Saturday, 11 May 2013

ujian-syurga/neraka-ujian dunia


Kali pertama saya menduduki ujian, jika dapat saya ingati dengan baik, adalah sewaktu berumur enam tahun. Ketika itu di alam tadika.

Masuk sekolah rendah, ujian dan penilaian yang diadakan bertambah sukar dan menggarukan kepala. Namun masih boleh dikira kacang putih cap Pagoda Tua. Mendapat markah cukup-cukup makan sebab time tu asyik bermain saje. seratus peratus tak de, kabanyaknnya dapat bawah 60,kalaw atas 60 tu memang rezeki la.


mase darjah 6,dengan pertukaran sekolah,keadaan sekeliling serta guru yang mengajar macam mahu tak mahu je,jadi rezeki saye ade la mendapat beberapa A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.mase tu terase bila dibandingkan dengan budak kelas,ceh paling hebat la,tapi bila dibandingkan kedudukan haaa,ambek sederhana. tapi yang tidak percaye subjek matematik dan sains paling saye tak suke boleh berjaye. mase tu terkejut,yela mase dalam kelas asal ujian je mesti bawah 50.sekali perrhhh rezeki.yela mase tu saye suke skip kelas math sebabnya jadi wakil sukan bola jaring,pagi petang berlatih-latih.


Kemudian saya sambung belajar dekat SMKSM,mase tu saingan sengit,teramat sengit la,. bercampur dengan sekolah yang boleh dikatekan TOP la mase tu. dengan ramai budak-budak yang hebat. Di sini ujiannya lebih mencabar lagi. Apatah lagi saya terpaksa bersaing siku dan lutut dengan pelajar yang hebat. Mata pelajaran yang perlu dipelajari lebih sukar dan mengalirkan air mata. Ketika di tingkatan satu, ketika hidung masih berhingus dan bulu kaki belum mengerinting lagi (err...), selalu jugalah menangis tak fasal-fasal hanya kerana merasakan agak jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain atau merasakan subjek yang diajar pada hari itu benar-benar sukar dan membeliakkan mata.. tambah-tambah matematik dan sains lagi. kali nie memang selalu dapat bawah 40 la.


Malah, pernah dua tiga kali jugalah saya menangis kesedihan penuh pasrah dek terhantuk kuat kepala pada almari bilik. Mengapa? Sebab takut jadi pelupa dan bodoh, dek otak yang bergegar kuat..! Wahahaha.


Di sekolah menengah, seolah-olahnya mustahil untuk menjadi pelajar cemerlang. Yalah, dengan begitu banyak mata pelajaran dan ilmu-ilmu baru yang perlu dikuasai. Pergh. Mengalir-ngalir peluh di dahi. Proses pembelajaran di peringkat menengah atas lebih sukar dan mencederakan otak. Subjek-subjek seperti matematik tambahan,ekonomi,perdagangan betul-betul mencabar  minda saya selama ini. Kali ini bukan sekadar menghafal dan mengingat, namun perlu benar-benar memahami dan menguasai subjek-subjek tersebut dengan baik sekali sekiranya sungguh-sungguh mahu naik pentas bersalam dengan tetamu kehormat, senyum tangkap gambar dan menerima sijil dan hadiah penghargaan setiap tahun.tapi hampeh gak.!


Namun alhamdulillah, entah mengapa, Allah memudahkan lagi urusan saya di sekolah menengah. Walaupon tidaklah menjadi pelajar paling cemerlang saban tahun namun, ehem, bolehlah sekali-sekala bangge dengan pencapaian yang berjaya dicapai. Eheh. Klimaksnya adalah apabila saya mendapat, err, adalah beberapa jumlah A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ketika itu hanya Allah sahajalah tahu betapa gembira dan bersyukurnya diri ini. 



Dengan keputusan yang bolehlah tahan itu, saya memohon UPU,SPA dan jugak POLITEKNIK. mase isi politeknik saye tak tahu nak isi kos ape,lalu ikut saje la pilihan maksedare a.k.a pensyarah di sebuah politeknik premier iaitu kos mekanikal dan elektrik,tapi saye isi awam dan pentadbiran,entah cam ne lari kos elektronik. mase tu rase nak menanggis. why elektronik!!!

di politeknik saya seolah-olahnya hilang arah dan motivasi untuk belajar dengan cemerlangnya seperti di sekolah menengah dahulu. Antara faktor utama penyebab kepada situasi ini adalah rasa inferior melampau dengan para pelajar super yang lain, juga kerana subjek-subjek yang diambil kali ini sumpah sukar lagi menyukarkan. Kalau dahulu di sekolah menengah, bolehlah sekali-sekala mahu lek lek dulu, makan-2,jalan-2 dulu, di poli lain pula ceritanya. Di sini, kalau ada masa-masa lek lek dulu makan dulu, ia bukanlah kerana terlalu banyak masa yang boleh dibuang, tetapi disebabkan otak sudah cedera parah akibat subjek-subjek dan esainmen yang membunuh, lantas terpaksa berhenti rehat sebelum otak menjadi parah dan dimasukkan ke dalam wad kecemasan dan penjagaan rapi. Hohoho.. 




Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup sebagai seorang pelajar, saya mendapat gred 'gagal' untuk dua subjek yang diambil. Ketika itu, rasanya berhenti mengalir darah dalam badan dan luluh semua kulit yang ada; seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Ketar lutut juga ketika itu, bagaimana mahu memberitahu hal tersebut kepada ayah dan mak termasuk maksedare a.k.a pensyarah ku. Dan buat pertama kalinya juga, saya terpaksa menduduki semula peperiksaan dan mengikuti kelas selama 1 semester malah kena drop subjek lain,mase tu dalam kelas boleh dikatekan hanye beberape je yang mengalami gagal., bukan satu sem je ade gagal,setiap semester semunye berkaitan dengan fizik dan add math. hanya Allah sahaja tahu betapa malunya diri ini ketika itu. 

Sekali lagi Allah mentakdirkan saya untuk melepasi ujian tu dengan berani saye ambil 5 subjek sekali gus,walaupun syarat 4 subjek. dan alhamdulillah boleh pergi latihan industri. tapi balik dari latihan industri 

Kisahnya lebih sadis dan mengalirkan air mata. Dipendekkan cerita (kena pendekkan weh, jika tidak, tak tahulah saya bila nak sampai poin utama ni!), saya tidak lagi secemerlang dahulu. Ketika ini memang bertungkus-lumus mahu cukup-cukup makan dan minum sahaja. Awal-awal dahulu adalah berangan-angan mahu menjadi pelajar cemerlang kelas pertama. Namun apabila masa semakin berlalu, saya akhirnya menerima hakikat setelah mengenalpasti potensi dan kemampuan sebenar diri saya ketika itu. Eceh alasan. 


Diringkaskan dan dilajukan ke hadapan, saya berjaya menamatkan pengajian saya di politeknik.tapi yang kecewanya difailkan dua subjek. subjek tak pernah fail.kena fail huh.menanggis,mcam nk give up. kawan-2 semua dapat konvo tapi saye and other,hanye mampu tersenyum kelat.  Ketika itu, memang agak jelaslah kekecewaan yang terpampang pada wajah-wajah mak ayah, terutamanya ayah. Adoi, memang berat lagi menggugah jiwa. Saya dan mereka tahu yang saya boleh buat lebih baik lagi, namun kerana banyaknya main dan amat mudah hilang fokus di sana, saya tidak berjaya mencapai keputusan yang lebih baik daripada sepatutnya. 


Akhirnya saya belajar untuk redha dan menerima perancangan Tuhan ini untuk saya dengan sebaiknya. Alhamdulillah. Apatah lagi apa yang berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan dan kelalaian di pihak saya sendiri. Mudah dan kasar katanya, padan muka hang! 

Dalam kehidupan kita sebagai seorang dai'e, cabaran, mehnah dan ujian yang dihadapi adalah sama seperti kehidupan kita sebagai seorang pelajar. Atau sebagai seorang marhaen sehari-sehari.

Maksudnya begini. Mula-mula ujian yang terpaksa kita lalui mungkin tampak senang dan kacang goreng sahaja. Tetapi semakin banyak kita beramal dengan ilmu yang kita ada, semakin lama kita bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah ini, kita dapati semakin sukar dan mencabar pula mehnah dan tribulasi yang terpaksa kita hadapi. Yalah, mula-mula tu, mungkin soalan matematik mudah satu tambah tiga atau empat belas bahagi tujuh sahaja yang ditanya. Tetapi semakin kita dewasa, soalan pengamiran lah, pengoksidaanlah, tangkap-muat-lepas lah, semua itu pula yang menghambat diri kita. 

Jika dahulu, hanya luka-luka kecil, calar-balar yang sedikit sahaja yang kita tanggung. Tetapi semakin lama dan semakin berani kita menelusuri jalan yang penuh berliku ini, luka-luka pada tubuh badan semakin banyak dan dalam. Sekiranya dahulu, tiada apa-apa yang perlu kita peningkan dan gusarkan.. Eh. Tetapi kini, terlalu banyak perkara dan musykilah dakwah yang perlu kita ambil berat sampai kadang-kadang tu tidak tidur malam dibuatnya. Mungkin dahulu kita membayangkan betapa indahnya jalan tarbiyah dan dakwah ini, walaupon panjang tapi ia dipenuhi dengan ukhuwwah laga pipi dan taman-taman sorga tempat kita melepaskan lelah dan payah. Tapi kini betapa kita menyedari, kadang-kadang ukhuwwah yang ada boleh juga laga kepala dan taman-taman yang sedia ada bertukar menjadi taman neraka! Aduhai!

Kadang-kadang terlintas juga di hati kita, menyesal juga kita dahulu ambil keputusan untuk bersama-sama dengan gerabak ini. Kalau beginilah keadaannya dan rupanya untuk buat tarbiyah dan dakwah, kita merasakan yang lebih baik kita jadi orang yang baik sendiri-sendiri sahaja! Tengok orang lain, gembira sahaja dengan kehidupan mereka. Boleh berjaya dengan cemerlang dalam exam, boleh kejar status dan pangkat sehingga menjadi figur yang dihormati. Ada awek/pakwe lawa/hemsem dan kereta semat. Kita? Kita? Dah la tak hensem/cantek, gemok.. Terperap pula dengan geng-geng usrah yang syok sendiri dan jumud ini! Dan kita tak mana! Sebab tarbiyahlah kita jadi begini! Kerana dakwahlah kita tidak berkembang, maju ke mana-mana!

Bukan sekali dua kita terfikir begitu. Bukan sekali-dua kita dihambat dengan persoalan sebegitu. Bukan sekali-dua kita digugah dengan gegaran sedemikian. Tiga kali. Empat kali. Tujuh kali. Berkali-kali! Alangkah!

Astaghfirullah...  

Mengalir air mata. Usap kepala. I can feel you. Saya mungkin tidak mempunyai jawapan yang akan memuaskan hati anda. Tetapi biarlah Allah yang berbicara...

"Aliff Laam Miim. Adakah mereka sangka mereka akan dibiarkan dengan berkata, 'Kami beriman' dan tidak akan diuji..?"
[-al-Ankabut, 29:1-2] 

sayang, inilah sunnah jalan perjuangan ini. Tatkala anda menandatangani borang pendafaftaran dan akujanji untuk bersama-sama memikul beban tarbiyah dan membawa obor dakwah ini, mungkin anda terlepas pada diskelemer dan cetak kecil (Baca: Small print) yang hadir bersama-sama borang tersebut. Betapa apabila anda melangkah masuk ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ini, secara otomatiknya anda pasti akan diuji. Akan dihambat dengan mehnah dan tribulasi. Akan dibelasah dengan fitnah yang pasti akan menyebabkan anda ragu-ragu dan was-was dengan jalan ini. 

Kerana itulah sunnahnya, wahai sahabat Itulah sunnahnya.

Mengapa kita perlu diuji sehingga sedemikian rupa,..?


Kerana Allah amat menyayangi kita. Kerana Allah amat mencintai kita. Dan kerana Allah amat ingin kita masuk ke dalam syurgaNya.

Hah? Begitukah caranya Allah menunjukkan kasih-sayangNya kepada hamba-hambaNya..? Garu kepala.

Iya lah. Lihat sahaja apa yang menimpa kekasih hatiNya, ar-Rasul Muhammad SAW itu..? Bukankah baginda adalah manusia yang paling dekat denganNya, makhluk yang paling dichentai dan disayangiNya..? Dan pada masa yang sama, baginda juga adalah manusia yang paling banyak menerima seksaan dan ujian. Baginda adalah makhluk yang terpaksa menanggung beban mehnah dan tribulasi yang paling berat dan menggugah jiwa.

Ya, baginda adalah kekasihNya yang paling utama. Namun baginda adalah kekasihNya yang paling banyak terluka dek mahu membuktikan keikhlasan hatinyanya dan kesungguhan chentaNya pada rabbnya yang ar-Rahman dan ar--Rahim itu. 

Maka sekiranya benar kita mahu dicintai dan dibelai dengan kasih-sayang rabbani, kita perlu bersedia sesungguhnya dan setulusnya dengan apa sahaja yang bakal menimpa. Baik ujian kesusahan berupa kegagalam dalam exam tahunan, kematian orang-orang tercinta yang amat dekat dengan kita, dipulaukan oleh rakan-rakan yang kita percaya, cedera dan luka pada fizikal tubuh badan kita dan sebagainya, atau dengan ujian yang lebih berat lagi yakni ujian kesenangan, baik ujian berupa kejayaan dalam pencapaian duniawi, pujian melambung tinggi, harta dan pangkat yang masuk ke dalam pintu hati dan lain-lain lagi. 


Dan ketahuilah, ujian-ujian ini tiada yang lain melainkan mahu menjadikan kita lebih baik daripada siapa kita yang seblumnya. Mehnah-mehnah yang datang menimpa semuanya kerana mahu menguatkan jiwa dan memantapkan keimanan kita di atas jalan ini. Fitnah yang mengasak kita tanpa henti adalah hanya kerana mahu memastikan kita akan terus beramal keranaNya tanpa mengenal erti putus-asa.

"...supaya Dia menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya."
[al-Mulk, 67:2]

Untuk pada dua't khususnya, ujian yang menimpa bukan sekadar mahu menjadikan kita manusia yang lebih baik. Ia bukan juga sekadar mahu memantapkan keyakinan dan kepercayaan kita terhadap risalah yang dibawa.

Lebih daripada itu, ia adalah ujian penapisan daripadaNya, agar yang benar-benar ikhlas, kuat dan bersungguh sahaja yang akan tinggal untuk memperjuangkan agama ini. Kerana manhaj ini adalah manhaj yang agung lagi mulia. Pastinya Dia hanya mahu jundiy-jundiy yang benar-benar seriyes, ikhlas dan benar-benar rela menjual harta dan jiwanya sahaja yang tinggal untuk menjulang tinggi panji dan mengibar semangat bendera agama ini.

Ya, Dia pasti akan menapis kita yang tidak ikhlas dan bersemangat, sepertimana Dia pernah menapis tentera-tentera Thalut suatu ketika dahulu.

Nanges. 

wahai sahabat sayangku, berlapang dadalah dengan Allah. Anggaplah hambatan-hambatan yang sedang menyagat kasar dan memukul kuat tubuh jiwamu itu, sebagai tanda Dia masih ingat dan sayang pada dirimu. Tanggapilah fitnah yang melanda sebagai persediaan untuk anda menjadi lebih kuat iman dan mantap jiwa di masa hadapan. Pandanglah mehnah dan tribulasi yang tidak henti-henti mengalirkan peluh besar anda itu, dengan pandangan redha dan penuh keyakinan padaNya.

Dan yang lebih utama, bergembiralah dengan ujian yang datang menimpa, sebagaimana para sahabat yang cukup kuat imannya dalam peristiwa Ahzab, ketika mana mereka melihat berbondong-bondong tentera kuffar datang menuju ke arah mereka. 

"Dan ketika orang-orang Mu'min melihat golongan-golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, 'Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita.' Dan benarlah Allah dan Rasulnya. Dan yang demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka."
[al-Ahzab, 33:22]

Allahu rabbi. Senyum, air mata mengalir perlahan.

Ya, kita mahu jadi seperti itu. Apabila diasak hebat, kita tahu itu sapaan dari Allah untuk menguji keimanan kita. Apabila kita dibalun lasak, kita faham benar itu adalah isyarat chenta daripadaNya. Dan apabila hati dan jiwa kita terusik, mula berasa ragu-ragu dan was-was dengan jalan yang kita tapaki dan mula mahu yakini ini, ketahuilah, itu adalah bisikan syaitonirojim dan cucukan jarum-jarum halus taghut yang mahu kita menjadi teman mereka di neraka kelak. 

Sekiranya kita berjaya mengharungi ujian, tekanan, seksaan, mehnah dan tribulasi ini, ketahuilah, kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Lebih beriman. Lebih redha dengan ketentuan. Dan pastinya lebih tahan dan kuat menahan dugaan. 

Namun seandainya kita gagal.. Tarik nafas. Ketahuilah, Allah akan gantikan kita dengan segolongan manusia yang sudah lama menanti-nanti untuk memacak panji dan mengibarkan bendera agama ini. Pasti. Nau'dzubillah. Moga Allah menjauhkan kita daripada tergolong dalam segelintir manusia yang berputus-asa dengan perjuangan ini.

Potong bawang. 

sahabat semakin jauh kita menelusuri jalan ini, pasti akan lebih besar dan tajam-tajam durinya. Semakin lama kita melalui denai dan lorong sunnah perjuangan ini, lebih ganas dan rakus raksasa yang sedia mengganggu-gugat perjalanan kita. Dan semakin biasa dan laju kita menapaki setiap liku dan ranjau yang memenuhi jalan yang sumpah panjang ini, makin licin dan bahaya pula mana-mana bahagiannya yang rata, sekiranya kita tidak berhati-hati. 

Namun suatu hari nanti, kita akan menoleh ke belakang, dan kita tahu, kita tidak pernah menyesali perjalanan ini. Apabila kita berhenti untuk melihat sekilas pandang, kita berasa gembira mengalirkan air mata, melihat semakin ramai yang mahu menyertai. Dan ketika kita diizinkanNya untuk merasa, menikmati sedikit ilham dan pencerahan agung daripadaNya, kita akan menarik nafas lega, kerana tatkala itu, kita tahu dan yakin, bahawa inilah jalannya. Ya, inilah jalannya.


"Di antara orang-orang Mu'min itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pon tidak mengubah (janjinya)..."
[al-Ahzab, 33:23]

Kerana akhirnya, kita teramat ingin memenuhi janji-janji kita kepadaNya, agar dapat kita bersama-sama dengan golongan terdahulu, berkasih-sayang, bersuka gembira di taman-taman sorga. Untuk itu, kita perlu, tiada kompromi, melepasi ujian-ujian yang terbentang di jalan ini. Untuk ini, kita amat perlu mendapat gred A lurus untuk Ujian Penilaian Syurga Neraka ini. Kerana yang kita mahukan adalah syurga. Yang kita dambakan adalah bersama ar-Rasul di kebun-kebun syurga sana. Dan yang amat kita rindukan adalah cinta dan kasihNya.

Dan... Siapa kita untuk tidak redha dengan ketentuan takdirNya...?


Ya, saya tahu, panjang. Harap tidak ada yang juling mata dan berbuih mulut membacanya. Ahah.

Moga menjadi penepuk mesra di bahu dan pengusap sayang di kepala buat anda yang sedang bergelora jiwa dan sengsara sukma di luar sana. Moga kasih-sayang Allah sentiasa di sisi, menenangkan dan hati anda yang berbolak-balik itu. Senyum.






Friday, 10 May 2013

kata-hati/kata-allah

Manusia: Chill la wei. Bukan buat apa pon, nak berkenal-kenalannya je. Sentuh-sentuh memang takde ah. In fact, Islamik kot perhubungan kitorang ni. Siap bagi tazkirah, kejut Subuh semua. Lagi pon, senang ah nanti nak kawen, sebab dah kenal hati budi. En?

Allah: Dan janganlah kamu mendekati zina! Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. [al-Isra', 17:32]


Manusia: Lah, apa salahnya aku nak kejar harta? Penting kot umat Islam mase ni ada harta dan pangkat. Baru la orang lain respek nanti! Nanti geng-geng kau orang jugak yang menadah, minta ihsan daripada orang-orang kaya. Takde duit, dakwah pon tak boleh nak jalan, kau tahu...??

Allah: Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik. [ali-Imraan, 3:14]


Manusia: Eh, perlu ke nak amalkan semua ajaran dalam Islam ni? Macam impossible je. Zaman dulu mungkinlah, sebab ada Nabi. Zaman sekarang.. Ish, macam tak relevan je. Bukan semua kot yangsesuai..

Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan... [al-Baqarah, 2:208]


Manusia: Alah, tak perlulah nak ekstrem sangat buat dakwah tarbiyah semua. Cukuplah sekadar jadi orang baik, solat tak tinggal, tak makan rasuah, tak hisap dadah. Ok lah tu. Tengok rezeki pon murah je Allah bagi. Kalau pelacur pon Allah bagi masuk syurga, takkanlah orang macam kita ni Allah nak campak masuk neraka?

Allah: Dan di antara manusia, ada yang menyembah Allah hanya di tepi; maka jika dia memperoleh kebajikan, dia berasa puas dan jika dia ditimpa dengan sesuatu cubaan, dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan akhirat. Itulah kerugian yang nyata.[al-Hajj, 22:11]


Manusia: Rilek boleh tak kawan? Biasa lah tu, sekali-sekala nak enjoy-enjoy, hoyeah-hoyeah sikit. Takkanlah asik-asik nak tunggang-tonggeng atas sejadah? Adoiii. Kadang-kadang nak karok jugak. Nak merokok jugak. Nak rasa jugak lembut/kasarnya tangan awek/pakwe yang penat-penat dah sapu losen cap 'Aku Putih; Kau Ada..??' jugak. Perrrgghhh.

Allah: Sudahkah engkau melihat orang yang menjadikan keinginannya (nafsu) sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya? Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat jalannya. [al-Furqaan, 25:43-44]


Manusia: Kadang-kadang saya rasa Allah tu tak adillah. Kenapa sesetengah orang Dia uji gila-gila dan setengah orang lain dia bagi bahagia? Kenapa orang kafir maju dan kaya, menindas umat Islam semuanya dan umat Islam pula, lemah papa kedana, dihinjak, dipijak sesuka-suka..? Di mana keadilan Allah..? Aish.

Allah: Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [al-Baqarah, 2:216]


Manusia: Eh yang anda sibuk-sibuk nak tegakkan hukum Islam ni kenapa..? Apa fasal yang bising-bising nak bina negara Islamlah, tegakkan hukum Allah lah. Dah majoriti orang kata tak nak, tak payahlah nak lebih-lebih. Kita ni negara demokrasi. Suara rakyat dikira! Ikut majoritilah anda! Power to the people!

Allah: Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka kana menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya sangkaan belaka dan mereka hanyalah berbuat kebohongan. [al-An'am, 6:116]


Manusia: Alahai. Perlu ke nak usrah-usrah bagai ni? Sikit-sikit tarbiyah. Sikit-sikit dakwah. Sampai bila nak tegakkan negara Islam macam tu? Takpelah, kau orang teruskan dengan taman-taman syurga kau orang tu. Aku nak guna cara lain, lagi cepat dan pantas!

Allah: Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaan(Ku). Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya. [al-Anbiya', 21:37]


Manusia: Kamon la anda. Mustahil kot nak pisah-pisahkan kehidupan di zaman moden ni. Solat, solat juga. Tapi hiburan mesti ada. Quran, mesti baca. Tapi ideologi Barat perlu diutama. Susah kottt nak jadi orang baik seratus persen sekarang ni. Alah, Insha Allah, Allah kautim punyalah. Asalkan benda-benda basic tak tinggal, takkanlah Allah nak berkira sangat en?

Allah: Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa berasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan berkata, 'Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya,' dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pon. [al-Kahfi, 18:49]


Manusia: Eh, apa yang anda dapat dengan balik lewat-lewat malam, berbulatan gembira semua tu? Tak rasa membazir ke duit gaji yang banyak-banyak tu disedekahkan untuk sesuatu yang tak nampak pon ke mana ia pergi? Daripada anda buang tenaga anda tu ke hulu-hilir bagi ceramah lah, konferens riang lah, apa lah, baik simpan bagi bubur lambuk ke, edar kain-kain percuma ke. Ahahaha. Eh.

Allah: Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri mahupon harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung. [at-Taubah, 9:111]



Manusia berkata-kata,
Dan Allah juga berkata-kata,
Namun kita lebih mudah diperdaya, 
Dengan kata-kata manusia,
Yang penuh tipu dusta,
Bersulam nafsu dan gelora jiwa,
Daripada kata-kata penuh bijaksana,
Yang turun dari langit petala,
Bersumber agung dari si Dia.  

Manusia berkata-kata,
Dan Allah juga berkata-kata, 
Tapi kita lebih risau dan garu kepala,
Dengan kata-kata manusia,
Mengkritik mengomel tentang kita,
Mencari peluang untuk mencaci nista,
Daripada firmanNya yang mulia,
Yang lebih arif tentang manusia,
Kerada Dia adalah si Pencipta.

Manusia berkata-kata,
Dan Allah juga berkata-kata,
Pelik, dengan mulut manusia kita lebih berkira,
Kata-kata mereka lebih kita utama,
Lafaz lidah mereka lebih berharga,
Ibaratnya merekalah pemberi dosa pahala,
Sedangkan yang membezakan antara kita semua,
Adalah siapa yang lebih bertaqwa,
Di sisi Pemilik syurga neraka.


Sering juga terperangkap dengan permainan kata-kata manusia ini. Sehingga kadang-kadang terlupa dan alpa, yang Allah ada di atas sana, sentiasa melihat dan mendengar setiap perbuatan dan tingkah laku kita. Haih.
Moga Allah ampunkan dosa.




Friday, 3 May 2013

berdosa-tapi-berjaya?

Kite tahu ilmu tu cahaya dan ilmu tidak akan memasuki hati yang gelap. Luar biasanya kawan-kawan kita yang berjudi,minum arakdan lakukan maksiat mereke Berjaya, sedangkan kite pulak terkial-kial ,asyik jatuh je walaupun sudah berusaha. Kite semua pun tahu siapa yang berbuat baik dan taat akan perintah allah dipermudahkan kehidupannya. 

Kite tengok kawan-kawan kite tak solat,tapi Berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Sedangkan kite hidup penuh dengan cabaran dan dugaan. Kite juge tahu islam agama yang benar, tetapi kite selalu tengok golongan yang bukan islam tu lebih berjaye kan, dan umat islam tertindas dalam kehidupan yang susah.

Ade orang tanye “diorang masuk club,buat cam-2 tapi pandai..kenapa erk”?

Sekarang nie mane yang benar?? Adekah apa yang kite faham selama ni tidak benar ?? tanyakan pade diri sendiri.

Atau adekah kite tahu ape itu istidraj??

Istidraj nie macam keadaan sesorang yang dilimpahkan rezeki dankejayaan yang melimpah ruah dalam hidupnya secara berterusan. Walaupun diabukan hambe allah yang taat. Kenapa diorang nie dinamakan manusia yang mendapat istidraj??

Istidraj nie apebila allah berikan kejayaan,harte kekayaan,pandai dalam pelajaran dan rezeki melimpah ruah kepade manusia dan manusia yang macam nie akan lebih jauh dari allah. Biasanya manusia yang mendapat istidraj nie adalah mereka yang tidak berusaha mengenali islam dan mengenali allah dalam kehidupannya.

Okey cube kite fikir.aebila kite melazimkan dosa-dosa melakukan maksiat, dan kemudian kite berjaye dalam peperiksaan ataupun kerjaya, ape yang timbul dekat dalam jiwe kite nie?

Saye pasti dalam hati akan berkate cam nie “eleh aku tak solat pun boleh berjaye la.solat nie membazir mase je?”

See ape dah jadi dengan kite mase tu? Kite berjaye tapi kite semakin jauh dari allah,malah melakukan ape yang Allah larang. Itulah istidraj. Jangan rase resah dan risau, bile kite jage hubungan kite dengan allah,tetapi kite masih tidak berjaye dalam pelajaran/kerjaya mengikut cara manusia yang lain.

contoh: ade sorang kawan nie,dia hanye ade 2A dalam spm dan setiap semester mesti selalu gagal dan ulang semester.pade pandangan manusia yang lain, cemerlang tu cam dapat A lurus/straight atau 4 flat every semester. Tapi berbeza dengan orang yang gagal,jatuh tapi bangun semule.

Dia dapat hidup tenang,bahagia,dan dapat beribadah pade allah. Dan dia masih hidup dalam ketaatan allah s.w.t. dan sudah berpuas ati dan bersyukur. Mungkin itu bukan rezeki dia dalam peperiksaan,tapi who know in the future rezeki dia melimpah ruah. Dia tidak jauh daripada allah, malah sentiasa berhunuszon pada allah. Dan menerima nasibnya dengan redha,ditambah pulak dengan azam yang kuat sentiasa berusaha. For me, itulah cemerlang yang sebenar.

Saye ingat lagi kate-kate cikgu agame ,apabila pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah menengah, he say
“kami mahu jadikan kamu manusia yang soleh dan cemerlang akhlak, terjaga sahsiah dan pemikiran yang bersih.bukan untuk mendapat banyak A,bukan untuk mendapat A lurus. Sekiranya dapat A dalam peperiksaan,itu adalah rezeki."

Jangan risau bila kite tidak berjaye. Cube lagi. Pertame sekali, kite perlukan perhatikan hubungan keimanan kite dengan allah. Sekiranya kite berjaye membina hubungan keimanan yang baik, insya allah kite mampu menepis segala cabaran dan dugaan. :)



harapan-masih-ade-bagi-pendosa

Pendosa. Siapa bukan pendosa dalam kehidupan dunia inie? Hanya rasulullah s.a.w dan para nabi sahaja maksum daripada segala noda. Kita sebagai manusia nbiasa, dosa hakikatnya adalah sebahagian daripada fitrah. Saya, kamu, dan manusia di sekeliling juga mempunyai dosa.

 Bezanya sama ada ia jelas ataupun tersembunyi sahaja. Masing-masing mempunyai aib, terzahir ataupun terhijab.Persoalannya, bukanlah dosa yang jelas ataupun tidak jelas. Tetapi, adakah kita mahu membersihkan dosa-dosa kita ataupun tidak?

“mahu” adalah jawapan yang membezakan kita daripada pendosa-pendosa yang lain.

Saya tidak sesekali mencaci pendosa
Saya tidak sesekali melakukannya. Kita sering mendengar cacian dan makian kepada pendosa
“semua tu adalah ahli neraka”
“kau ahli neraka tahu tak”
“kau tak layak kawan dengan aku,sebab kau tu tak da harapan.penuh dosa”
“sampah masyarakat pulak tu”
“dia tu banyak dosa,jangan gaul/kawan dengan dia”
“dulu dia pernah buat dosa.tak nak aku kawan dengan dia,nanti aku pulak orang kate”

Kalau lah dosa tu berbau harum/wangi mesti ramai manusia mahu mendekati,tapi jika dosa berbau busuk sudah pasti ramai manusia menjauhinya.lumrah kehidupan..Saye tidak sesekali mengate dan melakukan seperti itu, ini kerana saya juga seorang pendosa. Hakikatnya sebenar saye tulis hal ni adalah tujuan menyelamatkan diri sendiri. Benarkah pendosa tidak punyai harapan? Hamba allah mana yang berkata cam tu? Sedangkan pengampunan allah s.w.t begitu luas.

Pendosa yang tidak memohon ampun daripadanya, akan menjadi sebahagian daipada ahlineraka. Tetapi, pendosa-pendosa ini akan memasuki syurganya sekirannya merekaa bersungguh-sungguh membersihkan diri, mencari kesalahan diri dan berusaha memperbaikinya. Itu adalah keyakinan dan kepercayaan saya. Saya percaya keampunan allah begitu luas. Tetapi, saya juga percaya bahawa keampunan allah perlu disertai dengan usaha. Bukan dengan bersahaja.

Daripada saya terus menghumban manusi.a ke dalam neraka, dan menyatakan mereka tidak mempunyai harapan, adalah lebih baik. Sekirannya saya mengajak manusia ke syurga allah, dan memberikan mereka impian. Ini kerana, apabila saya jatuh tersungkur kelak, suke sekiranya ada yang menarik saya bangun semula.



Tuesday, 16 April 2013

bila-kita-berasa cemburu-

Apabila kita mula berasa cemburu dan jeles melihat jahiliyyah dan maksiat yang dilakukan oleh orang lain, seperti:

"Alahai bestnya tengok rambut dia menggerbang ditiup angin. Cantek kot!"

"Ohoi seronoknya dapat pegang tangan awek macam tu. Mesti lembut dan mengujakan!"

"Syoknya dapat hidup macam dia tu; malam-malam pergi enjoy di kelab malam, hujung minggu pergi bercuti tengok wayang, bla bla bla.. Aku ni, sikit-2 bulatan gembira, sikit-2 konferens riang. Bosan!"

"Perlu ke setiap masa tunduk dan taat pada Allah ni.. Rasa terkongkong ah. Tengok orang lain macam bebas je! Haish.."

"Perggghh cantek betul body dia. Mangkor! Kan best kalau aku boleh pakai baju ketat dan sendat macam dia, baru boleh show off sket!"

Pengsan sekejap. 

Ehem.


Ketahuilah, sekiranya perasaan-perasaan sedemikian datang menerjah minda dan jiwa, banyak-banyakkan beristighfar dan minta ampun daripadaNya. 

Kerana itu tandanya, bisikan-bisikan halus lagi tajam syaitonirojim sudah mula masuk dam meresap ke dalam jiwa. Kerana itu tandanya, kita sudah mula tewas pada nafsu serakah yang menggila, mahu bermaharajalela. 

Nanges.

Moga Allah menjauhkan diri kita daripada tersadung, tergelincir dan akhirnya terjatuh ke dalam lembah neraka yang dalam. Moga Allah kuatkan hati kita, mantapkan kemahuan kita untuk terus-menerus memburu redhaNya. Moga akhirnya, kita akan ketemu cintaNya, yang abadi lagi mempesona. Amiin, ya robbal 'alamin.

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api."

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)



Monday, 8 April 2013

ayat jiwang lagi meremang-muntah

Umum mengetahui, dalam dunia percintaan, semuanya adalah suatu kemungkinan. Semuanya indah-indah belaka. Yang buruk dan hodoh, kelihatan indah dan bergaya. Yang susah dan sukar, jadi mudah dan senang. Rumput dan lalang bertukar menjadi bunga-bungaan mekar dan dedaun hijau segar. Kata orang, kentut pon berbau wangi.

Muntah.

Hari ini, saya nak kongsikan beberapa ungkapan cintan-cintun dan ayat-ayat jiwang yang sering diluahkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta, terutamanya yang masih belum berkahwin. Kelakar pon ada. Yelah, diungkapkan ketika sedang mabuk bercinta kan..? Yang mengarut dan merepek pon banyak. Cinta punya pasal. Disertakan juga komen ringkas saya untuk menunjukkan kepada anda kenapa ayat-ayat ini sungguh amat mengarut dan tidak lagi relevan (tapi mungkin relevan untuk yang sudah mendirikan rumah tangga). 

Kepada anda yang mudah loya dan ada alerjik dengan ayat-ayat sebegini, dinasihatkan untuk sediakan baldi atau beg kertas sebagai langkah berjaga-jaga. Sebarang kejadian sawan, mulut berbuih atau berlari kencang sambil menarik-narik rambut adalah di luar tanggungjawab saya. Eheh.

Baiklah. Anda sudah bersedia..? 

Ayat Jiwang 1: Anda menyempurnakan saya. (Baca: You complete me)

Komen: Mengarut. Mana ada makhluk kat dunia ni yang sempurna..?


Ayat Jiwang 2: Lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki!

Komen: Eleh. Ye la tu. Jangankan lautan api, terkena percikan api ketika sedang membakar ayam percik pon dah terpekik terlolong. Naik tangga dua tiga tingkat pon dah termengah-mengah. Apa kes..? Ini semua propaganda Freemason! Eh.


Ayat Jiwang 3: Ambillah pisau ni dan belahlah dada kekanda. Dinda pasti akan ketemu cinta yang tidak pernah berdusta!

Komen: Betul ni..? *ambil pisau daging paling besar dan tajam sambil gelak keji*


Ayat Jiwang 4: I nak sehidup semati dengan you! You jump, I jump!

Komen: Ok pertama, ajal maut tu di tangan Tuhan. Kalau si dia ditakdirkan mati dan giliran anda belum lagi, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan. Kedua, apalah bodoh sangat nak mati disebabkan cinta..? Bunuh diri tu haram tahu..??


Ayat Jiwang 5: Ayang, abang cinta ayang dahulu, kini dan selamanya! Forever ever!

Komen: Muntah hijau. Anda anda bebola kristal sakti ke untuk baca apa yang akan berlaku pada masa hadapan..? Untuk kaum perempuan, berhati-hati dengan seperti ini. Ada bau-bau buaya dan kasanova di situ. 


Ayat Jiwang 6: (Cinta jarak jauh) Wahai dinda, cuba dinda keluar dan tengok bulan purnama yang bersinar terang itu. Ketahuilah, kita sedang melihat bulan cinta yang sama!

Komen: Pandang kiri, pandang kanan. Shiuhh shiuhhh angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Err.. Sejak bila anda jadi ahli astronomi ni..? Apa faedahnya tengok bulan..? Baik baca Quran. Ahah. 


Ayat Jiwang 7: Tiada apa yang dapat memisahkan cinta kita. Siapa-siapa yang jadi batu penghalang, kita akan tentang!

Komen: Ada. Allah. Ada bran..? 


Ayat Jiwang 8: Anda adalah segala-galanya buat saya. Anda adalah dunia untuk saya!(Baca: You are the world to me)

Komen: Ya..? Cuba letak kereta Audi R8 sebuah (untuk lelaki) dan cincin berlian dua puluh lapan karat (untuk perempuan) di hadapan mereka ini. Sekarang tengok mereka pilih yang mana. Eheh.


Ayat Jiwang 9: Kalau you kahwin dengan I, I janji I akan setia sampai mati. Dan I akan penuhi apa sahaja permintaan you, demi kebahagiaan you. I janji sayang!

Komen: I am for yooouuu.. I am for youuuu.. Janji dicapati! Yeaaahh. Eh.


Ayat Jiwang 10: Kalau dinda jadi bulan, kekanda nak jadi si pungguk yang rindukannya. Kalau dinda jadi bunga, kekanda nak jadi si lebah yang menghisap madunya. Dan andai dinda jadi intan berlian, biarkan kekanda jadi jauhari yang mengenal manikamnya. Ewah!

Komen: Hidung berdarah. Anda nak buat dokumentari untuk Diskaberi Cenel ke apa..? Dan hello..? Ni zaman abad ke dua puluh satu kot, orang main MukaBuku, Pengicau dan Instagram. Mana dah orang pakai bulan, pungguk semua tu. Ketinggalan zaman betul!

Ok cukuplah sepuluh ayat-ayat jiwang untuk hari ini. Risau pula saya nanti ada yang bunuh diri dengan terjun gaung atau merelakan diri digilis keretapi kerana tidak tertahan membaca ayat-ayat yang sumpah geli ini. Wahahaha.. 

Oh, ada beberapa ayat cintan-cintun dan jiwang, tetapi halal dan dibenarkan untuk mengungkapkannya. Itu pon dengan syarat; sama ada sesama jantina bagi yang belum berkahwin dan untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Anda sudah bersedia untuk berdarah hidung sekali lagi..? Eheh. Antaranya:

Ana uhibbuka fillah qawiyy jiddan! - Saya cintakan anda kerana Allah, terlalu amat sangat!
Akhi, jom bercinta hingga ke syurga..?
You are my best friend till jannah!
Andai dikau pergi menemuiNya, tunggu daku di pintu syurga.
Tidak akan aku tinggalkan dirimu, sehingga syahid memisahkan kita!
Ana ingin menjadi pemegang kunci syurga enta, agar dapatlah kita masuk syurga bersama. (ok yang ini seriyes muntah darah)
Bunga-bunga cinta kita keranaNya, sudah memekar mewangi. Petiklah satu, dan hiasi ia pada imanmu. Ewah!
You jump, I jump! You jump into the hellfire, I will jump to save you from there! 
Syurga itu terlalu besar untuk seorang. Jom masuk sama-sama..? 
Walau kita dipisahkan oleh jarak yang jauh, ketahuilah, kita berbuka dengan kurma yang sama. Phewwiittt!

Wah! Bagaimana..? Manis tahap potong kaki bukan...?? Wahahaha. 

Bercinta itu tidak salah. Yang selalu buatnya salah dan hodoh, adalah nafsu serakah diri yang sering membuatkan kita terkeluar daripada gelanggang ibadah dan syariah!

Bercinta itu indah. Lebih nikmat dan manis, andai dasar cinta itu adalah iman dan ketaatan kepada Allah!

Dan bercinta itu mudah. Yang sering membuatkannya payah dan susah adalah kerana kesuciannya yang terpalit oleh jahiliyyah!

Jom bercinta kerana Allah! Senyum lebar.

Err.. Boleh tolong mopkan lantai ni tak..? Banyaknya muntah dan darah... Eheh. 



Wednesday, 3 April 2013

bila kita ada masalah-hadapi

Bila kita ada masalah, kita hadapi. Jangan larikan diri. Masalah tidak akan selesai dengan kita melarikan diri. Kuatkan diri,... perkasakan jiwa, tingkatkan tawakkal, yakinlah kepada Yang Maha Esa. Mari jadi gagah! 

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." Surah Al-Baqarah ayat 286.