Saturday, 15 October 2011

10 PETANDA YANG MENUNJUKAN DIA ADALAH JODOH KITA.......

Firman allah swt, bermaksud "JIKA KAMU MENOLONG(AGAMA) ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MENOLONGMU DAN MENEGUHKAN KEDUDUKANMU"(SURAH MUHAMMAD AYAT 7)
jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan aoleh allah swt .tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan  untuk kita.?
allah swt mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat,telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir.
jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi,spritual dan fizikal antara keduanya.
apabila bersama masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain .
lalu gerak hati menyatakan dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
benarkah begitu..???

10 TANDA YANG MENUNJUKAN DIA JODOH KITA....

1-BERSAHAJA
kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.
cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan , cara ketawa serta cara makan dan minum.
adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. tetapi, apabil ia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita...

2-SENANG BERSAMA
walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan , jemu ataupun tertekan pada diri kita.
semakin hari semakin sayang kepadanya.
kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
dia juga merasainya.rasa senang sekali apabila bersama. apabilla berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. tidak kira siang ataupun malam,ketiadaanya terasa sedikit kehilangan.

3-TERIMA KITA SEADANYA
apa pun kisah silam yang pernah kita lakukan , dia tidak ambil peduli.
mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasih sebelum ini kita yang mulakan.
dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.yang penting ,siapa kita sekarang.biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.yang dia tahu,kita adalah miliknya kini.
dia juga sedia berkongsi kisah silamnya.tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4-SENTIASA JUJUR
dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkantidak menyalahi hukum hakam agama. sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita .
kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan,.kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
selagi kejujuran bertahta di hatinya,kebahagian menjadi milik kita.
apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesutu perhubungan. apabila dia tidak jujur ,sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
apabila dia jujur semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati .jadi dialah sebaik-baik pilihan.

5-PERCAYA MEMPERCAYAI
setiap orang mempunyai rahsia trsendiri. adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangan nya?
bagi mereka yang berjodoh,sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. satu lagi ,kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.
bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. 
bahagialah individu yang meperoleh kedua-duanya.

6-SENANG BEKERJASAMA
bagi kita yang ingin kan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu memberi kerjasama melakukan sesuatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan beban masing2.
perkara paling penting,kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa depan ,jika tiada kerjasama ,sukar bagi kita hidup bersama dengannya. ini kerana kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.bukankah ini menyusahkan.

7-MEMAHAMI DIRI KITA
bagi pasangan yang berjodoh ,dia mestilah memahami diri pasangannya.
semasa kita sakit dia bawa kita ke klinik.
semasa kita berduka dia menjadi penghibur.
apabila kita mengalami kesusahan ,dia menjadi pembantu.
di kala kita sedang berleter,dia menjadi pendengar.
dia selalu bersama kita dalam ape jua situasi.
tidak kira gembira atau pun sedih,dia sentiasa untuk kita.
dia juaga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan,.
kata orang"lidah sendiri lagi tergigit,inikan pula pasangan kekasih".
apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,..
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita..

8-TAMPILKAN KELEMAHAN
tiada siapa didunia nie yang sempurna..
tipulah law ade yang mengaku sempurna dari segala sudut...
pasti di kalangan kita ade kelemahan dan keburukan tertentu..bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita
dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita .sudah tentu bukan senang 
untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.
malah, dia tidak segan mempamerkan keburukan nya kepada kita.
CONTOHNYA=apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari,dia tidak menghalang
kita daripada melawatnya.
apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing...maka meman ditakdirkan kita hidup bersama...

9-KATA HATI
dengarlah kata hati.kadang kalamanusia di kurniakan allah deria ke enam...yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
dengan deria batin ini jugak la..kita dapat saling tahu perasaan masing2..
kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas
pada situasi tertentu.
apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita,..
tanyalah sekali lagi ..
adakah dia ditakdirkan untuk kita..???
dengarlah kata hati dan buatlah pilihan...

10-SOLAT ISTIKHARAH...
JODOH DAN PERTEMUAN ALLAH YANG ATURKAN..
manusia hanya merancang tapi allah yg tentukan..
mintak  lah doa..insyaallah akan beri petunjuk siapa jodoh kita....

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

No comments:

Post a Comment