Sunday, 31 March 2013

april fool.. apekah itu!!

DAH NAMA PUN APRIL FOOL..BUAT APA KITA PERLU PERBODOHKAN DIRI KITA DAN ORANG LAIN..ITU BUKAN AJARAN DAN BUDAYA ISLAM HANYA YANG BETUL-BETUL FOOL SAHAJA YANG MENYAMBUT DAN MENGAMALKAN AJARAN TERSEBUT :)

okey hari ni 1 april, hari yang popular sebagai lawak jenaka. digelar April Fool. biasanya lawak jenakanya berasaskan pembohongan, hingga membuatkan orang lain gempar, kemudian menjerit-jerit April Fool.. bagi yang dalam hati ade iman,mungkin tak kan lakukan cam tu kepada kawan-kawan, tapi yang tak iman dalam hati tu la suka lakukan.. tambah-tambah bagi pelajar dan budak sekolah. bila tegur sikit mengenai April Fool mula la melenting "eleh usik sikit je" "eleh gurau je pun bukan betul" kalaw serius cam ne?? fikirkan!!

April Fool tu adalah budaya bagi masyrakat NON-Muslim dan dah biasa dilakukan di negara barat. now sekarang di malaysia pun ade yang terikut-ikut dengan budaya tu...no wonder la...bergurau memang boleh dalam islam,bila-ila masa boleh,tapi tak kan nak bergurau semata-mata untuk April Fool kot.

rasulullah saw juga bergurau. namun, orang yang beriman dengan allah SWT, tidak akan sesekali sama dengan orang tidak beriman dengan allah swt. jadi sebagai ummat kepada rasulullah saw, yang mana rasulullah saw adalah qudwah kepada urusan kehidupan kita, hendaklah kita melihat bagaimana rasulullah saw bergurau bersama manusia sekeliling baginda. apakah sama dengan agenda April Fool yang biasakan ke atas masyarakat kita.

GURAUAN RASULULLAH SAW

berikut merupakan gurauan rasulullah saw:

anas bin malik berkata, bahawa rasulullah saw pernah berkata kepadanya yang bermaksudnya "wahai pemilik dua telinga" hadith riwayat tirmizdzi dan abu dawud. rasulullah memanggil anas begitu sebab anas merupakan seorang pendengar yang baik. ketika itu rasulullah saw sedang bergurau dengan anas.

anas bin malik berkata yang bermaksudnya : "rasulullah saw bergaul dangan kami sehingga baginda pernah berkata kepada adikku yang masih kecil dengan berkata : wahai abi 'umair'apakah yang sedang dilakukan oleh nughair(sejenis burung yang berparuh merah)"? hadith riwayat bukhari,muslim,abu dawud dan tirmidzi.


No comments:

Post a Comment