Apabila kita mula berasa cemburu dan jeles melihat jahiliyyah dan maksiat yang dilakukan oleh orang lain, seperti:
"Alahai bestnya tengok rambut dia menggerbang ditiup angin. Cantek kot!"
"Ohoi seronoknya dapat pegang tangan awek macam tu. Mesti lembut dan mengujakan!"
"Syoknya dapat hidup macam dia tu; malam-malam pergi enjoy di kelab malam, hujung minggu pergi bercuti tengok wayang, bla bla bla.. Aku ni, sikit-2 bulatan gembira, sikit-2 konferens riang. Bosan!"
"Perlu ke setiap masa tunduk dan taat pada Allah ni.. Rasa terkongkong ah. Tengok orang lain macam bebas je! Haish.."
"Perggghh cantek betul body dia. Mangkor! Kan best kalau aku boleh pakai baju ketat dan sendat macam dia, baru boleh show off sket!"
Pengsan sekejap.
Ehem.
Ketahuilah, sekiranya perasaan-perasaan sedemikian datang menerjah minda dan jiwa, banyak-banyakkan beristighfar dan minta ampun daripadaNya.
Kerana itu tandanya, bisikan-bisikan halus lagi tajam syaitonirojim sudah mula masuk dam meresap ke dalam jiwa. Kerana itu tandanya, kita sudah mula tewas pada nafsu serakah yang menggila, mahu bermaharajalela.
Nanges.
Moga Allah menjauhkan diri kita daripada tersadung, tergelincir dan akhirnya terjatuh ke dalam lembah neraka yang dalam. Moga Allah kuatkan hati kita, mantapkan kemahuan kita untuk terus-menerus memburu redhaNya. Moga akhirnya, kita akan ketemu cintaNya, yang abadi lagi mempesona. Amiin, ya robbal 'alamin.
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api."
No comments:
Post a Comment