Siapa kata gagal itu adalah kegagalan?
Gagal itu adalah pengajaran.
Apakah gagal yang sebenar?
Berputus asa. Itu adalah kegagalan yang sebenar.
Apabila kita mencontohinya, kita sebenarnya mengekstrak apa yang ada pada dia dan menjanakan pada tubuh kita. Adalah perkara biasa sekiranya kejayaan yang dicapainya, kita beroleh dalam tempoh yang lebih lewat. Ini kerana, kita bukan dia.
Adalah menjadi luar biasa, lagi mengagumkan, sekiranya perkara yang dia Berjaya capai, kita dapat capai lebih awal. Saya katakana luar biasa lagi mengagumkan, namun perkara ini bukan mustahil. Ini terjadi kepada Dr. zakir Naik yang Berjaya melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada Ahmad Deedat rahimahullah. Almarhum Ahmad Deedat pernah menyatakan , “kamu Berjaya mencapai apa yang aku usahakan dalam 40 tahun ini, dengan hanya empat tahun”.
Tetapi ,pokoknya kembali kepada usaha yang tidak kenal putus asa. Teruskan berusaha, usaha, usaha dan usaha. Usaha itu sendiri adalah satu kehebatan sebenarnya.
Adakah Nabi Saleh seorang yang gagal apabila seluruh kampungnya diazab? Adakah Nabi Lut seorang yang gagal apabila hanya 83 orang daripada kaumnya terselamat? Adakah Nabi Yahya seorang yang gagal, apabila kepalanya dipenggal?
Sesekali tidak. Bahkan, mereka adalah manusia yang hebat yang pernah berjalan di atas muka bumi ini, kerana kegigihan usaha mereka yang tidak kenal lelah dan putus asa.
Bagaimana pula dengan kita, wahai manusia yang ingin menjadi hebat?
No comments:
Post a Comment