semalam cik cahaya dengan jaya pertama kali try buat. alhamdulillah jadi. hehe. so meh sini cik cahaya kongsikan resepi nya. ade setengah resepi,merapu. letak kicap untuk jadikan warne hitam. poning cik cahaya bace resepi dia. mana dia dapat ntah. haaa you all, jangan buat gitu okey. jangan rosakan kuih kaswi dengan bubuh kicap. itu semua merapu.
Bahan A
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 1/2 cawan gula merah
- 2 1/2 cawan air
- 3 helai daun pandan
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- Sedikit garam
- 3 sudu kecil air kapur
- 3 1/2 cawan air (cik cahaya lebihkan air,sebab bagi lembut,yela ayah cik cahaya mana suka kuih yang keras dan bantat. haa. sebab biarkan esok harinya. mesti keras. oleh kerana cik cahaya lebihkan air,jadi lembut, mase pagi tadi potong.
- Loyang 9 inci disapukan dengan sedikit minyak masak
- Kelapa parut + garam (dikukus dahulu. takut basi nanti. kukus tanpa bubuh garam. dah kukus baru buh garam okey)
Cara-Cara :
- Masak bahan A sehingga gula larut, tapis dan sejukkan.
- kemudian Masukkan 3 1/2 cawan air, air kapur dan garam ke dalamnya.
- Ayakkan ke semua tepung dan masukkan ke dalam air gula tadi. Kacau rata.
- Tapis bancuhan tepung ke dalam kuali untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(boleh juga di blend kesemua bahan).
- Kacau seketika di atas api yg kecil sehingga kelihatan agak pekat.
- Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan dan panaskan loyang di dalam pengukus seketika. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.