Tuesday, 16 April 2013

bila-kita-berasa cemburu-

Apabila kita mula berasa cemburu dan jeles melihat jahiliyyah dan maksiat yang dilakukan oleh orang lain, seperti:

"Alahai bestnya tengok rambut dia menggerbang ditiup angin. Cantek kot!"

"Ohoi seronoknya dapat pegang tangan awek macam tu. Mesti lembut dan mengujakan!"

"Syoknya dapat hidup macam dia tu; malam-malam pergi enjoy di kelab malam, hujung minggu pergi bercuti tengok wayang, bla bla bla.. Aku ni, sikit-2 bulatan gembira, sikit-2 konferens riang. Bosan!"

"Perlu ke setiap masa tunduk dan taat pada Allah ni.. Rasa terkongkong ah. Tengok orang lain macam bebas je! Haish.."

"Perggghh cantek betul body dia. Mangkor! Kan best kalau aku boleh pakai baju ketat dan sendat macam dia, baru boleh show off sket!"

Pengsan sekejap. 

Ehem.


Ketahuilah, sekiranya perasaan-perasaan sedemikian datang menerjah minda dan jiwa, banyak-banyakkan beristighfar dan minta ampun daripadaNya. 

Kerana itu tandanya, bisikan-bisikan halus lagi tajam syaitonirojim sudah mula masuk dam meresap ke dalam jiwa. Kerana itu tandanya, kita sudah mula tewas pada nafsu serakah yang menggila, mahu bermaharajalela. 

Nanges.

Moga Allah menjauhkan diri kita daripada tersadung, tergelincir dan akhirnya terjatuh ke dalam lembah neraka yang dalam. Moga Allah kuatkan hati kita, mantapkan kemahuan kita untuk terus-menerus memburu redhaNya. Moga akhirnya, kita akan ketemu cintaNya, yang abadi lagi mempesona. Amiin, ya robbal 'alamin.

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api."

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)



Monday, 8 April 2013

ayat jiwang lagi meremang-muntah

Umum mengetahui, dalam dunia percintaan, semuanya adalah suatu kemungkinan. Semuanya indah-indah belaka. Yang buruk dan hodoh, kelihatan indah dan bergaya. Yang susah dan sukar, jadi mudah dan senang. Rumput dan lalang bertukar menjadi bunga-bungaan mekar dan dedaun hijau segar. Kata orang, kentut pon berbau wangi.

Muntah.

Hari ini, saya nak kongsikan beberapa ungkapan cintan-cintun dan ayat-ayat jiwang yang sering diluahkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta, terutamanya yang masih belum berkahwin. Kelakar pon ada. Yelah, diungkapkan ketika sedang mabuk bercinta kan..? Yang mengarut dan merepek pon banyak. Cinta punya pasal. Disertakan juga komen ringkas saya untuk menunjukkan kepada anda kenapa ayat-ayat ini sungguh amat mengarut dan tidak lagi relevan (tapi mungkin relevan untuk yang sudah mendirikan rumah tangga). 

Kepada anda yang mudah loya dan ada alerjik dengan ayat-ayat sebegini, dinasihatkan untuk sediakan baldi atau beg kertas sebagai langkah berjaga-jaga. Sebarang kejadian sawan, mulut berbuih atau berlari kencang sambil menarik-narik rambut adalah di luar tanggungjawab saya. Eheh.

Baiklah. Anda sudah bersedia..? 

Ayat Jiwang 1: Anda menyempurnakan saya. (Baca: You complete me)

Komen: Mengarut. Mana ada makhluk kat dunia ni yang sempurna..?


Ayat Jiwang 2: Lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki!

Komen: Eleh. Ye la tu. Jangankan lautan api, terkena percikan api ketika sedang membakar ayam percik pon dah terpekik terlolong. Naik tangga dua tiga tingkat pon dah termengah-mengah. Apa kes..? Ini semua propaganda Freemason! Eh.


Ayat Jiwang 3: Ambillah pisau ni dan belahlah dada kekanda. Dinda pasti akan ketemu cinta yang tidak pernah berdusta!

Komen: Betul ni..? *ambil pisau daging paling besar dan tajam sambil gelak keji*


Ayat Jiwang 4: I nak sehidup semati dengan you! You jump, I jump!

Komen: Ok pertama, ajal maut tu di tangan Tuhan. Kalau si dia ditakdirkan mati dan giliran anda belum lagi, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan. Kedua, apalah bodoh sangat nak mati disebabkan cinta..? Bunuh diri tu haram tahu..??


Ayat Jiwang 5: Ayang, abang cinta ayang dahulu, kini dan selamanya! Forever ever!

Komen: Muntah hijau. Anda anda bebola kristal sakti ke untuk baca apa yang akan berlaku pada masa hadapan..? Untuk kaum perempuan, berhati-hati dengan seperti ini. Ada bau-bau buaya dan kasanova di situ. 


Ayat Jiwang 6: (Cinta jarak jauh) Wahai dinda, cuba dinda keluar dan tengok bulan purnama yang bersinar terang itu. Ketahuilah, kita sedang melihat bulan cinta yang sama!

Komen: Pandang kiri, pandang kanan. Shiuhh shiuhhh angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Err.. Sejak bila anda jadi ahli astronomi ni..? Apa faedahnya tengok bulan..? Baik baca Quran. Ahah. 


Ayat Jiwang 7: Tiada apa yang dapat memisahkan cinta kita. Siapa-siapa yang jadi batu penghalang, kita akan tentang!

Komen: Ada. Allah. Ada bran..? 


Ayat Jiwang 8: Anda adalah segala-galanya buat saya. Anda adalah dunia untuk saya!(Baca: You are the world to me)

Komen: Ya..? Cuba letak kereta Audi R8 sebuah (untuk lelaki) dan cincin berlian dua puluh lapan karat (untuk perempuan) di hadapan mereka ini. Sekarang tengok mereka pilih yang mana. Eheh.


Ayat Jiwang 9: Kalau you kahwin dengan I, I janji I akan setia sampai mati. Dan I akan penuhi apa sahaja permintaan you, demi kebahagiaan you. I janji sayang!

Komen: I am for yooouuu.. I am for youuuu.. Janji dicapati! Yeaaahh. Eh.


Ayat Jiwang 10: Kalau dinda jadi bulan, kekanda nak jadi si pungguk yang rindukannya. Kalau dinda jadi bunga, kekanda nak jadi si lebah yang menghisap madunya. Dan andai dinda jadi intan berlian, biarkan kekanda jadi jauhari yang mengenal manikamnya. Ewah!

Komen: Hidung berdarah. Anda nak buat dokumentari untuk Diskaberi Cenel ke apa..? Dan hello..? Ni zaman abad ke dua puluh satu kot, orang main MukaBuku, Pengicau dan Instagram. Mana dah orang pakai bulan, pungguk semua tu. Ketinggalan zaman betul!

Ok cukuplah sepuluh ayat-ayat jiwang untuk hari ini. Risau pula saya nanti ada yang bunuh diri dengan terjun gaung atau merelakan diri digilis keretapi kerana tidak tertahan membaca ayat-ayat yang sumpah geli ini. Wahahaha.. 

Oh, ada beberapa ayat cintan-cintun dan jiwang, tetapi halal dan dibenarkan untuk mengungkapkannya. Itu pon dengan syarat; sama ada sesama jantina bagi yang belum berkahwin dan untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Anda sudah bersedia untuk berdarah hidung sekali lagi..? Eheh. Antaranya:

Ana uhibbuka fillah qawiyy jiddan! - Saya cintakan anda kerana Allah, terlalu amat sangat!
Akhi, jom bercinta hingga ke syurga..?
You are my best friend till jannah!
Andai dikau pergi menemuiNya, tunggu daku di pintu syurga.
Tidak akan aku tinggalkan dirimu, sehingga syahid memisahkan kita!
Ana ingin menjadi pemegang kunci syurga enta, agar dapatlah kita masuk syurga bersama. (ok yang ini seriyes muntah darah)
Bunga-bunga cinta kita keranaNya, sudah memekar mewangi. Petiklah satu, dan hiasi ia pada imanmu. Ewah!
You jump, I jump! You jump into the hellfire, I will jump to save you from there! 
Syurga itu terlalu besar untuk seorang. Jom masuk sama-sama..? 
Walau kita dipisahkan oleh jarak yang jauh, ketahuilah, kita berbuka dengan kurma yang sama. Phewwiittt!

Wah! Bagaimana..? Manis tahap potong kaki bukan...?? Wahahaha. 

Bercinta itu tidak salah. Yang selalu buatnya salah dan hodoh, adalah nafsu serakah diri yang sering membuatkan kita terkeluar daripada gelanggang ibadah dan syariah!

Bercinta itu indah. Lebih nikmat dan manis, andai dasar cinta itu adalah iman dan ketaatan kepada Allah!

Dan bercinta itu mudah. Yang sering membuatkannya payah dan susah adalah kerana kesuciannya yang terpalit oleh jahiliyyah!

Jom bercinta kerana Allah! Senyum lebar.

Err.. Boleh tolong mopkan lantai ni tak..? Banyaknya muntah dan darah... Eheh. 



Wednesday, 3 April 2013

bila kita ada masalah-hadapi

Bila kita ada masalah, kita hadapi. Jangan larikan diri. Masalah tidak akan selesai dengan kita melarikan diri. Kuatkan diri,... perkasakan jiwa, tingkatkan tawakkal, yakinlah kepada Yang Maha Esa. Mari jadi gagah! 

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." Surah Al-Baqarah ayat 286.


Sunday, 31 March 2013

april fool.. apekah itu!!

DAH NAMA PUN APRIL FOOL..BUAT APA KITA PERLU PERBODOHKAN DIRI KITA DAN ORANG LAIN..ITU BUKAN AJARAN DAN BUDAYA ISLAM HANYA YANG BETUL-BETUL FOOL SAHAJA YANG MENYAMBUT DAN MENGAMALKAN AJARAN TERSEBUT :)

okey hari ni 1 april, hari yang popular sebagai lawak jenaka. digelar April Fool. biasanya lawak jenakanya berasaskan pembohongan, hingga membuatkan orang lain gempar, kemudian menjerit-jerit April Fool.. bagi yang dalam hati ade iman,mungkin tak kan lakukan cam tu kepada kawan-kawan, tapi yang tak iman dalam hati tu la suka lakukan.. tambah-tambah bagi pelajar dan budak sekolah. bila tegur sikit mengenai April Fool mula la melenting "eleh usik sikit je" "eleh gurau je pun bukan betul" kalaw serius cam ne?? fikirkan!!

April Fool tu adalah budaya bagi masyrakat NON-Muslim dan dah biasa dilakukan di negara barat. now sekarang di malaysia pun ade yang terikut-ikut dengan budaya tu...no wonder la...bergurau memang boleh dalam islam,bila-ila masa boleh,tapi tak kan nak bergurau semata-mata untuk April Fool kot.

rasulullah saw juga bergurau. namun, orang yang beriman dengan allah SWT, tidak akan sesekali sama dengan orang tidak beriman dengan allah swt. jadi sebagai ummat kepada rasulullah saw, yang mana rasulullah saw adalah qudwah kepada urusan kehidupan kita, hendaklah kita melihat bagaimana rasulullah saw bergurau bersama manusia sekeliling baginda. apakah sama dengan agenda April Fool yang biasakan ke atas masyarakat kita.

GURAUAN RASULULLAH SAW

berikut merupakan gurauan rasulullah saw:

anas bin malik berkata, bahawa rasulullah saw pernah berkata kepadanya yang bermaksudnya "wahai pemilik dua telinga" hadith riwayat tirmizdzi dan abu dawud. rasulullah memanggil anas begitu sebab anas merupakan seorang pendengar yang baik. ketika itu rasulullah saw sedang bergurau dengan anas.

anas bin malik berkata yang bermaksudnya : "rasulullah saw bergaul dangan kami sehingga baginda pernah berkata kepada adikku yang masih kecil dengan berkata : wahai abi 'umair'apakah yang sedang dilakukan oleh nughair(sejenis burung yang berparuh merah)"? hadith riwayat bukhari,muslim,abu dawud dan tirmidzi.


meet sahabat

zaman sebelum tamat diploma:

saye    : lulus diploma nie,inshaallah aku dah niat nak berubah,kali nie serius nak berubah
kawan: ko biar betul..jangan nanti jumpe ko dah jadi cam budak alim kelas c tu...
saye   : inshaallah..tudung labuh bidang 55 :)
kawan: tapi okey gak niat ko..

berubah tu mudah nak istiqamah tu payah :)
dan now..alhamdulillah

sis pijah,farah dan era mai datang jemput saye kat umah, sebab nak ambil baju konvo diploma kali ke 42 kat poli..dan everything banyak dah berubah. dah lama tak jumpe so banyak la story berry...hehehe.. sis pijah now tunggu mase nak bersalin je..farah dan era dah keje,dan saye masih berjuang dalam pelajaran..takpe, rezeki allah tu ade je. lain orang lain rezekinya. betul tak..

before ambil jubah konvo,singgah makan dekat tempat zaman muda mudi mase diploma dulu. ape lagi pizza hut. disitu lah tempat kami selalu pergi..huhu..pizza hut,oleh kerana saye dan pijah tidak bekerje, jadi farah yang belanja..thanks farah....sis pijah siap bergurau dengan saye lagi, siap kate"betul tak ustazah" sebebnarnya tak faham storyapediorang sembang,so say jela haa betul la tu.

lepas kenyang makan,baru on the way pergi ambil jubah konvo,huh ramai kot, sis pijah nasib dah ambil awal,kalaw sesak cam ari nie,mestidia penat,dah la mengandung lagi.. mase tunggu farah dan era dalam kereta,usha kereta belakang,cam kenal pelajar ict, pakai tudung moleh dah, sekali dalam kereta hilang sudah tudung. dalam poli pakai sebab takut lect halau keluar, abis kalaw allah marah macam ne.tak takut allah tarik nyawa tu??!!

story-story, rupanya ramai student poli dah nikah,dan ade yang tengah alah-2 teruk,baby 1st time..tahniah buat mereka yang sudah bernikah dan bakal menjadi ibu tak lama lagi. konvo nanti,ade la yang datang dgn perut besar,dengan alah mengandung la dengan ape lagi....surat jemputan nikah ka apa...huhuh

lepas ambil jubah konvo pergi terminal bas usha tiket,sekali abis.sebab nya cuti sekolah kan dah abis,tapi usaha gak dapat dan lepas dapat tiket pergi pulak tutti fruiti,mase nie lawak, saye ambil pelbagai bahan tapi kena rm11, sis pijah same je cam saye tapi 12,era pun same,farah pulak rm8..

lepas abis sembang semua,pergi terminal bas dan balik..sedih je rasenya berpisah..huhu..tapi mase konvo leh jumpe lagi.. inshaallah




Saturday, 30 March 2013

jatuh-bangun semula kawan :)

"MUNAFIK ITU BILA BERKATA-KATA, DIA BERDUSTA. BILA DIBERI AMANAH, DIA KHIANAT, DAN BILA BERJANJI DIA MUNGKIRI"-hadis riwayat bukhari dan muslim dari abu hurayrah.

ramai antara kita, yang lancar menutur janji. tapi apa yang terhasiltak selancar tuturankata janji itu sendiri. ada masa jatuh juga sumber kekuatan. PERCAYA??!! okey macam nie, kalaw kita tak pernah jatuh, adakah kita akan tahu dimana titik kelemahan kita?? mesyinya tak tahu kan..kan..kan...kalaw kita sentiasa di atas, macam mana kita nak tahu apa rasanya berada dibawah??? bila kita gagal, baru kita dapat merasa manisnya nikmat kejayaan. sebab itulah, jatuh juga sumber kekuatan.

KAWAN!!! kekuatan sebenar kita, bila kita tak rasa bangun qiamullail itu satu bebanan. bila kerja dakwah yang payah itu juga masih dirasa satu nikmat. sebab bukan semua orang dapat rasa nikmatnya dakwah taybiyah. jadi sebagai yang terpilih, kenapa sikit sangat BERSYUKUR???

okey ade dua berita dan satu berita sedih..korang nak tahu yang mana dulu??mesti berita gembira kan... tapi ape kate kite mulakan dengan yang sedih dulu...

"SESUNGGUHNYA BARANGSIAPA YANG DATANG KEPADA TUHANNYA DALAM KEADAAN BERDOSA, MAKA SUNGGUH BAGINYA ADALAH NERAKA JAHANAM"-surah taha:74

cam ne berita nie.. sedih tak!! kalaw tak sedih tak taw la nak habaq lagu mana lagi...sebenarnya berita macam nie bagi orang-2 orang yang tak sempat bertaubat, namun nyawanya sudah dijemput pergi. jadi kita yang masih hidup nie, masih nak lengahkan TAUBAT ke??? sedangkan MATI tak pernah boleh dilewatkan..

NOW berita gembira pulak!!

pertama!!

"TETAPI BARANGSIAPA DATANG KEPADA-NYA DALAM KEADAAN BERIMAN, DAN TELAH MENGERJAKAN KEBAJIKAN, MAKA MEREKA ITULAH ORANG YANG MEMPEROLEH DARJAT YANG TINGGI(MULIA)"-surah taha:75

kedua pulak!!

"IAITU SYURGA-SYURGA 'ADN, YANG MENGALIR DI BAWAHNYASUNGAI-SUNGAI, MEREKA KEKAL DIDALAMNYA. ITULAH BALASAN BAGI ORANG-ORANG YANG MENYUCIKAN DIRI"-SURAH TAHA:76

ape macam best tak berita gembira nie..ke korang bosan??!! ape-ape pun ganjaran bagi orang yang bertaubat,menyucikan diri dari dosa itu adalah SYURGA.. INGAT!! banyak mana pun dosa kita pernah buat, allah sedia untuk ampunkan, tapi syaratnya satu lah, minta keampunan pada allah. allah tu Maha Pengampun. bawa dosa seluas langit dan bumi sekalipun, keampunan Allah jauh lebih luas..

jatuh dalam lumpur maksiat, bukan alasan untuk tak bangun semula. keluar dari lumpur tu dan pergi bersihkan diri semula. INGAT, keampunan Allah itukan jauh lebih luas. YAKINLAH, allah tak pernah mungkir janji..

kalaw sibuk dengan study, assingment, kerja sekalipun, solat jangan tinggal, baca al-quran palang kurang sekari satu muka surat...boleh...bukan banyak sangat pun satu muka surat, bukannya satu juzuz.. jatuh banyak kali pun, bukan alasan untuk tak boleh bangun semula..okey..!!! peace :)

"MANUSIA YANG BERJAYA ADALAH MANUSIA YANG PERNAH GAGAL, MANUSIA YANG GAGAL ADALAH MANUSIA YANG PERNAH BERJAYA"







Saturday, 23 March 2013

hentikan penipuan..mulakan berpaksikan iman!!



okey sebenarnya ini pesanan untuk saye. untuk saye islah hati. cari kerendahan hati dalam ketinggian budi. cari saye yang semakin hilang. sebab saye tak tahu siapa saye. saye tak kenal siapa saye. saye sendiri keliru siapa saya.split personaliti atau alter ego, saye pun kurang pasti. yang pasti ini bukan saye yang saye kenal sepuluh tahun dulu. ini saye yang baru, saye yang hanyut dalam emosi sendiri, permainan rekaan saye sendiri. ya, saye tak seharusnya meletakkan dendam. tidak sam sekali.

biarlah apa yang berlaku pada saye yang lepas, saye tak nak story. betullah, salah pilih jalan, saye yang rugi. kerugian yang nyata bila saye rugi di akhirat sana. saye tak sanggup rasa rugi di akhirat nanti, sedangkan rugidi dunia juga satu seksaan untuk saye. SAKIT.

sebelum mula pening-pening baca entri saye. saye nak pesan, inigaya saye menulis. dari dulu sampai sekarang. MONOLOG dalaman yang sukar ditafsirkan.

apa yang saye buat, haruslah semuanya berpaksikan iman.
aien dengar nie...apa yang awak buat, biarlah semuanya berpaksikan iman.
tapi apa yang saya boleh buat supaya semunya berpaksikan iman?
*think..think sambil termenung jauh*
mudah, jangan menipu. itu yang utama dan harus sentiasa jadi yang utama.
payah gila...payah gila..bukan payah je..susah kot...
kenapa payah pula untuk berkata jujur??
bukan payahnya jujur. payahnya untuk tidak menipu.
apa bezanya??

saye susah untuk tak menipu. saye kata saye cinta allah, tapi saye...!! amalan macam menempah neraka. saya kata saya rindu rasulullah, tapi sekadar bermusim. bila tiba maulidur rasul atau apa-apa yang ada kaitan dengan rasulullah, baru saye tahu nak rindu. itupun sekadar lafaz di bibir semata-mata.. saye....arggghhh penipu....

sedangkan nak jujur pun satu benda yang bukan mudah..saye tahu.. tambah bila kita ni asalnya penipu. in terms of banyak menipu orang. bila nak mula jujur, rasa takut tu memang ade.. no doubt laaa.. ini baru kes menipu manusia.. bila dah berkata jujur, terimalah risiko hilang kawan, hilang orang yang kita sayang, hilang semuanya sekelip mata.. everything lost!!!! sedangkan nak cipta tu sangat ambil masa.. punyalah sakit tu tak mampunak describe macam mana.. soal kepercayaan, bukan permainan la....

*sepi*

syarat kedua, buat apa-apa, jangan harapkan balasan. jangan!!! selitkan ikhlas dalam hati..dalam diri...

*how ya???(sambil memikirkan)*

okey bagi saya contoh situasi. awak selalu bantu seorang kawan nie.. one day, awak dapat tahu dia khianat awak dalam diam.. dia tak amanah..sedangkan selama nie awak sangat percaya pada dia...

weh mana boleh saye biarkan*tak puas hati*

dengarlah dulu budak!! 

okey..okey*ehh suka hati je dia nak panggil saye budak..ee*

dia tak amanah, dia tak jujur, itu urusan dia dengan allah.. awak pun bukan pertama kali dikhianati, bukan pertama kali ditipu.. Learn the lesson..kawan!!

hmmmm*sambil memikir*

syarat ketiga pulak???

syarat ketiga, buat apa yang allah suruh, tinggal apa yang dia larang...

hok aloh..senang ja...tapi senang ke?? *pikir*

yeka senang?? part mana yang senang?? tinggalkan tidur malam untuk bangun qiamullai tusenang tak?? dahulukan baca doa bangun tidur sebelum check phone senang tak?? mulakan baca al quran sebelum on twitter,facebook pelbagai lagi senang tak???

*sentap menusuk kalbu..hoho..buat ayat back up diri* alah tapi itu semua allah tak larang.. allah tak larang kita untuk check phone bila bangun tidur.. tak larang kita tidur malam berbanding bangun qiam..dia tak paksa kita baca al quran sebelum online...

itulah masalahnya..dia tak larang kita..tapi dia galakkan kita...

digalakkan je pun...*sambil rusing*

JE PUN!!!
yang awak kata JE PUN lah yang para ulamak,para mujahideen, para mukminin berebut-rebut nak buat.. yang kita kata SEKADAR DIGALAKKAN itulah yang sangat-sangat mereka nak lakukan.. kita nak apa?? buat yang wajib dah lah..solat lima waktu, puasa waktu bulan ramadhan, bayar zakat, pergi haji, itu pun kalaw dah mampu... mukmin sangat ke kita nie kalaw buat perangai macam tu?? saye rasa, bukan setakat dapat gelaran mukmin pun tak layak..nak dapat gelaran hamba yang bersyukur pun belum tentu lagi kita nie layak.. wat MALU je!!!

.................................................*blur sekejab*............................

saye tak kata yang jadi baik ini mudah, tapi nak istiqamah itu jauh lebih payah...okey!!

okey mcam nie lah.. ape guna wujudnya perasaan membenci manusia yang langsung tak da hard felling pada awak???

erk.. apa masuk awak haaa??!!!!*geram*

awak benci someone sebab dia sayang orang yang awak sayang..sedangkan orang yang awak sayang tu pun tak sayang awak.. apa punya perangailah kalaw pendakwah pun macam nie....!!!

*huh ayat sentap..rase nak mengamuk..tapi betul pun apa dia kata*

soal hati, perasaan nie bukan kita yang kawal...

siapa kata??!!!

eh hati, perasaan nie kan tugas allah...

memang lah tugas allah pegang hati-hati manusia..tapi yang kawal itu tetap kita kan....

contoh???

ada allah suruh kita salingmembenci??? tak da kan.. jadi siapa yang letakkan perasaan benci tu dalam hati kita???

allah...


okey awak dapat point saya sikit..saya tanya lagi.. allah tak suruh kita saling membenci, jadi macam mana wujudnya perasaan benci tu??

allah letakkan perasaan tu dalam hati kita kot??

okey betul, yang letakkan perasaan dalam hati kita pun allah juga.. tapi jangan lupa..kalaw bukan iman yang kawal hati kita, syaitan yang jadi raja kepada hati kita.. dan syaitan itu sifatnya sukakan mazmumah.. get my point???

maksud awak syaitan yang suruh kita saling membenci?? saling berdendam??? cam tu!!!

pandai pun awak..

saye memang pandai pun*bangga sat*

haaa riyak..riyak..!!!

sikit je pun...issshhhh...

sebutlah alhamdulillah kalaw ye pun...

alhamdulillah..heheheh

ade ape-ape syarat lagi tak??? *bagi ayat perli*

ada, tapi bukan sekarang masanya nak bercerita..saye ade asngment nak kena buat.. allah ade tuhan tempat meluahkan perasaan.. kesimpulannya?? jom buat apa-apa pun berpanksikan iman..okey.. :)