Sunday 23 June 2013

apa yang dihalalkan oleh Islam sebenarnya lebih banyak daripada diharamkan.

Masyarakat bukan Islam sering melihat Islam sebagai agama kolot dan ortodoks, di mana ia mengongkong penganutnya dengan pelbagai larangan. Bagi mereka, Islam menyekat kebebasan dan hak penganutnya daripada menikmati kehidupan di dunia.

Sebagai contoh, Islam melarang umatnya memakan daging khinzir dan meminum khamar (arak). Namun, sedarkah mereka, apa yang dihalalkan oleh Islam sebenarnya lebih banyak daripada diharamkan.

Cuba luangkan masa dan catatkan dengan membuat perbandingan mengenai perkara yang diharamkan Islam ke atas penganutnya dan apa pula dihalalkan. Nescaya mereka tidak akan mampu mencatat perkara berkaitan perihal yang dihalalkan.

Apabila Islam mengharamkan sesuatu perkara, ia juga turut mengharamkan perkara yang membawa kepada perkara haram itu.


Contoh jelas yang dapat dilihat dalam konteks ini berhubung pengharaman arak, di mana Allah bukan saja melaknat orang yang meminum arak, tetapi melaknat 10 golongan yang terbabit dengan aktiviti berkaitan arak.


Dalam kaedah Usul Fiqh, kaedah ini dipanggil ‘Saddu Zarai’ atau dalam bahasa mudahnya diistilahkan sebagai penutupan kepada pintu yang boleh membawa kepada kemudaratan atau perkara haram itu.

Begitu juga hikmah pengharaman zina di dalam al-Quran, di mana Allah secara tidak langsung turut mengharamkan segala perbuatan yang menjurus kepada segala kemungkinan yang boleh membawa kepada zina, seperti mana dalam firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

Apa saja yang menjurus dan boleh membawa kepada zina ditegah dengan penuh hikmah oleh Islam. Apabila berbicara mengenai perkara yang boleh membawa kepada penzinaan, perbincangannya tentu panjang.

Namun yang saya ingin kongsi bersama pembaca adalah mengenai adab pemakaian yang semakin lama semakin jauh daripada landasan yang disediakan oleh Islam.

Tidak mustahil cara pemakaian juga boleh menyumbang kepada berlakunya penzinaan dan jenayah seksual.

Pada masa kini, hampir mustahil untuk kita, terutama golongan Adam, untuk menjaga mata dan hati daripada tercemar ketika berjalan atau bersiar-siar di tempat awam, apatah lagi jika kawasan itu tumpuan pelancong.

Wanita berpakaian menjolok mata pasti sedikit sebanyak akan menggegar iman golongan Adam yang mudah terdorong dan melihat dengan penuh rasa syahwat.

Tidak hairan mengapa terlalu banyak kes gangguan seksual dan jenayah rogol semakin berleluasa pada akhir zaman ini dan sukar dibendung.

Pada akhir zaman ini, sifat malu terlalu sukar diertikan kerana ia berbeza mengikut pendapat masing-masing. Ada yang mengatakan berpakaian menjolok mata adalah mengikut ‘trend’ dan peredaran zaman.

Ada pula yang mengatakan, trend pemakaian seksi sebagai simbol sesebuah negara itu mencapai tahap negara moden. Walau apa pun kata-kata mereka, kita sebagai umat Islam sepatutnya perlu bersifat berkecuali.

Kebelakangan ini, trend pemakaian jubah semakin mendapat tempat di kalangan wanita Muslim di negara kita. Ia adalah perkembangan positif yang harus disokong.

Namun begitu, mungkin ada sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam memilih jubah supaya benar-benar menepati adab pakaian dianjurkan Islam.

Antaranya, pakaian itu hendaklah tebal dan tidak mengikut bentuk badan serta tidak terlalu menyerlah hingga menarik pandangan lelaki.

Hukum penjagaan aurat adalah wajib dan tiada kompromi di dalam Islam. Kerana itu, kita perlu faham mengenainya supaya tidak melakukan perkara sia-sia seperti menyangka sudah menutup aurat tetapi sebenarnya tidak.

Kaedah penjagaan aurat dinyatakan sedikit sebanyak oleh Allah SWT dalam surah An Nur, ayat 31, yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti aurat perempuan; dan jangan mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”



Sunday 16 June 2013

Teruskan usaha itu adalah kehebatan

Siapa kata gagal itu adalah kegagalan?
Gagal itu adalah pengajaran.
Apakah gagal yang sebenar?
Berputus asa. Itu adalah kegagalan yang sebenar.

Kesilapan kita dalam mencontohi sesorang adalah kita berhajatkan diri kita benar-benar menjadi seperti orang itu. Sedangkan kita dengan dia adalah dua manusia yang berbeza. Kita tidak mampu menjadi seperti seseorang.

Apabila kita mencontohinya, kita sebenarnya mengekstrak apa yang ada pada dia dan menjanakan pada tubuh kita. Adalah perkara biasa sekiranya kejayaan yang dicapainya, kita beroleh dalam tempoh yang lebih lewat. Ini kerana, kita bukan dia.

Adalah menjadi luar biasa, lagi mengagumkan, sekiranya perkara yang dia Berjaya capai, kita dapat capai lebih awal. Saya katakana luar biasa lagi mengagumkan, namun perkara ini bukan mustahil. Ini terjadi kepada Dr. zakir Naik yang Berjaya melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada Ahmad Deedat rahimahullah. Almarhum Ahmad Deedat pernah menyatakan , “kamu Berjaya mencapai apa yang aku usahakan dalam 40 tahun ini, dengan hanya empat tahun”.

Tetapi ,pokoknya kembali kepada usaha yang tidak kenal putus asa. Teruskan berusaha, usaha, usaha dan usaha. Usaha itu sendiri adalah satu kehebatan sebenarnya.

Adakah Nabi Saleh seorang yang gagal apabila seluruh kampungnya diazab? Adakah Nabi Lut seorang yang gagal apabila hanya 83 orang daripada kaumnya terselamat? Adakah Nabi Yahya seorang yang gagal, apabila kepalanya dipenggal?

Sesekali tidak. Bahkan, mereka adalah manusia yang hebat yang pernah berjalan di atas muka bumi ini, kerana kegigihan usaha mereka yang tidak kenal lelah dan putus asa.

Bagaimana pula dengan kita, wahai manusia yang ingin menjadi hebat?




Wednesday 12 June 2013

titian sirat mustaqim


Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim  adalah berbagai diantaranya ialah :


  1. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
  2. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
  3. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
  4. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
  5. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
  6. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
  7. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
  8. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
  9. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
  10. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.

semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat 

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

dan Di akhirat kelak akan ada satu level khas untuk haiwan, mereka sedang beratur menunggu giliran. Di bawahnya ada banyak manusia juga tunggu giliran nak meniti satu titian. Apa haiwan tu buat? Mereka minta izin pada Allah untuk menolong manusia2 yang pernah menolong mereka semasa hidup di dunia. 

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Titian Siraq 5,000 tahun mendaki, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun curam. Nauzubillah.



Tuesday 11 June 2013

Dengan ujian, kita mengenali kehidupan. Dengan ujian, kita mengenali Tuhan. Andai tiada ujian, pasti beku iman!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, para keluarganya, para sahabatnya, dan pada umat baginda sallallahu alaihi wasallam.

Kita pernah mengalami juga pernah merasai ujian dalam kehidupan. Mungkin, ujian sewaktu muda mudi dahulu, kita berhadapan dengan ujian bertulis.

Ujian hitam dan putih sewaktu berada di alam pembelajaran di sekolah, universiti, kolej, madrasah, dan bermacam lagi. Begitu juga dengan bekerja.

Beberapa sektor pekerjaan masih menggunakan ujian di atas kertas sebagai menaikkan taraf dan mutu pekerja dan syarikat.

Jika direnungkan seketika, ujian itu pelbagai. Dan hasil daripada ujian juga pelbagai. Bermacam-macam.

 Soalnya, ujian itu ada untuk kita.


Ujian dan kita
Dahulu… sewaktu menjadi seorang pelajar sekolah, saya tidak lari daripada ujian. Ada ujian itu, ujian ini, dan banyak lagi. Namun, ada beberapa perkara yang melekat pada memori diri.

Ada satu ketika semasa musim ujian, saya berasa tidak tenteram. Tidak tenang. Walaupun pada ketika itu telah membuat beberapa persediaan, akan tetapi diri tidak mampu untuk menipu.

Melihat rakan lain, ada yang ceria dan tidak peduli. Mereka, boleh berbuat apa yang mereka ingini dan hajati. Ada juga yang yang terlalu peduli dan stress. Mereka tidak duduk senang walaupun posisi mereka agak senang. Dan ini membuatkan saya gelisah.

Saya meletakkan diri saya di tengah-tengah. Dan yang membuatkan saya rasa bersalah, saya tidak mahu mengambil ujian sekalipun saya akan berhadapan dengan ujian.

Tidak mahu mengambil risiko. Tidak mahu membuat keputusan. Takut! Seram!!

Tamat sahaja alam persekolahan, saya cuba melibatkan diri dengan alam pekerjaan.

Pesan emak, “Sambil tunggu keputusan, lebih baik gunakan masa sekejap ni pergi kerja. Timba pengalaman. Belajar cari duit. Biar tahu sedikit, susah atau senang kerja itu.”

Saya setuju.

Matlamatnya mudah. Pergi kerja, dan hujung bulan bawa pulang wang. Tanpa disangka, ia bukan mudah. Ketika itu, saya hanya bekerja dalam tempoh satu minggu dan berhenti.

Alasan yang saya ajukan, ‘saya dapat tawaran sambung belajar.’

Hebat!

Namun, secara jujur, saya masih lagi mentah. Tidak mampu menghadapi ujian. Saya lemah.

Di alam persekolahan, kita lebih fokus pada ujian bertulis. Berbanding pula di alam pekerjaan, kita lebih fokus pada ujian kehidupan. Semuanya tentang ujian.

Saya terfikir, kenapa mesti ujian?

Ujian itu untuk kita
Kekadang, ujian itu sedikitpun tidak kita pinta. Secara tiba-tiba ia hadir untuk kita. Apa yang pasti, kita tidak boleh lari. Makin kita lari, makin pula ujian mendekati.

Lari itu tidak akan menyelesaikan ujian. Sebaliknya, ia menambahkan, dan membebankan ujian yang kita hadapi itu sendiri. Mahu atau tidak, kita perlu menerima ujian itu.

Baik atau buruk, itulah ujian.

Sebelum menghadapi ujian kubur, mukadimahnya adalah ujian semasa kita hidup. Ujian adalah pembelajaran dan pendidikan daripada Tuhan.

Juga, ujian itu adalah anugerah dan hadiah pada setiap insan. Hidup yang tiada turun dan tiada naik, umpama mati.

Asam garam kehidupan.

Hasil daripada ujian
Kalau ujian bertulis itu mempunyai markah dan juga grednya, ujian kehidupan juga ada habuannya. Salah satu yang saya boleh berkongsi adalah ketenangan jiwa.

Ya, ketenangan itu tidak semua yang memperolehinya. Namun, sesiapa sahaja boleh mendapatkannya sekiranya berusaha tanpa putus asa dan juga betul pada caranya.

Caranya bukan sahaja pada proses menghadapi ujian semata. Tetapi, ia bermula pada peringkat awal kita menerima ujian tersebut. Jika baik, dan prosesnya juga baik, hasilnya pasti baik.

Ingat, hasil ujian yang menimpa keatas setiap diri kita, bukan sahaja membuatkan kita tenang mahupun damai. Ujian juga adalah perkhabaran daripada Tuhan supaya kita terus taat dan setia kepada-Nya.

Adakah ujian yang datang pada kita itu membuatkan diri kita jadi lebih baik atau sebaliknya? Adakah ujian yang hadir itu membuatkan kita lebih dekat atau lebih jauh daripada-Nya?

Dengan ujian, kita mengenali kehidupan. Dengan ujian, kita mengenali Tuhan. Andai tiada ujian, pasti beku iman!


Monday 3 June 2013

lari atau berjalan

Heartbreak?

Patah hati?

Jangan patah iman sudahlah.

Dalam hati dah cukup parah rasanya, cuma tak terluah dek kata-kata.

Dah habis positif dah kadang-kadang tapi dek kerana liciknya syaitonirrajim, iman ni tergugat jugak.

Perghhh.

Rasa macam nak lari somewhere.

Tapi ke mana? Jauh mana nak lari tu?


Allah dah sebut dalam surah al-Hadid,

“Dan Allah bersama kamu di mana saja kamu berada.” [al-Hadid:4]

See, nak lari mana?

Allah tak pernah tinggalkan kita walau jauh ceruk mana kita lari.

Kuatlah. Kuatlah. Kuatlah.

Sometimes kita memang kena face benda-benda macam ni.

Life is endless stuggle right?

Keep moving on.

Kadang bukanlah syaitonirrajim tu kuat sangat, cuma iman kita saja yang lemah.

Handphone pegi kedai boleh upgrade.

Kereta pergi workshop boleh upgrade.

Nah, bila pulak iman kita nak upgrade.

Jadi, berbaik sangka lah dengan aturan Allah.

Tak sikit, banyak mesti segala bagai ujian dan dugaan inilah tools untuk kita upgrade iman kita yang dah jatuh tergolek gedebak gedebuk.

Untung aje tak masuk gaung, masuk gaung tepi bukit boleh jugak minta bomba tolong selamatkan.

Dah tu kalau masuk gaung Neraka siapa nak tolong oiiii.

Remember this,

tiada ketentuan yang sia-sia.

tiada ujian yang melebihi kemampuan kita.

tiada duka yang tersembunyi dari penglihatan-NYA.

tiada air mata yang kering tanpa pengetahuan-NYA.



Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,

Maka pujuk hatimu,

“Dan kerana Allah, bersabarlah” [al-Muddatsir:7]

Jadikan setiap ujian itu hadiah dari Allah. All of difficulties yang kita tempuh ada hikmah. Semua itu untuk preparation for our future. Setiap ujian buat kita kuat. Percayalah, kullu minnaAllah sayang. Kullu minnaAllah.

belajarlah untuk hidup bahagia.
berlapang dada dengan aturanNya.
berdamai dengan kenangan.
belajarlah untuk bahagia.
bukan supaya orang lain bahagia. bukan. 
tapi, supaya diri kamu sendiri yang bahagia.



Bukankah ujian itu tanda cinta dari Tuhan?
Jadi, janganlah sedih berpanjangan.
Walkawaylah dari kemurungan dan kesedihan.

Maybe being broken to pieces is sometimes a good thing.. It gives you the chance to build yourself up the way you always wanted to be; Stronger. Tougher.

Dan yakinlah, dalam hidup ni tiada sad ending. Melainkan kita sendiri yang mencipta sejarah hitam dalam hidup kita sendiri.

Cuma, kebahagiaan itu masih tertangguh dek maksiat dan kejahilan yang masih melekat dalam diri kita.

Every soul has a past.
Every soul lives a present.
And I really really sure, every soul deserves a future.
Perbaiki hidup.
Itu lebih baik dari meratap kenangan yang tak mungkin berulang.

Jalan ini masih panjang.
Entah bila kita akan dijemput pulang.
Persiapkanlah bekalan.
Bekalan menuju redha Tuhan.



Wahai jiwa yg tenang (iaitu jiwa yg beriman). Kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya. [Al Fajr: 27-28]



WALKAWAYLAH!

Walkaway lah dari kesedihan yang berpanjangan.

Have faith.  :’)



Sunday 2 June 2013

niqab bukan trend

okey dekat facebook, saye lihat begitu ramai muslimah-muslimah mula memakai niqab. alhamdulillah diucapkan kepada mereka,. Tapi Bicara sahabat saya tadi mengetuk minda saya. Benar, saya perasan akan situasi yang dia ceritakan itu. Ramai aje kalau saya melompat-lompat facebook atau tweeter, hatta blog dan website pun, kelihatan gambar orang berniqab tapi kemudian tangkap gambar sendiri(gaya macam-macam la kan).blurrrrrkonon comei la

Kenapa buat begitu wahai kawan-kawan?

Saya rasa aneh.
Tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, adalah untuk mengelakkan fitnah. Kalau dalam hukum wajib, niqab dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling.

 Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.

Tapi, kenapa tangan gambar dengan pelbagai aksi dan angle kalau tujuan memakai niqabnya adalah seperti tadi? Kemudian letak pula di tempat yang menjadi tontotan ramai?
Saya rasa aneh.

Kenapa pakai niqab?

Saya tidak mahu bergerak jauh dalam perbahasan yang orang putih kata complicated. Saya tak suka macam itu. Maka saya senang mengajak wanita-wanita yang memakai niqab, yang berhajat memakai niqab untuk muhasabah kembali niat mereka memakai niqab itu sendiri.
Kenapa pakai niqab?

Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?

Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.

Kenapa pakai niqab? Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.
Atas dasar apa kita memakai niqab? Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?

Imej

Kenapa saya tergerak memanjangkan hal ini di dalam website?
Kerana imej Islam sedang terlekat pada orang yang memakai niqab, lebih berat dari orang lain. Ya lah, apabila memakai niqab, orang akan kata kita ni beriman kuat, thiqah, sungguh-sungguh amal Islam. Itu pandangan kebiasaan orang.

Justeru, apabila kita dipandang sedemikian rupa, kemudian kita pula melakukan sesuatu yang diluar pandangan orang itu, maka pastinya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.

“Ish, ada patut dia buat camtu? Dia dah la pakai niqab”

“Pakai niqab, tapi sembang dengan lelaki macam biasa aje”

“Pakai niqab pun nak tangkap gambar lebih-lebih ke?”

Orang akan perhatikan dari segenap penjuru. Kita boleh kata dengan mudah: “Saya pun manusia” Tapi pada saya, bukan semua akan mendengar alasan itu. Mereka yang tidak faham Islam, akan memandang buruk Islam hanya kerana sikap pemakai niqab.

Tujuan niqab adalah untuk menutup fitnah, tapi kita dengan niqab, membuka fitnah baru yang lebih buruk. Sebab itu, balik semula kepada niat tadi.

Kenapa pakai niqab? Dari niat inilah kita berusaha menetapkan diri kita sebenarnya. Barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya.

 Pakai, pakai dengan serius

Artikel ni, bukan suruh tanggal niqab ya. Cuma saya mengajak mereka yang memakai niqab, mereka yang berhajat memakai niqab, agar memakainya dengan kefahaman, dengan penuh keseriusan.

Jangan jadikan Niqab ini fesyen.

“Orang solehah dia pakai niqab”

“Orang dakwah-dakwah ni, kena pakai niqab”

Tidak. Jangan begitu. Kalau kamu pakai niqab kerana itu, maka niqab kamu sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqab kamu nanti hanya sekadar menjadi – trend orang dakwah. Kenapa pakai? Sebab kalau nak berdakwah, kena pakai niqab baru nampak macam pendakwah.
Jangan.

Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?

Bagi yang memakai niqab, teruskan dan perbaiki peribadi kamu. Kamu menjadi pandangan dan perhatian manusia lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam. Maka, pakailah dengan serius.

Saya ulang, dengan serius. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikut, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen.

INGAT!!

berpurdah bukan trend ya. Post di facebook cakap nak berpurdah ke suatu majlis,
kemudian hari seterusnya tak berpurdah, tayang gambar kejap berpurdah, kejap tak berpurdah di facebook. anda sebenarnya nak apa? 

 Cuma kenapa saya tekankan hal ini kepada yang berniqab? Adalah kerana orang yang pakai niqab ni, orang pandang lebih, orang ingat iman mereka tinggi, orang rasa mereka faham agama banyak. Jadi bila mereka buat something yang tak kena dengan Islam, orang akan salahkan Islam.

Janganlah kerana sikap anda, niqabis lain pun kena tempiasnya. Berpurdah memang tak wajib, tapi ia bukan alasan anda nak mempermainkan nilai purdah itu sendiri.
Harap faham.

Inilah sikap segelintir insan yg menyebabkan semua niqabis terkena tempiasnya. Niqab jadi trend, bila nk pkai pakai, bila nk buka niqab, buka.. Kemudian buat status kurang elok, mulut tak jaga..astaghfirullahal'azim. Maaf, kebanyakan niqabis yg istiqamah tidak berperangai sebegini..mereka tahu jaga akhlak dan batas. Jgn terlalu krn nak berniqab, sehinggakan akhlak tak jaga..Yg wajib tutup aurat, bukan berpurdah, jika berpurdah itu mmbawa fitnah sj kpd niqabis lain, elokla ditinggalkam saja..jaga kewajipan menutup aurat.