Saturday, 15 October 2011

10 PETANDA YANG MENUNJUKAN DIA ADALAH JODOH KITA.......

Firman allah swt, bermaksud "JIKA KAMU MENOLONG(AGAMA) ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MENOLONGMU DAN MENEGUHKAN KEDUDUKANMU"(SURAH MUHAMMAD AYAT 7)
jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan aoleh allah swt .tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan  untuk kita.?
allah swt mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat,telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir.
jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi,spritual dan fizikal antara keduanya.
apabila bersama masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain .
lalu gerak hati menyatakan dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
benarkah begitu..???

10 TANDA YANG MENUNJUKAN DIA JODOH KITA....

1-BERSAHAJA
kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.
cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan , cara ketawa serta cara makan dan minum.
adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. tetapi, apabil ia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita...

2-SENANG BERSAMA
walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan , jemu ataupun tertekan pada diri kita.
semakin hari semakin sayang kepadanya.
kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
dia juga merasainya.rasa senang sekali apabila bersama. apabilla berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. tidak kira siang ataupun malam,ketiadaanya terasa sedikit kehilangan.

3-TERIMA KITA SEADANYA
apa pun kisah silam yang pernah kita lakukan , dia tidak ambil peduli.
mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasih sebelum ini kita yang mulakan.
dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.yang penting ,siapa kita sekarang.biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.yang dia tahu,kita adalah miliknya kini.
dia juga sedia berkongsi kisah silamnya.tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4-SENTIASA JUJUR
dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkantidak menyalahi hukum hakam agama. sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita .
kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan,.kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
selagi kejujuran bertahta di hatinya,kebahagian menjadi milik kita.
apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesutu perhubungan. apabila dia tidak jujur ,sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
apabila dia jujur semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati .jadi dialah sebaik-baik pilihan.

5-PERCAYA MEMPERCAYAI
setiap orang mempunyai rahsia trsendiri. adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangan nya?
bagi mereka yang berjodoh,sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. satu lagi ,kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.
bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. 
bahagialah individu yang meperoleh kedua-duanya.

6-SENANG BEKERJASAMA
bagi kita yang ingin kan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu memberi kerjasama melakukan sesuatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan beban masing2.
perkara paling penting,kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa depan ,jika tiada kerjasama ,sukar bagi kita hidup bersama dengannya. ini kerana kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.bukankah ini menyusahkan.

7-MEMAHAMI DIRI KITA
bagi pasangan yang berjodoh ,dia mestilah memahami diri pasangannya.
semasa kita sakit dia bawa kita ke klinik.
semasa kita berduka dia menjadi penghibur.
apabila kita mengalami kesusahan ,dia menjadi pembantu.
di kala kita sedang berleter,dia menjadi pendengar.
dia selalu bersama kita dalam ape jua situasi.
tidak kira gembira atau pun sedih,dia sentiasa untuk kita.
dia juaga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan,.
kata orang"lidah sendiri lagi tergigit,inikan pula pasangan kekasih".
apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,..
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita..

8-TAMPILKAN KELEMAHAN
tiada siapa didunia nie yang sempurna..
tipulah law ade yang mengaku sempurna dari segala sudut...
pasti di kalangan kita ade kelemahan dan keburukan tertentu..bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita
dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita .sudah tentu bukan senang 
untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.
malah, dia tidak segan mempamerkan keburukan nya kepada kita.
CONTOHNYA=apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari,dia tidak menghalang
kita daripada melawatnya.
apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing...maka meman ditakdirkan kita hidup bersama...

9-KATA HATI
dengarlah kata hati.kadang kalamanusia di kurniakan allah deria ke enam...yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
dengan deria batin ini jugak la..kita dapat saling tahu perasaan masing2..
kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas
pada situasi tertentu.
apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita,..
tanyalah sekali lagi ..
adakah dia ditakdirkan untuk kita..???
dengarlah kata hati dan buatlah pilihan...

10-SOLAT ISTIKHARAH...
JODOH DAN PERTEMUAN ALLAH YANG ATURKAN..
manusia hanya merancang tapi allah yg tentukan..
mintak  lah doa..insyaallah akan beri petunjuk siapa jodoh kita....

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

Friday, 14 October 2011

kenapa allah temukan kita dengan orang yang salah...!!!!

memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu sahaja...tapi itulah juga petanda untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1-memang allah sengaja menemukan kita dengan orang yang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA..

2-memang allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik,..

3-memang allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH..

4-memang allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA...

5-MEMANG ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengigatkan kita bahawa dia bukan lah pilihan yang tepat dan hebat untuk kita dan kihidupan kita pada masa akan datang...

6-memang allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya..

7-memang allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA...

8-memang allah sengaja menamukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH...

9-memang allah sengaja menemkan kita demgan orang yang salah supaya kita lebih MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL...

WAHAI SAHABAT YANG KECEWA, MENDERITA DAN SENGSARA KERANA CINTA, FAHAMILAH BAHAWA KEHIDUPAN KITA MAKIN  SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA..

hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. gapailah keredhaan allah dengan melaksanakansuruhannya, dan meninggalkan laranganya .percayalah sesungguhnya allah malu untuk menolak permintaan hambanya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada NYA.....

~ALLAH KNOWS BEST~



Menjadi tunang orang tanpa kita sedar..???

jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan seorang isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki tersebut.????


JAWAPAN.!!!!!!


makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan.
apabila pihak permpuan berkata bersetuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.


CONTOHNYA=apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan . " aku ingin menjadikan kamu sebagai isteri aku" ataupun 
"kahwin lah dengan kita bila-bila"jawab perempuan tersebut.


maka dari hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju , dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut walaupun ia disebut didalam telefon.


jadi haram bagi lelaki lain untuk masuk minang jika hal itu diketahui. namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk memnang itu tidah tahu, maka ia tidak haram..

tapi..!!!!


bagaimana dengan kebiasaan orang melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminag perempuan..?????


ia hanyalah adat melayu. dan tiada kena mengena dengan hukum islam.


antara hukum islam dan hukum adat , mana satu lebih penting,????

namun tiada masalah dengan adat melayu itu, cuma dari segi hukum islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikan nya seorang isteri...

bagaimana jika perempuan itu ketiadaan ibu dan ayah...????

mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya telah sudah diizinkan oleh syarak..
seperti perempuan yang cerdik yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.


apabila perempuan itu persetujuaannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh , gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab "pinangan" tersebut.


kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini,.

Adakah suami isteri akan kekal sebagai suami dan isteri di akhirat kelak.????



1-wanita yang meninggal dunia sebelum kahwin.
    wanita tersebut akan dikahwinkan oleh allah swtdi syurga kelak dengan seorang laki di kalangan ahli syurga rasulluallah saw "TIADA ISTILAH BUJANG DI DALAM SYURGA". ini kerana ada juga laki yang belum berkahwin meninggal dunia..

2- wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
    wanita ini juga akan dikahwinkan oleh allah swt dengan laki daripada ahli syurga.

3- wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
     wanita ini juga akan dikahwin kanoleh allah swt dengan seorang daripada laki yang masuk syurga.

4-wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
   wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga sekiranya suaminya itu  kelek masuk syurga.

5-wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
   wanita ini akan tetap bersama dengan suaminya yang dikahwini didunia sekiranya suami nya masuk syurga..

6- wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
    wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir yang wanita itu nikahi.sekiranya suaminya itu menjadi ahli syurga.rasullulah bersabda "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".