Kenapa buat begitu wahai kawan-kawan?
Saya rasa aneh.
Tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, adalah untuk mengelakkan fitnah. Kalau dalam hukum wajib, niqab dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling.
Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.
Tapi, kenapa tangan gambar dengan pelbagai aksi dan angle kalau tujuan memakai niqabnya adalah seperti tadi? Kemudian letak pula di tempat yang menjadi tontotan ramai?
Saya rasa aneh.
Kenapa pakai niqab?
Saya tidak mahu bergerak jauh dalam perbahasan yang orang putih kata complicated. Saya tak suka macam itu. Maka saya senang mengajak wanita-wanita yang memakai niqab, yang berhajat memakai niqab untuk muhasabah kembali niat mereka memakai niqab itu sendiri.
Kenapa pakai niqab?
Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?
Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.
Kenapa pakai niqab? Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.
Atas dasar apa kita memakai niqab? Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?
Imej
Kenapa saya tergerak memanjangkan hal ini di dalam website?
Kerana imej Islam sedang terlekat pada orang yang memakai niqab, lebih berat dari orang lain. Ya lah, apabila memakai niqab, orang akan kata kita ni beriman kuat, thiqah, sungguh-sungguh amal Islam. Itu pandangan kebiasaan orang.
Justeru, apabila kita dipandang sedemikian rupa, kemudian kita pula melakukan sesuatu yang diluar pandangan orang itu, maka pastinya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.
“Ish, ada patut dia buat camtu? Dia dah la pakai niqab”
“Pakai niqab, tapi sembang dengan lelaki macam biasa aje”
“Pakai niqab pun nak tangkap gambar lebih-lebih ke?”
Orang akan perhatikan dari segenap penjuru. Kita boleh kata dengan mudah: “Saya pun manusia” Tapi pada saya, bukan semua akan mendengar alasan itu. Mereka yang tidak faham Islam, akan memandang buruk Islam hanya kerana sikap pemakai niqab.
Tujuan niqab adalah untuk menutup fitnah, tapi kita dengan niqab, membuka fitnah baru yang lebih buruk. Sebab itu, balik semula kepada niat tadi.
Kenapa pakai niqab? Dari niat inilah kita berusaha menetapkan diri kita sebenarnya. Barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya.
Pakai, pakai dengan serius
Jangan jadikan Niqab ini fesyen.
“Orang solehah dia pakai niqab”
“Orang dakwah-dakwah ni, kena pakai niqab”
Tidak. Jangan begitu. Kalau kamu pakai niqab kerana itu, maka niqab kamu sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqab kamu nanti hanya sekadar menjadi – trend orang dakwah. Kenapa pakai? Sebab kalau nak berdakwah, kena pakai niqab baru nampak macam pendakwah.
Jangan.
Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?
Bagi yang memakai niqab, teruskan dan perbaiki peribadi kamu. Kamu menjadi pandangan dan perhatian manusia lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.
Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam. Maka, pakailah dengan serius.
Saya ulang, dengan serius. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikut, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen.
INGAT!!
kemudian hari seterusnya tak berpurdah, tayang gambar kejap berpurdah, kejap tak berpurdah di facebook. anda sebenarnya nak apa?
Cuma kenapa saya tekankan hal ini kepada yang berniqab? Adalah kerana orang yang pakai niqab ni, orang pandang lebih, orang ingat iman mereka tinggi, orang rasa mereka faham agama banyak. Jadi bila mereka buat something yang tak kena dengan Islam, orang akan salahkan Islam.
Janganlah kerana sikap anda, niqabis lain pun kena tempiasnya. Berpurdah memang tak wajib, tapi ia bukan alasan anda nak mempermainkan nilai purdah itu sendiri.
Harap faham.
Inilah sikap segelintir insan yg menyebabkan semua niqabis terkena tempiasnya. Niqab jadi trend, bila nk pkai pakai, bila nk buka niqab, buka.. Kemudian buat status kurang elok, mulut tak jaga..astaghfirullahal'azim. Maaf, kebanyakan niqabis yg istiqamah tidak berperangai sebegini..mereka tahu jaga akhlak dan batas. Jgn terlalu krn nak berniqab, sehinggakan akhlak tak jaga..Yg wajib tutup aurat, bukan berpurdah, jika berpurdah itu mmbawa fitnah sj kpd niqabis lain, elokla ditinggalkam saja..jaga kewajipan menutup aurat.
No comments:
Post a Comment