ehhh cik cahaya,tapi topik tulis oreo. macam na pulak. haaa nak tahu cam na. meh baca dulu,baru tahu.
okey cik cahaya dah lama teringin nak buat,sebab tengok dekat facebook,ade orang post,
so cik cahaya pun nak try la buat. lagipun memang sedap. dan kawan-kawan facebook dan wechat PM
cik cahaya,cam na nak buat, jadi meh sini cik cahaya kongsikan pada kawan-kawan yang nak try buat tu.
pastikan anda alert OKEY!!!!!!!!!!
BAHAN:
- 1 BUNGKUS @ 10G JELLY POWDER @ 10 G SERBUK AGAR-AGAR
- 750ML AIR (Tapi cik cahaya lebihkan,sebab cik cahaya tak suka keras-keras,suka lembut-lembut)
- 160G GULA (bagi orang tua,mungkin diorang tak suka manis,tapi cik cahaya buat tu,memang manis,so next time kurangkan gula,maniskan senyuman :) )
- 1 TIN SUSU CAIR
- 3/4 CAWAN MILO (cik cahaya bubuh lebih,sebab suka milo)
- 1 BUNGKUS BISKUT OREO/CHIPSMORE/TIGER/CREAM-O/ ATAU APE-2 BISKUT YANG KORANG NAK BUBUH.(patahkan ikut selera tekak korang)
CARA:
- MASAK SERBUK AGAR-AGAR DENGAN AIR SAMPAI LARUT. BILA DAH LARUT MASUKAN GULA.
- BILA GULA DAN LARUT,MASUKAN SUSU CAIR. KACAU SAMPAI SEBATI.
- KEMUDIAN BAHAGIKAN KEPADA DUA. BAHAGIAN 1= KACAU DENGAN MILO. BAHAGIAN 2 = SUSU DAN KACAU DENGAN BISKUT (eloknya letak biskut bila dah ready nak bubuh atas agar-agar,ini kerana nak elakkan biskut itu jadi lembik)
- SELEPAS ITU,TUANGKAN AGAR-AGAR BAHAGIAN 1 KE DALAM LOYANG ,DAHULU,TUANGKAN SEPARUH DAHULU. BIARKAN SEKETIKA. SENTUH AGAR-AGAR TU DAH KERAS ATAU BELUM. (jangan sampai terlalu keras,baru nak bubuh next layer,nanti layer tu tak jadi. sebab tu,kena test dengan sudu. dah stabil atau belum. dan ikut agak korang la)
- KEMUDIAN MASUKAN LAYER KEDUA,BAHAGIAN 2.TU. DAN ULANG SEMULA.IKUT SUKA ANDA NAK LETAK DAN BUAT BERAPA LAYER.
- PASTIKAN SEMENTARA NAK TUNGGU AGAR-AGAR STABIL DALAM LOYANG,AGAR-AGAR YANG DALAM PERIUK TIDAK JADI KERAS PULAK. OKEY
No comments:
Post a Comment