Monday, 25 June 2012

Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau


Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.




tidor lambat lagi

salam semua....hhuhuu... tahu dak..gara selalu tidor lambat....
mood aku nak study pun berkurang..hahaha
tadi elok aku study sambil lappy terbukak..
lama-2 aku makin tak larat,..ambek teros terlena..huhu
aku tersedar tepat-2 masa azan ansar..ya allah mase terlena tu..
aku dapat mimpi yang menakotkan..masa aku sedar....
aku beristifar....moga-2 dijauhkan dari mimpi tu..huhuhuuu...
mimpi disiang hari inilah jadinya....huhuh...
so malam nie kena cover balik topik yang aku kena study,,,sebab
aku ade exam,paper ANALISIS LITAR E4821 hari khamis nie..huuhu
berusaha ain..amin





Sunday, 24 June 2012

hanya ALLAH ja yang tahu =)

alhamdulillah aku maseh bernyawa....mesti korang tak suka kan post aku yang cam berkaitan allah nie,tambah-2 kat fesbook kan...mesti ade yang ade kate "BELAGAK ALIM"..dan macam-2 lagi kan...tapi itulah  realiti kehidupan,,dan inie lah jalan yang aku pilih,untuk dekatkan diri pada allah,..tak semesti kami melakukan kebaikan ke arah jalan allah,kami tak leh nak kuar bersama kawan-2 or anything..itu silap okey,,kami pun cam manusia biasa,..macam korang semua  bezanya kami tahu erti DOSA...


aku berubah kerana aku rase diri aku terlampau banyak dosa,aku tak taw dosa ape aku buat,hanye allah ja yang tahu dan aku juga merasa diri inie semakin dekat dengan kematian..allah bagi kita banyak peluang,tapi kita tak pernah nak hargai...sebabnya kite terlalu asyik dengan duniawi,hingga lalai...bukan manusia yang bagi peluang kat kita tapi allah..silap kalaw korang kata manusia yang bagi peluang kat korang untuk kembali ke jalan benar,memang silap..hanye owang yang tak da keimanan dalam diri ja akan kata cam tu...


allah bagi aku nafas sehingga hari inie agar aku teruskan melakukan kebaikan dan menginsafi diri,sebab aku takot aku tak sempat nak melakukan kebaikan didunia dan amalan tak cukop,nyawa kita dah ditarik semasa tidor,..sapa tahu...betoi dak....mase tu mulut tak dapat nak berkata hanye anggota badan kita ja yang berkata dan jadi saksi,termasuk la al-quran....
al-quran beri kita cahaya dan petunjuk,bace dan fahami la setiap ayat dalam al quran....


jangan sesekali GIVE UP dan takot dalam meperjuangkan islam....biarlah kita DIHINA,DIPERLI,DIKUTUK dan KEHILANGAN KAWAN..asal jangan hilang allah yang sudah kekal dihati kita....kita hanye mampu merancang tapi allah yang tentukan..kalaw kita kehilangan kawan kerana niat kita nak berubah kejalan allah,tak pe biarkan dan sabar,sebab mereka yang rugi kerana hilang seowang kawan yang boleh mendekatkan diri mereka kapada allah...aku tak pernah menyesal untuk memilih jalan nie...subhanallah...


jangan malu untuk berubah kejalan allah.tapi malu la kerana diri dipenuhi dosa...
jangan takot untuk melakukan kebaikan dijalan allah,tapi takotlah.apekah dose kita dapat diampunan..
jangan takot/sedih kehilangan kawan,tapi takotlah kehilangan allah
maseh ade peluang untuk kite berubah sebelum 15 syaaban,kerana pada 15 syaaban iaitu ari nifsyu sayaaban,.buku amalan kita akan dibawe keatas dan diturunkan buku amalan yang baru..fikirkan lah..allah sentisa menunggu hambanya untuk kembali ke jalan yang benar..













Saturday, 23 June 2012

happy..alhamdulillah =)

alhamdulillah..ari nie kami adik beradik berkumpul..tak de la sunyi sangat rumah..kalaw dak sunyi ja,,ade aku,adik laki aku,dan mak ayah..huhu..kalaw ade adik yang bongsu..comform ari-2 aku gadoh dengan dia..hahaha..tapi dia sowang ja tak balik..sebab budak MRSM..hahaha...tapi awal ramdhan insyaallah semua de..lagi bahagia...walaupun selalu gadoh..huhu
ari nie kami kemas la almari buku...perhh banyak kot novel yang aku,adik aku n kakak aku beli..semua ade dalam 80 cam tu la..kalaw adik laki aku yg keempat lagi la..bilik dia banyak buku tentang agama..huhu


banyak lagi tak terbaca..mak aku membebel kata beli novel ja..huhu nak buat cam na..hobi....kemas-2 jumpa folia sejarah adik-2 aku...kami tengok balik gambar semua,zaman kecik,,,,cepat ja masa brlalu.kami semua dah besar..kak aku pun dah keja...huhuhu...alhamdulillah rezeki family...insyaallah taun depan ayah aku nak juai lebum,bapa ekor tak taw la...n kami gitaw mak aku..duit juai tu nanti simpan ja..tabung haji or simpan untuk aku and adik aku sambung ijazah....tambah aku dan adik bongsu aku....ayah aku banyak bagi duit kat kami la...


kakak aku n adik aku yang ketiga kata,"anak kesayangan ayah,ape nak dapat,duit pun sama"..huhu adik aku kate lagi dia kat USM ayah tak bagi duit,sebab dia ad duit tajaan dari TNB....aku n adik bongsu tak ade tajaan.hahaha...kakak aku plan nak bawak mak n ayah aku pegi bercuti,aku kata la,,p sabah...tapi kak aku cadang nak p langkawi,.kak aku kate law aku nak p,,simpan wet.huhu....tapi ayah aku nak p ka...sebab kami semua kate ayah boleh ke tinggaikan lembu-2 n kebunnya..hahaha..lembu n kebunkan anak angkat ayah..termasok la kucing-2 kami,,huhuhu..dan kak aku ajak p KL...nanti dia bawak p jalan-2..aku plan nak p bulan 7 nanti..boleh cari tudungkat masjid india..huhu..boleh la selalu p sana nanti..nek tren sudah...nek bas aku malas..hahaha...


kalaw nak tahu,kami ade 6 owang adik beradik,kak aku yang pertama dah keja,akauntan kat BNM,aku poli,adik 3aku,ijazah USM,adik laki ke empat asasi UM,kelima form 4 Smk batu 10, ke enam form 3 MRSM pasir salak...kami family pernah rase ape itu erti susah,..so sapa yg tak pernah lalui erti susah jangan la kata SUSAH naa...huhu.. alhamdulillah rezeki allah sekarng kami jadi senang sedekit,,,kebanyaknnya kak aku yang beli barang dalam rumah n bagi duit kat kami...huhu..dulu owang pandang hina n rendah kat kami,tapi tak pa la..biar lah owang pandang cam tu..mungkin diorang tak da apa yang kami ada..iaitu kaseh sayang..aku taksanggop tgokmak aku ngges...law leh aku takmaw tgkmak aku ngges dh..huhuh


kak aku dah lepas n dah jalankan tangungjawab sebagai anak...insyaallah aku akan cam tu gak,,sebab aku tak sangop nak tengok ayah aku bekerja tanpa rest..kalaw boleh biar lah aku yang alami kesusahan itu bukan mak ayah aku...huhuhu..kalaw boleh kami adik beradik bila dah ade kerja tetap tak maw bagi ayah kerja ddah,,kalaw boleh biar masa tu time ayah n mak rest biar kami anak-2 pulak yang jalankan tanggungjawab..huhu




SUBHANALLAH

terdapat satu cerita dimana,terdapat seowang hamba allah swt yang biasae-biase sahaje..
suatu hari ketika owang ramai sebuk dengan hal masing-masing..dia mengmbil keputusan untuk menyendiri..
dia duduk di suatu sudut yang dinaungi oleh pepohon rambutan..dia duduk dengan tenang,melihat alam sekeliling,lalu dia diam tanpa berbicara...


kemudian tidak lama selepas itu..terdengar satu kalimah yang terbit dari bibirnya..pada awalnya,hanya beberapa kali sahaje kalimah itu keluar..tetapi ape yang pasti kalimah itu semakin menjadi dan tidak henti dia menyebut..pada pandangan owang,mulutnya seperti membace mentera...akhirnya dia menitiskan air mate sejurus melafazkan kalimah tersebut..


kalimah itu ialah nama "ALLAH"..

PERSOALANNYA??


-ketika kite mendengar kalimah allah,ape yang dilakukan oleh hati dengan nama inie??

-ketike kite melihat nama "ALLAH",ape yang dilakukan oleh hati dengan nama inie??



-ketike kite menyebut nama "ALLAH",ape yng dilakukan oleh hati dngan nama inie??


seseowang itu apebile dianugerahkan olehnye IMAN,dan apebile ia mendengar,melihat dan menyebut nama "ALLAH"
,,..make bergetar lah hatinye.....












Saturday, 16 June 2012

ISRAK DAN MIKRAJ =)

salam semua......okey semua tahu kan esok 17 jun 2012/27 rejab adalah oeristiwa israk mikraj...
haaa sapa tak tahu pi cek kelendar islam......kalaw tak tahu jugak.....nampak sangat tak pernah ambek tahu pasal islamkan...issshhhh-2 jangan la macam tu......taw...



Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.

Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.




Sunday, 10 June 2012

cinta allah yg kekal abadi


Aku tahu.. kematian adalah takdir-Nya…


Aku tahu.. kematian adalah sebuah kepastian…



Aku tahu.. kematian bisa datang bila-bila saja…



Aku tahu.. bekal untuk kematian harus dipersiapkan di dunia 


ini..SEKARANG…


Aku tahu.. aku harus siap..harus siap..harus siap..dan HARUS 



SIAP…



Bila Sakaratul Maut akan mengajak ku pergi..bila-bila pun..dimanapun…






Tapi..Andaikan Sakaratul Maut itu memang datang besok pagi..ketika aku baru saja bangun tidur… 


Apakah aku memang benar-benar telah Siap ?….
Apakah bekalku untuk hidup disana sudah cukup ?…
Kerana JUJUR..aku disana ingin tinggal di dalam SYURGA yang katanya sangat INDAH..
Kerana JUJUR.. aku tidak mau hampir ke dalam NERAKA walaupun hanya sedetik kerana katanya siksa neraka teramat PEDIH..

Kata USTAZ…KATA TUAN HAJI…
Juga dari Buku-buku yang sering ku baca….

Bekal untuk di akhirat adalah AMAL SOLEH, IBADAH, KEBAIKAN, BERBAKTI PADA ORANG TUA, MENINGGALKAN KEMAKSIATAN DAN DOSA, BERDAKWAH, BERJIHAD….dan lain-lain…





Tapi masalahnya..JUJUR aku merasa bekalku kini belumlah cukup untuk LAYAK tinggal di dalam SYURGA..
Tapi masalahnya..JUJUR aku merasa lebih banyak dosa dan maksiat yang kini aku lakukan..
Yang lebih pantas membawaku ke dalam NERAKA daripada mendapat KURNIAAN SYURGA….

ANDAIKAN BESOK PAGI ADALAH HARI KEMATIANKU….
Jujur….rasanya aku BELUM SIAP……

Ah……… 
Ya Rabb..berilah hamba kesempatan untuk menjadi KEKASIH-MU..
Ya Rabb..berilah hamba KURNIAAN-MU..hidup hamba berakhir dengan KHUSNUL KHOTIMAH..