Monday, 25 November 2013

JENIS-DUNIA??

SALAM you alls. alahai gedix aih cik cahaya nie. hahaha
saje je cik cahaya testing. tak kan korang je kot boleh.
okey topik hari ini,memang kena la dengan muka cik cahaya. atau korang/awak/hampa yang tengah baca nie kan. angguk je,bukan cik cahaya nampak pun. okey nie post cik cahaya, copy dan pasta dari fynn jamal yg anak nya comei hok gitu, arjuna itu.haha. tak kenal tak tahu la.

hang p dekat instagram, hang klik fynnjamal. hang jumpa la. wahahaha. okey,kenapa cik cahaya cakap cam kena dengan cik cahaya. yela masa zaman jahil,malas nak sebut bila,tapi yang pasti zaman jahil. mungkin silap cik cahaya. bukan mungkin, ye memang silap cik cahaya. andai boleh diputarkan waktu semula, dah tentu cik cahaya buat keputusan yang bijak. DORAEMON TOLONG!!! doraemon tak bersalah diseru. kecian kau doraemon.

"apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang--kalau segalanya cuma diuruskan melalui wall facebook.

kau bangsatkan orang,kau kejikan orang,kau hinakan orang,kau aniaya orang,kau tikam orang--kemudian datang hari insaf--kau fikir sudah cukup kalau kau lafazkan cuma di dinding status dengan seribu pesen maaf.

apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang.

hendak dapat lagi kelakar?cuma ada lafaz maaf--tak tau ke siapa,tak tau tentang apa,tak tau apa cerita.apa dia ingat orang yang dibangsat, dikeji, dihina, dianiaya, ditikam tu baca?

aku boleh terima lagi status doa pada pencipta.doa, beb.kita semua lebih kurang.salah lebih kurang.dosa lebih kurang.impian lebih kurang.mintak pun benda yang lebih kurang.maka bagi aku, ada bagusnya baca doa kawan2 kat wall mereka. sebab kadang2 bila baca doa orang--kita terperasan apa yang kita lupa waktu tadah tangan kita.

tapi jenis status minta maaf pakai facebook ni--entahlah.sebab apa yang aku nampak, dah mmg pesen kita kalau bergaduh / selisih terus remove, block bagai ni.
dah tu--apa gaya orang yang PALING penting dalam drama kemaafan ini nak membaca kalau dia SENDIRI tak ada dalam cerita?minta maaf macammana?

dah akhirnya yang buat salah ini pulak nampak mulia dengan kad elektronik berbau syurga--meminta ampun dari kejauhan--walau yang dianiaya tak tau cerita.

"e eh, baguslah awak. dia tak nak maafkan itu lantakkan dia"
"tidak mengapalah awak, yang penting awak dah cuba"

aik?

sebagai contoh:tulis surat mintak derma,tapi tak tulis alamat.sampai mati la tak dapat apa.pos la!orang bagi derma atau tidak--at least kau dah cuba.itu baru betul.

ni tidak.sudahlah tak pos,nyaring pulak dia bercerita "dunia sekarang semua kedekut".
serius aku blur dengan common sense manusia hari ni,.haih.apa jenis dunia kita duduk ni sekarang?

seorang kawan aku ada cakap:
"kadang2-- sifat mengadu2 kita pada dinding facebook ini
dah macam konsep yahudi yang menangis menghadap dinding suci".tertampar aku.

nama ruang status pun dipanggil 'wall'.hahaha.bapak aa kebetulan giler.betul, kan?
kita lebih selesa menulis di status berbanding bersemuka.lebih larat merapu-raban di status berbanding meluah rasa bila berdua.kita penakut.atau kalau dalam bahasa bersangkabaik--kita jaga hati.

nak cakap depan2--nak merapu meraban--putus pulak saudara.
ada betulnya.memang benar kata2 orang:"baik diam dari bertekak sama2".

tapi aku hendak tanya:
"kenapa cuma didiamkan KETIKA di depan muka?"

kita diam di depan.belakang cerita?fuhh. menggempita.depan belakang--kita patut sama.diamkan.luahan. lafazan.benda yang disebut.benda yang ditaip.sama.tapi beza.

begini.benda yang kita lancangkan--kita boleh lagi elak dengan "apa bukti kau tuduh aku cakap sedemikian?".(bab kau tipu itu lantak kau lah kan?)

benda yang kita tulis--umpamanya adalah seperti resit yang terekod atas setiap apayang lidah kita belanjakan.transaksi oral kita, dalam bahasa lainnya--yang berbintil2 tercatit melalui tulisan.sekali orang dah baca--
kau nak padam macammana?

berbalik pada isu "meminta maaf pada dinding" tadi.aku faham.ngeri nak bersemuka dengan orang yang kita aniaya.takut tidak dimaafkan.seram kita kembali jadi celaka bila orang tak terima kita di waktu kita turunkan ego kita.

tapi itu adalah harganya.kita yang bangsatkan orang,kita yang kejikan orang,
kita yang hinakan orang,kita yang aniaya orang,kita yang tikam orang.layaklah kita kita kena terima orang tak nak terima kita.bak kata ayah kalau aku mengadu pada mak yang ayah masih marah2 lepas aku minta maaf sebab dah buat benda tak betul--
"habis? nak kena timang?"

memang pedih dengar.tapi itu hakikat hidup.
kenapa kita bongkak sangat melafaz maaf?kenapa kita perlu merasakan "KALAU aku dah minta maaf, kau tak maafkan-- KAU lah bangsat".
mana boleh.kata kerja kat sini adalah "mintak".
kalau mintak, belum tentu orang nak kasi, cik kak.

"aku nak mintak maaf";bukan "aku nak mendapat maaf".hidup jangan sukahati sangat.

sebab itu tuhan selalu pesan dalam quran bab habluminannaas--hubungan kita dengan manusia.jaga.percayalah.
"habluminallaah" yakni menjaga hubugan dengan allah itu JAUH lagi senang dari "habluminannaas".sebab tuhan itu sesungguhnya MAHA ghafuur. MAHA rahiim.

manusia?nak dapat kemaafan dari manusia?ingat semudah 1, 2, 3?lafaz, salam dan menang?macam tu?
haih.benda minta maaf ini jangan buat lekeh,.sebab itu aku dari tadi menung.apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang.

kecil2 dulu--kalau terkecilkan hati kawan kita--gigih kita lukis kad "i'm sorry" pada dia,
bukan main lipat kemas2 kad manila warna jingga,ditampal dengan segala kerawang dan lukisan pelangi pelbagai warna.

selit bawah meja.jeling sekali-sekala tengok2 kalau dia sudah baca.
dan kalau sudah, apa rupanya respon dia.senyum ke?masam ke?buat tak kenal ke?
hebat kita kecil2 dulu.JAUH lebih berani dari hari ini.buat salah -- hadap -- minta maaf.
apa jadi lepas itu--tak kisah.

paling2 pun, dia cakap "kita tak nak lagi kawan dengan awak". ye la. nak buat macammana. kita terpatahkan pengkorek dia. mmg la layak dia marah kita.

sekarang?

aku nak minta maaf?kau tak maafkan?
mampos kau.kau ingat kau siapa.

pergh.
apa jenis dunia kita tengah hidup ni sekarang?"

perhhhh pedaih mak aih. kalah cili padi kampung haaaa. betul tak. telan sahaja. ini harga yang patut kite terima. sebab kite aniaya/kutuk kawan kita sendiri. hanya satu kesilapan dia buat,terus cik cahaya bash dia. kebaikan yang dia buat terus cik cahaya lupakan. itulah namanya manusia. and now,hari demi hari, bulan demi bulan,tahun demi tahun. setiap malam cik cahaya menanggis kerana kesilapan cik cahaya. cik cahaya berusaha ingin dapatkan kemaafan dari dia. walaupun diorang tak balas. cik cahaya tetap akan memohon kemaafan. sehingga dimaafkan. betul kata orang,.. kite buat jahat dekat orang jangan harap dapat tidur,makan dan hidup dengan tenang. melaikan anda tak da hati dan perasaan. dan ego sehingga mengatakan diri anda tak da silap. cehhh tAk payah nak perasan tak da silap la.. anda tu nabi ka. malaikat ka. kite ni manusia biasa, ada salah silap. cube la sekali sekali dok buat sunat taubat,imbas kembali ape silap kite,walaupun kite rase,kite nie sangat betul dan begitu yakin tak de silap. dimana-mana. itu namanya belagak,nak tunggu pembalasan baru nak sedar. come on la,jangan tunggu maut dekat hujung rambut,baru nak insaf,baru nak cari depa untuk mohon maaf. masa tu,lantak hang la.





Tuesday, 19 November 2013

CARA MENGHADAPI MANUSIA IRI HATI

salam semua. okey topik hari ini cik cayaha copy dari akuislam.com.
dekat dunia ni,semua manusia ada kelebihan dan kekurangan right. yee cik cahaya pun ade kekurangan dan kelebihan... errkkk kelebihan. itu cik cahaya tak pasti ade ke tak..hahaha tapi yang pasti kelemahan banyak ade la.

kadang-kadang kelemahan dan kelebihan kita ade je yang orang tak suka. betul tak. betul tak!!
lumrah kehidupan kan.

Mempunyai kelebihan merupakan suatu kurniaan Allah yang patut di syukuri. Namun itu, tidaklah menjamin membuatkan orang atau sahabat disekeliling kita menjadi suka akan kelebihan kita itu.

Kadangkala kelebihan yang dimiliki seseorang menjadi sasaran kedengkian dan iri hati orang di sekitar hidup kita.

Sifat buruk ini boleh terjadi pada setiap manusia dalam pelbagai perkara. Antara lain, perasaan Iri hati kepada jiran setaman yang mempunyai kereta baru, iri hati kepada rakan sepejabat yang lebih berjaya, teman yang lebih bijak, bergaya, rupa yang cantik atau kacak. Dan lain perkara lagi.

Pada artikel ini, Insyaallah saya ada beberapa tips yang boleh dilakukan dalam menghadapi manusia-manusia  yang iri hati kepada kita. Diantaranya adalah :


1. Menjaga Sikap Dan Ucapan
Kita perlu bermuhasabah diri kita yang menyebabkan kenapa sahabat atau orang disekeliling kita merasa iri hati kepada kita. Kadangkala kita tidak menyedari bahawa ucapan atau sikap yang kita tunjukkan membuat orang lain sakit hati, sedih atau marah.

2. Mengelakkan Diri
Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat atau orang yang iri hati dan terpancing emosinya, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.

Jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.

Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.

3. Berbincang Dari Hati ke Hati
Ajak orang tersebut bercakap dari hati ke hati. Tanyakan apa yang membuatkan dia terasa hati, dan jangan lupa untuk memohon maaf apabila kita salah dalam sikap dan ucapan kita.

Kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan.

4. Mengelakkan Iri Hati Dengan Berdoa
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.

Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang yang merasa iri hati kepada kita dilembutkan hatinya dan dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat iri itu merupakan penyakit hati.


Semoga apa yang dikongsikan dalam artikel ini dapat membantu saudara-saudari pembaca blog ini menghadapi masalah sedemikian. Jika ada kekurangan, saya memohon maaf dan apa yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.



Friday, 15 November 2013

-belum-rezeki-

salam semua. dah lama cik cahaya tak update blog. lama sangat nie. hehe. haa tengok nie sampai bersarang dah. apa nak jadi nie, kalah orang tinggal rumah nie.

okey baru-baru nie,cik cahaya dapat tahu ramai kawan-kawan cik cahaya yang sudah bernikah dan mempunyai anak. tu la. bila tengok pergi majlis diorang pasti tak terlepas dari soalan 

"kamu bila lagi?"
"hang bila lagi nak naik?"

"bila lagi kami nak makan nasi minyak hang ni?"

waggh stress macam kang gary say " stresssssss" pun boleh dapat. btw. tahu apa yang cik cahaya balas:

"bila err. sampai kad jemputan ade nama aku,sampai la tu jodoh aku"

"errkk bila.? ada jodoh tak kemana. belajar lagi penting."

ya pada cik cahaya biar la belajar dulu, nak balas jasa mak ayah cik cahaya. jika time degree rezeki dan jodoh cik cahaya. inshaallah di permudahkan. tapi sekarang masih belum sebabnya. calon tak da lagi. cik cahaya nie, bukan jenis yang rapat dan gaul dengan lelaki nie. 

"hello cik cahaya,kalau hang malu, cam na hang nak jadi pendidik nie. sapa suruh hang mengorat. kawan biasa sudah. selebihnya doa. pikiaq sikit".-monolog dalaman

ohh okey la. cik cahaya pikiaq sikit ja naa.. sikit ja...hahaha. ada jodoh tak kemana. bukan tak nak cari, tapi ntah la cam na cik cahaya nak kata. takut dengan maianan perasaan nie. takut akan terluka nanti. so siapa tanya dah berpunya. cik cahaya jawab cam ni 

"sudah, my husband life in the future and saya milik mak ayah dan allah. daripada allah saya datang. kepada allah saya kembali :) "


Kalau awak jodoh yang di janjikan ALLAH untuk saya. kita bergaduh, bertengkar, otp dengan org lain atau merajuk macam mana sekalipun. kita tetap akan bersama juga. :')


Thursday, 19 September 2013

kekal dengan dosa atau berubah mencari sinar

kite nie manusia..hamba allah yang lemah, yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan dan dosa.. tidak lari dari berburuk sangka, susah nak kawal diri dari berkecil hati.. sekuat mana kite berusaha, kite tetap hambanya yang tidak sempurna..jadi hiduplah seperti mana yang "telah allah tentukan"... mase bukak tv kuliah pagi "tanyalah ustaz di tv 9" wat saya terpikir dan wat saye tersedar...
"para pendengar yang dikasihi allah sekalian. terdapat perbezaan yang nyata antara peganggan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Jabariyyah dan Qadariyyah berhubung usaha manusia dan ketentuan Allah terhadap sesuatu pekerjaan kita, marilah kita bersama-sama melihat dan mendalami perbezaan ini"

okey golongan pertama ialah golongan Jabariyyah beriktikad bahawa setiap perbuatan manusia ialah di bawah paksaan allah. kehidupan manusia ini tidak ubah seperti robot yang telah diprogramkan untuk berfungsi hanya pada ketetapan yang telah ditetapkan penciptanya..padahal kawan-kawan iktikad ini jelas bertentangan dengan lafaz ayat yang sering kita bacakan setiap kali dalam solat iaitu "Hanya Kepada Engkaulah Kami Menyembah dan Hanya KepadaEngkaulah Kami Memohon Pertolongan"(surah al-fatihah:5)

jelas menunjukkan kandungan ayat tersebut menolak iktikad Jabariyyah yang menafikan usaha dan hanya berserah secara total kepada ketentuan allah. islam menuntut kite berusaha dan pada masa yang sama memohon pertolongan Allah di dalam kehidupan ini. kite kehendak allah juga kehendak. boleh jadi kehendak allah sama dengan kehendak kita. namun jika tidak, sekuang-kurangnya kite telah berusaha dan bertawakal dia atas usaha kite itu.


Golongan kedua yang akan kita kenali digelar sebagai golongan Qadariyyah. Mereka pula beriktikad bahawa setiap perbuatan yg dilakukan oleh manusia ialah menurut kehendak sendiri. Hingga menafikan Qudrat dan Iradat Allah di dalam kehidupan ini.

Perkara ini juga jelas disangkal dengan adanya ayat di atas. Kerana jika kita mempunyai qudrat mengatasi Qudrat Allah, nescaya tidaklah kita sebagai hambaNya berhajat untuk meminta pertolongan Allah dan menyembahNya.

Nauzubillahiminzalik…

Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) pula, iktikad kita ialah segala pekerjaan yang dilakukan itu dijadikan oleh Allah Taala manakala usaha itu dilakukan oleh hambaNya (manusia).


Hal ini dapat kita lihat di dalam ayat ini;

“ Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yg kamu perbuatkan itu, ” (Surah Ash-Shaaffaat,96)

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatkannya…. ” (Surah Al-Baqarah, 286)

Secara analogi yang mudah, saya ambil perbuatan makan. Allah menjadikan kita dapat makan. Manusia yang memilih untuk memakan makanan yang halal ataupun yang haram.

Hal yang sama juga dengan nafsu syahwat, Allah menciptakan perkara itu dan membenarkan ianya disalurkan. Manusialah yang memilih sama ada ingin berkahwin ataupun berzina.

Namun seandainya manusia memilih untuk berzina atau memakan babi misalnya, bolehkah Allah menghalang perkara itu ? Tentu sahaja boleh.

Namun dibenarkan ianya berlaku meskipun Allah cukup murka mengenainya. Ini kerana dunia merupakan medan ujian ketaatan hambaNya. Melalui sifat Rahman (Maha Pemurah) Allah, kesemua makhlukNya menerima nikmat. Namun hanya dengan sifat ar  Rahim (Maha Penyayang) Allah, seseorang hamba diizinkan memasuki syurgaNya.

Namun, berapa ramai yang tetap bertangguh-tangguh bertaubat seolah-olah masih pasti nyawa mereka akan dipanjangkan lagi oleh allah?




Ya Allah, terimalah taubatku… Bimbinglah diri ini ke arah yang diredhaiMu…

Biarlah apa orang nak kata lepas ini, aku akan cekalkan hati berubah, 

Kerana ku cari redha Ilahi, bukan sanjungan duniawi,

Akan ku jaga sebaik-baiknya hidayahMu ini Ya Allah….






Monday, 26 August 2013

dalam hati

Dalam hati
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?

siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?

Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

 Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.

“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah  ia ingin tersenyum setiap saat.

Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya.

Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna?

Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?

Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini.

Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

 Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir

Ya Rabb…

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin


Wednesday, 14 August 2013

Kreativiti diguna dalam kehidupan, bukan dalam beragama

Kreativiti diguna dalam kehidupan, bukan dalam beragama

Tidak lama lagi, berkemungkinan akan adalah syarikat Melayu-Muslim yang membuat perniagaan membaca al-Quran kepada semua barangan produk untuk mendapatkan 'keberkatan' dan 'add value' pada barang.

1. Mee Maggi, beras dan tepung yang dibacakan al-Quran 
2. Burger yang dibacakan al-Quran 
3. Makanan dalam tin yang dibacakan al-Quran 
4. Susu kambing yang dibacakan al-Quran (sudah ada) 
5. Berus gigi, sabun, syampoo, dll

# Selepas ini kualiti, tarikh luput bukan lagi menjadi perhatian tetapi 'jumlah juzuk atau tarikh bacaan al-Quran ' pada makanan dan pihak JAKIM atau SIRIM kena pi semak di mana dan betulkah produk ini dibacakan al-Quran.

# Silap-silap harga barang pun berbeza sebab beza bilangan juzuk yang dibacakan bukan lagi sebab kualiti atau kuantiti barang.

# Lebih dahsyat lagi, bagi mengurangkan kemalangan jalan raya, tidak mustahil syarikat pengeluar kereta akan 'enhance' kereta, kapal terbang, lori dengan bacaan ayat-ayat al-Quran sehingga menjadi satu industri baru.

Cukuplah pesanan baginda salallahualaihiwassalam,

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Sesiapa yang mengada-ngadakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak." [Al-Bukhari dan Muslim]


Tuesday, 13 August 2013

Women out there,please read and think about it deeply

Women out there,please read and think about it deeply
# A Hijabi Muslimah said :

“when I go to market and I see all these kind of tight jeans, short skirts and indecent clothes
shaitan comes and whispers to me : ”All girls are wearing those clothes except you!! Live your life as girls in your age are doing!”

* I just ignore his whispers and remember this Hadith:
"(40) But as for him who feared standing before his Lord, and restrained himself from evil desires, and lusts.(41) Verily, Paradise will be his home.”

* I also remember this Hadith of Prophet Mohammad (sallaAllahu alaihi wa sallam) :
“clothed yet naked women who will never enter Jannah or smell its fragrance”

At that point, I control my desires and I teach my Nafs that Jannah is way more precious than a cheap piece of cloth.

Dear sisters, surround yourself with the great meanings of that Hadith in this time of temptations,
Raise your Nafs to control its desires.
Ya Allah Turner of hearts, make our hearts firm on your Deen and save us from the evil of Fitnah, Aamin.