cik cahaya p kelas dengan mereka. lpas tu kat taman lain ade dua orang lagi. p sama sekali dengan diorang. masa tu memang cik cahaya rasa,cik cahaya dapat kawan. lepas habis je SPM masing masing dengan hala tuju sendiri.

JAN 2010
cik cahaya dapat sambung diploma di politeknik ungku omar,ipoh. ramai jugak cik cahaya jumpa kat poli tu.okey banyak kawan sekolah rendah dan menengah. -,-. masa ni la bau bermula kehidupan berdikari cik cahaya di situ. diuji dengan kawan,susah senang bersama. kisah sepanjang 3 tahun di poli,cik cahaya malas nak cerita panjang sangat tragedinya. so diam kan jela.

SEPT 2014

masuk degree.. dapat kawan asai dari bandar. betoi bandar Kuala Lumpur, yang selalu memandang rendah terhadap negeri lain, kasar, suka kuar kata tak elok. cik cahaya masih tetap berkawan even mereka sisihkan cik cahaya. di situ cik cahaya mula bagi nasihat kat diorang tak makna cik cahaya baik. cik cahaya nak ajak diorang berubah. one day, hari tak disangka, hari yang penuh dengan kesabaran dan kekuatan. cuti mid sem bermula,diorang tak balik. bila dah abis mid sem, masuk kelas, terus diorang jauh dengan cik cahaya. cik cahaya nak pinjam duit mereka utk beli buku, sebab cik cahaya tak kuarkan duit lagi, mereka bagi. tp selepas habis kelas sebelum mereka mintak semula dit tu, maka cik cahaya kembalikan. cik cahaya berkata “tak pe la, aku tak de rezeki kot nak beli. agipun kau mesti tak de duitkan, jadi ambek lah duit kau balik. terima kasih”. dan cik cahaya tinggalakn diorang dan terus balik hostel. sebenarnya cik cahaya dengar,mereka berdua merungut. jadi cik cahaya bertolak ansur,kembalikan duit tu. seminggu selepas tu, cik cahaya dapat panggilan ayah kena operation. cik cahaya nak balik, jadi cik call diorang mintak tolong beli tiket bas, cik cahaya kata nanti cik cahaya bayar balik.. so diorang kata tak de duit, sejam kemudia diorang upload gambar makan kat tempat mahal.. masa tu baru tahu siapa kawan susah dan senang. even diorang buat banayk hal kat cik cahaya, tinggalkan cik cahaya, tak cakap, cik cahaya tetap cakap, rendahkan ego, mohon maaf. sampai one daya ade orang tegur “jangan jadi baik sangat,tu la orang senang pijak pala”…hmmmm to be continue….

pinjam ayat cik garam....







Saturday 16 January 2016

Oh My Crush. !

okey cik cahaya nak sambung semula, cik cahaya daftar masuk IPTA pada 1/9/2014 cik cahaya pelajar Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik. dan cik cahaya dapat masuk aliran sains Diploma... kos yang cik cahaya dapat ade la beberapa budak dari PUO jugak yang masuk, dan jugak salah seorang rakan kelas cik cahaya dapat kos tu dahulu dan di masuk pada sidang akademik 2013/2014. cik cahaya ingat sorang, rupanya rakan ari sek rendah,menengah,satu poli pun dapat IPTA tu, bezanya cik cahaya masuk intake 2014/2015. mereka lepas grad terus masuk.


3/9/2014
masa tu hari rabu,kami diagih mengikut school dan kos. dan tetiba cik cahaya suka dekat lelaki ni.dia satu kos dan satu kelas. cik cahaya memang admire dia sampai sekarang, tapi seminggu yang lalu cik cahaya dah tak admire dia. cik cahaya dah move on.

sebab cik cahaya move ni kerana,ade la sorang junior cik cahaya ni, dah la nama sama dengan crush cik cahaya. dia wassap cik cahaya ingatkan cik cahaya suruh bawak tart nanti start new sem. End up perbualan tu dia kata "nak nikah umur 30 ke, nak jadi andartu, gitu haaa".. pehh andartu menusuk kalbu ayat dia. start tu cik cahaya delete banyak pic kat ig, seminggu jugak la tak bertegur dengan dia.

beberapa hari yang lalu cik cahaya tegur la junior cik cahaya tu. itu pun selepas ade kisah yang terjadi. kisahnya kekasih kepada cush yang cik cahaya suka tu private mesej cik cahaya. cerita punya cerita end up kami mulakan dengan salam perkenalan dan jadi kawan. kawan dengan kekasih kepada crush..hmmm berat beban dia.. tapi lepas dia kata dia dah tak de apa apa kaitan dengan crush cik cahaya, terus cik cahaya rasa biar betoi.. maka cik cahaya pun berfikir ape yang dikata oleh junior cik cahay tu betoi, cik cahaya cerita kat dia. dan dia kata ape "kenapa,dia ade buat ape ape ke" yeah im know he worried about me. he worried cik cahaya akan menanggis lagi.. haha kelakar la kau brother...

lagipun cik cahaya tahu dah perangai sebenar crush tu macam mana. dia jenis suka melayan perempuan, suka nak tackle perempuan. cik cahaya bukan perempuan dalam senarai dia nak. sebab dia nak yang hot okey.. hot...tapi one day cik cahaya harap dia akan jumpa yang tebaik la. bekas dia dah cukup baik, sayang betoi kot. tapi tu la. ade jodoh tak kemana.


assalam....

16/1/2016

alhamdulillah sudah 2016, sudah lama cik cahaya tidak bukak blog ni. rupanya dah bersawang,bukan takat blog je, cik cahaya rasa laptop ni pun dah berhabuk, ngeeee... last cik cahaya update 2013, masa tu cik cahaya sebagai penganggur sebelum mula keje di shell. 

masa 2014, cik cahaya dah mula bekerje. dan pada 2014 cik cahaya mengisi borang UPU online, yela dah habis Dip, kawan kawan semua dah sambung belajar, dan bekerje, bernikah,bertunang,cik cahaya je masih tiada rezeki, cik cahaya tak pertikai pun rezeki allah bagi. cik cahaya terima je. alhamdulillah.

masa 2014, cik cahaya konvo poli dgn jayanya alhamdulillah. masa bulan 6, cik cahaya dapat tawaran belajar di Politeknik Premier Shah Alam, haaiiihh tempat mak sedara cik cahaya mengajar pulak tu. cik cahaya dapat dalam kos diploma lanjutan kejuruteraan elektronik perubatan, masa dua sethaun bekerja dan setahun kuliah, keje jangan cakap memang dalam tangan. jadi cik cahaya tolak,mungkin masa tu bukan rezeki lagi nak belajar,lepas tu cik cahaya dapat temuduga sebagai pendidik di UPSI, tapi bukan rezeki, sehingga keputusan UPU keluar dan cik cahaya dapat sambung dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  (nama kos dirahsiakan,tapi ia berkaitan sains fizik ) di IPTA tersebut. cik cahaya mohon elekronik tp rezeki dapat berkaitan lebih mendalam tentang fizik tp ada kejuruteraan..

masa isi Uni dan kos cik cahaya tak terlintas nak letak Uni tu. tapi setalah berfikir cik cahaya letak dan masa tu cik cahaya redha, ada rezeki tak kemana. sebab Uni tu selalu buat kejersama dengan poli cik cahaya utk FYP. dan alhamdulillah dapat di Uni tu. bermula lah kehidupan cik cahaya sebagai pelajar sekali lagi dan di negeri orang. negeri orang okey. tak pernah jauh gitu,. paling jauh masa praktikal di USM. ni penghujung okey.. okey nanti la cik cahaya sambung lagi kesah kehidupan cik cahaya di IPTA tersebut... muhehehehehe..