Monday, 26 August 2013

dalam hati

Dalam hati
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?

siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?

Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

 Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.

“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah  ia ingin tersenyum setiap saat.

Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya.

Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna?

Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?

Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini.

Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

 Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir

Ya Rabb…

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin


Wednesday, 14 August 2013

Kreativiti diguna dalam kehidupan, bukan dalam beragama

Kreativiti diguna dalam kehidupan, bukan dalam beragama

Tidak lama lagi, berkemungkinan akan adalah syarikat Melayu-Muslim yang membuat perniagaan membaca al-Quran kepada semua barangan produk untuk mendapatkan 'keberkatan' dan 'add value' pada barang.

1. Mee Maggi, beras dan tepung yang dibacakan al-Quran 
2. Burger yang dibacakan al-Quran 
3. Makanan dalam tin yang dibacakan al-Quran 
4. Susu kambing yang dibacakan al-Quran (sudah ada) 
5. Berus gigi, sabun, syampoo, dll

# Selepas ini kualiti, tarikh luput bukan lagi menjadi perhatian tetapi 'jumlah juzuk atau tarikh bacaan al-Quran ' pada makanan dan pihak JAKIM atau SIRIM kena pi semak di mana dan betulkah produk ini dibacakan al-Quran.

# Silap-silap harga barang pun berbeza sebab beza bilangan juzuk yang dibacakan bukan lagi sebab kualiti atau kuantiti barang.

# Lebih dahsyat lagi, bagi mengurangkan kemalangan jalan raya, tidak mustahil syarikat pengeluar kereta akan 'enhance' kereta, kapal terbang, lori dengan bacaan ayat-ayat al-Quran sehingga menjadi satu industri baru.

Cukuplah pesanan baginda salallahualaihiwassalam,

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Sesiapa yang mengada-ngadakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak." [Al-Bukhari dan Muslim]


Tuesday, 13 August 2013

Women out there,please read and think about it deeply

Women out there,please read and think about it deeply
# A Hijabi Muslimah said :

“when I go to market and I see all these kind of tight jeans, short skirts and indecent clothes
shaitan comes and whispers to me : ”All girls are wearing those clothes except you!! Live your life as girls in your age are doing!”

* I just ignore his whispers and remember this Hadith:
"(40) But as for him who feared standing before his Lord, and restrained himself from evil desires, and lusts.(41) Verily, Paradise will be his home.”

* I also remember this Hadith of Prophet Mohammad (sallaAllahu alaihi wa sallam) :
“clothed yet naked women who will never enter Jannah or smell its fragrance”

At that point, I control my desires and I teach my Nafs that Jannah is way more precious than a cheap piece of cloth.

Dear sisters, surround yourself with the great meanings of that Hadith in this time of temptations,
Raise your Nafs to control its desires.
Ya Allah Turner of hearts, make our hearts firm on your Deen and save us from the evil of Fitnah, Aamin.


Wednesday, 24 July 2013

Bila putus cinta

Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni.

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah. 

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan. 

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab. 

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir, 
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia. 
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya, 

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh, 
Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.


YOU ARE NOTHING

Yes seriously, im tired . My life asyik kena jaga hati orang. Tapi hati sendiri?? To be honest, memang saya takkan jaga hati sendiri sangat. Saya takut, kalaw terlebih jaga hati sendiri, orang lain touching dengan saya. Ehhh awak nak tahu, hati saya nie macam kapas dan dalam erti kata lain la 3 in 1 like Nescafe. Asal marah,terasa hati dan pura-2 buat muka cam ati kering mesti lepas tu akan menanggis punya.

Awak ingat saya nie jenis tak terasa hati? Awak ingat saya nie jenis terima seadanya apa yang orang buat dekat saya? Ohh no dude,you wrong okey. Kalau setakat sikit-sikit boleh lagi. Ya. Hati manusia bukan cam plastic yang kalau cacat fizikalnya boleh diuji dan dibentuk kembali. Mahu dihalalkan segala luka,boleh. Tapitak mampu. Hempuk kepala saya pada tugu Negara 7 kali seminggu pun belum tentu masih hidup dan belum tentu mampu nak buat.


we might be best friends one year, pretty good friends the next year. 
Don’t talk that often the next, don’t want to talk at all the year after that. 
So I just wanted to say, even if I never  talk to you again In my life, 
you are special to me and you havemade a difference in my life.

Yes, you are my bestfriend. Someone special to me, once. But now, things aren’t same anymore. We had fight and it make me weaker day by day. I cant face you. I was very sad.
 Why you do this to me? Who am I before you know your ‘angel’.
 Boyfriend? Homaigod. I cant expect that girl change drastically after she met a guy that she loved so much.
 One advice to you: never depends on guy. Because once he leaves you. YOU ARE NOTHING 

Till then, may allah bless all you do. Im not going to pray bad things about you. Inshaallah. I just wanna say.semoga bahagia








Sunday, 23 June 2013

apa yang dihalalkan oleh Islam sebenarnya lebih banyak daripada diharamkan.

Masyarakat bukan Islam sering melihat Islam sebagai agama kolot dan ortodoks, di mana ia mengongkong penganutnya dengan pelbagai larangan. Bagi mereka, Islam menyekat kebebasan dan hak penganutnya daripada menikmati kehidupan di dunia.

Sebagai contoh, Islam melarang umatnya memakan daging khinzir dan meminum khamar (arak). Namun, sedarkah mereka, apa yang dihalalkan oleh Islam sebenarnya lebih banyak daripada diharamkan.

Cuba luangkan masa dan catatkan dengan membuat perbandingan mengenai perkara yang diharamkan Islam ke atas penganutnya dan apa pula dihalalkan. Nescaya mereka tidak akan mampu mencatat perkara berkaitan perihal yang dihalalkan.

Apabila Islam mengharamkan sesuatu perkara, ia juga turut mengharamkan perkara yang membawa kepada perkara haram itu.


Contoh jelas yang dapat dilihat dalam konteks ini berhubung pengharaman arak, di mana Allah bukan saja melaknat orang yang meminum arak, tetapi melaknat 10 golongan yang terbabit dengan aktiviti berkaitan arak.


Dalam kaedah Usul Fiqh, kaedah ini dipanggil ‘Saddu Zarai’ atau dalam bahasa mudahnya diistilahkan sebagai penutupan kepada pintu yang boleh membawa kepada kemudaratan atau perkara haram itu.

Begitu juga hikmah pengharaman zina di dalam al-Quran, di mana Allah secara tidak langsung turut mengharamkan segala perbuatan yang menjurus kepada segala kemungkinan yang boleh membawa kepada zina, seperti mana dalam firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

Apa saja yang menjurus dan boleh membawa kepada zina ditegah dengan penuh hikmah oleh Islam. Apabila berbicara mengenai perkara yang boleh membawa kepada penzinaan, perbincangannya tentu panjang.

Namun yang saya ingin kongsi bersama pembaca adalah mengenai adab pemakaian yang semakin lama semakin jauh daripada landasan yang disediakan oleh Islam.

Tidak mustahil cara pemakaian juga boleh menyumbang kepada berlakunya penzinaan dan jenayah seksual.

Pada masa kini, hampir mustahil untuk kita, terutama golongan Adam, untuk menjaga mata dan hati daripada tercemar ketika berjalan atau bersiar-siar di tempat awam, apatah lagi jika kawasan itu tumpuan pelancong.

Wanita berpakaian menjolok mata pasti sedikit sebanyak akan menggegar iman golongan Adam yang mudah terdorong dan melihat dengan penuh rasa syahwat.

Tidak hairan mengapa terlalu banyak kes gangguan seksual dan jenayah rogol semakin berleluasa pada akhir zaman ini dan sukar dibendung.

Pada akhir zaman ini, sifat malu terlalu sukar diertikan kerana ia berbeza mengikut pendapat masing-masing. Ada yang mengatakan berpakaian menjolok mata adalah mengikut ‘trend’ dan peredaran zaman.

Ada pula yang mengatakan, trend pemakaian seksi sebagai simbol sesebuah negara itu mencapai tahap negara moden. Walau apa pun kata-kata mereka, kita sebagai umat Islam sepatutnya perlu bersifat berkecuali.

Kebelakangan ini, trend pemakaian jubah semakin mendapat tempat di kalangan wanita Muslim di negara kita. Ia adalah perkembangan positif yang harus disokong.

Namun begitu, mungkin ada sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam memilih jubah supaya benar-benar menepati adab pakaian dianjurkan Islam.

Antaranya, pakaian itu hendaklah tebal dan tidak mengikut bentuk badan serta tidak terlalu menyerlah hingga menarik pandangan lelaki.

Hukum penjagaan aurat adalah wajib dan tiada kompromi di dalam Islam. Kerana itu, kita perlu faham mengenainya supaya tidak melakukan perkara sia-sia seperti menyangka sudah menutup aurat tetapi sebenarnya tidak.

Kaedah penjagaan aurat dinyatakan sedikit sebanyak oleh Allah SWT dalam surah An Nur, ayat 31, yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti aurat perempuan; dan jangan mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”



Sunday, 16 June 2013

Teruskan usaha itu adalah kehebatan

Siapa kata gagal itu adalah kegagalan?
Gagal itu adalah pengajaran.
Apakah gagal yang sebenar?
Berputus asa. Itu adalah kegagalan yang sebenar.

Kesilapan kita dalam mencontohi sesorang adalah kita berhajatkan diri kita benar-benar menjadi seperti orang itu. Sedangkan kita dengan dia adalah dua manusia yang berbeza. Kita tidak mampu menjadi seperti seseorang.

Apabila kita mencontohinya, kita sebenarnya mengekstrak apa yang ada pada dia dan menjanakan pada tubuh kita. Adalah perkara biasa sekiranya kejayaan yang dicapainya, kita beroleh dalam tempoh yang lebih lewat. Ini kerana, kita bukan dia.

Adalah menjadi luar biasa, lagi mengagumkan, sekiranya perkara yang dia Berjaya capai, kita dapat capai lebih awal. Saya katakana luar biasa lagi mengagumkan, namun perkara ini bukan mustahil. Ini terjadi kepada Dr. zakir Naik yang Berjaya melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada Ahmad Deedat rahimahullah. Almarhum Ahmad Deedat pernah menyatakan , “kamu Berjaya mencapai apa yang aku usahakan dalam 40 tahun ini, dengan hanya empat tahun”.

Tetapi ,pokoknya kembali kepada usaha yang tidak kenal putus asa. Teruskan berusaha, usaha, usaha dan usaha. Usaha itu sendiri adalah satu kehebatan sebenarnya.

Adakah Nabi Saleh seorang yang gagal apabila seluruh kampungnya diazab? Adakah Nabi Lut seorang yang gagal apabila hanya 83 orang daripada kaumnya terselamat? Adakah Nabi Yahya seorang yang gagal, apabila kepalanya dipenggal?

Sesekali tidak. Bahkan, mereka adalah manusia yang hebat yang pernah berjalan di atas muka bumi ini, kerana kegigihan usaha mereka yang tidak kenal lelah dan putus asa.

Bagaimana pula dengan kita, wahai manusia yang ingin menjadi hebat?