Monday 8 April 2013

ayat jiwang lagi meremang-muntah

Umum mengetahui, dalam dunia percintaan, semuanya adalah suatu kemungkinan. Semuanya indah-indah belaka. Yang buruk dan hodoh, kelihatan indah dan bergaya. Yang susah dan sukar, jadi mudah dan senang. Rumput dan lalang bertukar menjadi bunga-bungaan mekar dan dedaun hijau segar. Kata orang, kentut pon berbau wangi.

Muntah.

Hari ini, saya nak kongsikan beberapa ungkapan cintan-cintun dan ayat-ayat jiwang yang sering diluahkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta, terutamanya yang masih belum berkahwin. Kelakar pon ada. Yelah, diungkapkan ketika sedang mabuk bercinta kan..? Yang mengarut dan merepek pon banyak. Cinta punya pasal. Disertakan juga komen ringkas saya untuk menunjukkan kepada anda kenapa ayat-ayat ini sungguh amat mengarut dan tidak lagi relevan (tapi mungkin relevan untuk yang sudah mendirikan rumah tangga). 

Kepada anda yang mudah loya dan ada alerjik dengan ayat-ayat sebegini, dinasihatkan untuk sediakan baldi atau beg kertas sebagai langkah berjaga-jaga. Sebarang kejadian sawan, mulut berbuih atau berlari kencang sambil menarik-narik rambut adalah di luar tanggungjawab saya. Eheh.

Baiklah. Anda sudah bersedia..? 

Ayat Jiwang 1: Anda menyempurnakan saya. (Baca: You complete me)

Komen: Mengarut. Mana ada makhluk kat dunia ni yang sempurna..?


Ayat Jiwang 2: Lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki!

Komen: Eleh. Ye la tu. Jangankan lautan api, terkena percikan api ketika sedang membakar ayam percik pon dah terpekik terlolong. Naik tangga dua tiga tingkat pon dah termengah-mengah. Apa kes..? Ini semua propaganda Freemason! Eh.


Ayat Jiwang 3: Ambillah pisau ni dan belahlah dada kekanda. Dinda pasti akan ketemu cinta yang tidak pernah berdusta!

Komen: Betul ni..? *ambil pisau daging paling besar dan tajam sambil gelak keji*


Ayat Jiwang 4: I nak sehidup semati dengan you! You jump, I jump!

Komen: Ok pertama, ajal maut tu di tangan Tuhan. Kalau si dia ditakdirkan mati dan giliran anda belum lagi, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan. Kedua, apalah bodoh sangat nak mati disebabkan cinta..? Bunuh diri tu haram tahu..??


Ayat Jiwang 5: Ayang, abang cinta ayang dahulu, kini dan selamanya! Forever ever!

Komen: Muntah hijau. Anda anda bebola kristal sakti ke untuk baca apa yang akan berlaku pada masa hadapan..? Untuk kaum perempuan, berhati-hati dengan seperti ini. Ada bau-bau buaya dan kasanova di situ. 


Ayat Jiwang 6: (Cinta jarak jauh) Wahai dinda, cuba dinda keluar dan tengok bulan purnama yang bersinar terang itu. Ketahuilah, kita sedang melihat bulan cinta yang sama!

Komen: Pandang kiri, pandang kanan. Shiuhh shiuhhh angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Err.. Sejak bila anda jadi ahli astronomi ni..? Apa faedahnya tengok bulan..? Baik baca Quran. Ahah. 


Ayat Jiwang 7: Tiada apa yang dapat memisahkan cinta kita. Siapa-siapa yang jadi batu penghalang, kita akan tentang!

Komen: Ada. Allah. Ada bran..? 


Ayat Jiwang 8: Anda adalah segala-galanya buat saya. Anda adalah dunia untuk saya!(Baca: You are the world to me)

Komen: Ya..? Cuba letak kereta Audi R8 sebuah (untuk lelaki) dan cincin berlian dua puluh lapan karat (untuk perempuan) di hadapan mereka ini. Sekarang tengok mereka pilih yang mana. Eheh.


Ayat Jiwang 9: Kalau you kahwin dengan I, I janji I akan setia sampai mati. Dan I akan penuhi apa sahaja permintaan you, demi kebahagiaan you. I janji sayang!

Komen: I am for yooouuu.. I am for youuuu.. Janji dicapati! Yeaaahh. Eh.


Ayat Jiwang 10: Kalau dinda jadi bulan, kekanda nak jadi si pungguk yang rindukannya. Kalau dinda jadi bunga, kekanda nak jadi si lebah yang menghisap madunya. Dan andai dinda jadi intan berlian, biarkan kekanda jadi jauhari yang mengenal manikamnya. Ewah!

Komen: Hidung berdarah. Anda nak buat dokumentari untuk Diskaberi Cenel ke apa..? Dan hello..? Ni zaman abad ke dua puluh satu kot, orang main MukaBuku, Pengicau dan Instagram. Mana dah orang pakai bulan, pungguk semua tu. Ketinggalan zaman betul!

Ok cukuplah sepuluh ayat-ayat jiwang untuk hari ini. Risau pula saya nanti ada yang bunuh diri dengan terjun gaung atau merelakan diri digilis keretapi kerana tidak tertahan membaca ayat-ayat yang sumpah geli ini. Wahahaha.. 

Oh, ada beberapa ayat cintan-cintun dan jiwang, tetapi halal dan dibenarkan untuk mengungkapkannya. Itu pon dengan syarat; sama ada sesama jantina bagi yang belum berkahwin dan untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Anda sudah bersedia untuk berdarah hidung sekali lagi..? Eheh. Antaranya:

Ana uhibbuka fillah qawiyy jiddan! - Saya cintakan anda kerana Allah, terlalu amat sangat!
Akhi, jom bercinta hingga ke syurga..?
You are my best friend till jannah!
Andai dikau pergi menemuiNya, tunggu daku di pintu syurga.
Tidak akan aku tinggalkan dirimu, sehingga syahid memisahkan kita!
Ana ingin menjadi pemegang kunci syurga enta, agar dapatlah kita masuk syurga bersama. (ok yang ini seriyes muntah darah)
Bunga-bunga cinta kita keranaNya, sudah memekar mewangi. Petiklah satu, dan hiasi ia pada imanmu. Ewah!
You jump, I jump! You jump into the hellfire, I will jump to save you from there! 
Syurga itu terlalu besar untuk seorang. Jom masuk sama-sama..? 
Walau kita dipisahkan oleh jarak yang jauh, ketahuilah, kita berbuka dengan kurma yang sama. Phewwiittt!

Wah! Bagaimana..? Manis tahap potong kaki bukan...?? Wahahaha. 

Bercinta itu tidak salah. Yang selalu buatnya salah dan hodoh, adalah nafsu serakah diri yang sering membuatkan kita terkeluar daripada gelanggang ibadah dan syariah!

Bercinta itu indah. Lebih nikmat dan manis, andai dasar cinta itu adalah iman dan ketaatan kepada Allah!

Dan bercinta itu mudah. Yang sering membuatkannya payah dan susah adalah kerana kesuciannya yang terpalit oleh jahiliyyah!

Jom bercinta kerana Allah! Senyum lebar.

Err.. Boleh tolong mopkan lantai ni tak..? Banyaknya muntah dan darah... Eheh. 



1 comment:

  1. hanya orang normal je cakap , ayat jiwang uh tak logik....hahahaha

    ReplyDelete